Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Terasa amat kagum. Sememangnya kekuatan dakwah ini bergantung pada hubungan kita dengan Nya,bukan pada petahnya kita berbicara,bukan pada kuatnya kita bergerak. Kerna semua kekuatan itu datangnya dari Allah. Dan sumbernya dari Allah.


Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah yang maha perkasa lagi maha bijaksana(ali-imran:126)


Banyak usaha-usaha dakwah yang telah mula hidup dan tidak akan mati sehingga hancurnya bumi Allah ini. Kerna Allah akan memilih sesiapa yang mampu untuk menggalas beban ini. Bayangkanlah bebanan ini dahulu digalasi di bahu anbiya,sehingga nabi terakhir kita. Kemudian disambung oleh para sahabat.
Justeru sekarang ia menjadi tugas kita. Sebenarnya terasa sangat kagum dengan usaha dakwah yang dibawa oleh saudara yang aku jumpa dalam minggu ini. Berkongsi cerita dengannya. Pengalaman dakwahnya. Selepas selesai kelas,macam biasa aku ke masjid untuk menunaikan tanggungjawabku. Dan di situlah kutemui jemaah tabligh dari Brunei. Kesediaannya berkongsi cerita yang menarik memang kunanti barangkali walaupun bukan pada perancanganku.

Aku sangat kagum pada penyampaiannya yang penuh yakin. Itulah hasil latihannya selama beberapa tahun dalam jalan dakwah. Keyakinannya bercakap,kepetahan lidahnya menghurai dan berhujah. Dan tampak jua hubungannya dengan Allah sangat dijaga. Bagaimana dia sanggup peruntukkan masa dan wangnya untuk keluar 40hari,ke UK pulak tuh. Jika kufikir dengan calculator dunia,memang dia sangat rugi, perbelanjaan yang dikeluarkan,cuti tanpa gaji,tinggalkan anak2,isteri,tapi jawapan dengan senyuman hanyalah kerna nak sambung sunnah rasulullah iaitu dakwah.

Kamu adalah sebaik-baik umat (khayr aummah) yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali ‘Imran: ayat 110)

Demikian juga Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) umat pertengahan supaya kamu layak menjadi saksi terhadap umat manusia (syuhada ‘ala al-nas)dan Rasulullah pula akan menjadi saksi terhadap kamu. (Surah al-Baqarah: ayat 143)

Memang benar,usaha dakwah itu telah dimulakan dari dahulu lagi,ramai yang cuba memadamkannya,namun Allah maha berkuasa...

mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).AS-SAFF:8

Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. AS-SAFF:9.

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. At-taubah:32

InshaAllah selepas ini,kena lebih fokus dan lebih bekerja. Teringat kata2 seoarng sahabat,waktu rehatku apabila kedua kakiku melangkah ke syurga..Alangkah banyaknya masaku dibazirkan..Ampunkanlah ku ya Allah...
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Siapa kata senang untuk berubah?Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan kekal. Istiqamah. Ya.memang susah untuk berubah. Lebih-lebih lagi berubah daripada kurang baik kepada lebih baik. Tetapi amat senang sekali berubah daripada baik kepada tidak baik. Apa yang nak dijelaskan di sini ialah perubahan dari tidak baik kepada baik.

Orang2 sekeliling boleh saja bagi nasihat, tunjuk ajar, ceramah dan sewaktu dengannya. Tapi, bagaimana perubahan itu bermula? Siapa yang memulakan langkah perubahan itu? Pastilah Diri kita sendiri! Ya..tiada siapa yang boleh merubah diri seseorang itu melainkan dirinya sendiri. Pertama kali apa yang nak dibicaran di sini adalah niat atau kemahuan kita itu sendiri.Segalanya bermula dengan niat.Innamal a'malu binniat.Dan kita akan cuba sematkan dalam hati bahawa tiada yang sia-sia dengan perubahan kita ini.

Kita biasa mendengar , “buatlah sesuatu ikhlas kerana Allah” dan “berubah itu biar kerana Allah”. Memang amat sukar kita mencapai perkara ini,namun kita mulalilah dengan perlahan-lahan dan InshaAllah,Allah akan membantu kita.Memang kadang-kadang,di awal perubahan amat sukar dan kita kadang-kadang gagal,namun jadikannya sebagai batu loncatan seperti cerikta kungfu panda.Satu tangga demi satu tangga dia melangkah hingga jayanya.Walaupun kadang-kadang tersungkur.Apa yang bezanya adalah,kungfu panda mungkin hebatnya pada dirinya,namun kita,hebatnya pada Pencipta kita.Oleh itu,mohonlah dan berdoalah kepadaNya.

Kemudian,Kita harus ingat siapalah yang akan gembira dengan perubahan kita?Ibu bapa yang membesarkan dan memelihara kita dari kecil sehingga dewasa. Apatahlagi kalau ibu tunggal atau bapa tunggal. Lebih2 lagi lah jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita. Sanggupkah kita melihat mereka kesedihan dengan membiarkan hidup kita terumbang-ambing? Tidak sedarkah kita betapa kecewanya mereka melihat ‘hasil kerja’ mereka membesarkan kita hanya separuh jalan eloknya, tetapi kemudian kita merosakkan diri kita, dan memusnahkan ‘hasil kerja’ ibu bapa kita membesarkan kita?Sangat sedih.

Namun jika kita lahir dalam keadan keluarga yang membuatkan kita hanyut,ayuh,kitalah yang akan memulakan perubahan itu,perubahan besar dalam keluarga kita.

Tidak perlu berubah dalam sekelip mata kerana perubahan mendadak itu bisa memusnahkan. Tetapi berubahlah selangkah demi selangkah. Dengan penuh istiqamah. Ingatlah bahawa PERUBAHAN INI TIDAK AKAN PERNAH SIA-SIA WALAU APA PUN YANG BERLAKU. Mula-mula kita akan berubah kerana ibu ayah atau orang tersayang. Tetapi dengan kesedaran bahawa PERUBAHAN INI TIDAK AKAN PERNAH SIA-SIA WALAU APA PUN YANG BERLAKU lama-kelamaan kita akan sedar untuk siapa sebenarnya kita berubah. Apatahlagi setelah ketiadaan ibu dan ayah. Maka kita akan dapati Allah lah sebab utamanya kita berubah. Allah lah yang Maha Kekal yang sentiasa bersama-sama kita. Kerana Allah yang Maha Kekal dan sentiasa bersama-sama kitalah kita akan dapati bahawa PERUBAHAN INI TIDAK PERNAH SIA-SIA WALAU APA PUN YANG BERLAKU. Ingatlah bahawa setiap apa yang kita lakukan kita selalu mengharapkan pertolonganNYA. Maka di akhirnya kita akan dapati PERUBAHAN KITA MEMANG TIDAK SIA-SIA kerana kita telah memperoleh bantuan dan petunjuk daripada Yang Terhormat dan Maha Mulia.

Mulakan perubahan dengan orang lain menjadi pemangkin kita. Tetapi lama-kelamaan insyaAllah ikhlas itu akan timbul apabila kita mula terfikir akan tujuan sebenar perubahan kita itu. Walaupun halangan yang di hadapan kita sungguh besar, fikirkan tentang orang lain yang lebih besar halangan di hadapannya untuk berubah tetapi Alhamdulillah dia berjaya mengharunginya dan berubah setapak demi setapak. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan memudahkan segala usaha kita untuk berubah ke arah lebih baik insyaAllah.

Inilah salah satu formulanya,iaitu pengorbanan.Kita pasti akan diuji.Mungkin dengan sindiran kawan-kawan.Mungkin dengan cabaran.Dan yang paling utama bisikan syaitan yang tak pernah jemu berbisik pada hati kita seperti yang tertulis dalam surah Annas.Kita memang harus banyak bekorban dalam kehidupan.

Ingin sekali diceritakan tentang keislaman Umar r.a.Khalifah kedua islam dan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.Apabila beliau menggunakan kekerasan terhadap Said bin zaid dan adiknya sendiri,terlintas dan terdetik di hatinya mahu mengetahui apa yang dibaca.Benar,itulah kemahuan.Itulah keinginan dan niatnya.Allah telah melemparkan hidayah kepadanya.Dan hidayah itu berada di mana-mana.Kita yang harus berusaha mencarinya.Kemudian,beliau meminta untuk memegangnya,namun adiknya tidak memberi kerana beliau kufur ketika itu.Tidak suci lalu diperintahkan Umar supaya mandi menyucikan diri.Itulah pengorbanan yang beliau lakukan iaitu mandi menyucikan diri.Kemudian beliau islam selepas membaca ayat-ayat quran.Begitu jua dengan Ikrimah Abu Jahal.Seorang anak pembesar quraisy yang dahulunyalantang menentang Rasulullah.

Setiap daripada kita yang hanyut pasti mempunyai pengalaman berbeza.Padamkanlah sejarah itu.Mulakan dengan iltizam baru.Kita adalah pengubah itu.

InshaAllah perubahan kita walaupun kecil,inshaAllah tidak akan sia-sia dan Akan memberi manfaat kepada agama kita.Cita-cita kita besar.Tujuan kita jua jauh.Bukan hanya dunia,pandangan kita melebihi itu,iaitu akhirat yang kita kejari.Manusia hebat sahaja yang dapat menjejaki syurgaNya.Seperti Abu Bakar,Ali,Usman,Thalhah,dan untuk bersama mereka,kita perlu berubah jadi hebat seperti mereka.Sudah ramai yang berjaya untuk berubah.Kita,bilakah lagi?

Nahnu Qodimun!!!!!
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Adalah menjadi satu kecacatan yang amat besar dan ganjil jika sesorang muslim tidak dapat memahami konsep atau tasawwur kalimah syahadatain yang diucapkannya.Sama ada dari segi warisan atau penaklukan dan sebagainya.Sebenarnya kalimah ini mempunyai makna dan kesan yang amat mendalam sehingga ianya menjadi rukun islam pertama buat kita sebagai umat islam.
Apakah ertinya muslim?Adakal ia muslim jika namanya Abdullah?Muhammad?

Sesungguhnya lafaz ini merupakan iqrar dan pengisytiharan bahawa kita telah keluar daripada segala apa jenis bentuk penghambaan makhluk.Penghambaan kepada manusia,penghambaan kepada wanita,penghambaan kepada harta dan sebagainya.Kerna itu kita hendaklah memahami konsep Illah yang terdapat pada kalimah syahadah tersebut.Suatu konsep akidah yang merupakan asas kepada ibadah dan kalifah iaitu tugas atau tujuan penciptaan kita ini.Berbalik pula kepada konsep tauhid rububiyyah dan uluhiyyah.Di mana ianya daripada perkataan Rabb dan Illah.

Sebaliknya dengan lafaz ini,kita mengisytiharkan Allah lah sebagai Illah kita,dan kita wajib mengabdikan diri kepadaNya,dan seluruh hidup kita untukNya seperti dalam bacaan solat kita doa iftitah supaya memasukkan islam secara keseluruhannya dan menjadi cara hidup kita.
Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.
Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam.
Al Baqarah 208
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Begitu jua untuk peraturan dan undang-undang hidup kita di mana undang-undang yang datangnya daripada Allah dan RasulNya sahaja sahaja yang layak menjadi panduan untuk hidup kita.

Pegangan dan kepatuhan inilah yamg menjadi manifesti dari pengakuan tauhid kita bahawa Allahlah yang mencipta alam ini,pemiliknya dan Dialah yang mentadbirnya,dan Allah tuhan yang maha sempurna sifat ketuhananNya,dan suci dari segala bentuk kecacatan dan kerendahan yang ada pada tuhan ciptaan makhluk dan makhluk ini sendiri.

Mengaku kesempurnaan dan ketinggian sifat Allah ini bermakna kita mengakui segala kesempurnaan dan ketinggian undang-undang dan peraturan ciptaanNya.Justeru,seorang muslim sudah semestinya menyempurnakan tuntutan iqrarnya itu selepas dilafaz kerna tanpa kefahaman dan amalan kita tidak berhak melabel kita sebagai muslim sepenuhnya kerna lafaz iqrar adalah palsu tanpa pelaksanaanya dan tanpa memahami isi dan maknanya.

Seperti sabdanya yang bermaksud:Bukanlah iman itu dengan berangan-angan,bukan jua perhiasan tetapi adalah sesuatu yang menetap dalam hati dan dibenarkan dengan amal.
Dan dalam hadith yang lain bermaksud:Iman itu pengakuan dengan hati,lafaz dengan lidah dan diamal dengan perbuatan.

Oleh itu,benarlah bahawa Iman itu adalah hasil pengakuan dengan hati,iqrar dengan lidah dan dibuktikan dengan perbuatan seperti mana yang dituntut dalam kalimah ini.
Tidakkah hairan bagi kita yang mengetahui akan rukun islam 5 perkara.Kita mula dari yang kelima di mana menunaikan haji bagi yang mampu,ianya cukuplah jika kita mengerjakannya sekali dalam seumur hidup kita,kemudian keempat mengeluarkan zakat di mana ianya adalah sekali setahun untuk zakat fitrah dan zakat harta lupa lah pula berapa kali dan berapa percent.Untuk yang ketiganya adalah berpuasa di bulan ramadhan iaitu sebulan setahun dan kedua adalah solat 5 waktu iaitu 5kali sehari.Nampakkah tahap-tahap ibadah itu?
Dan bagaimanapula dengan lafaz iqrar syahadah ini?Ianya adalah setiap detik dan waktu!

Semoga penulis dan sahabat handai dan keluarganya mengamalkan lafaz ini.Moga kita dalam keampunan dan rahmatNya.Selamat hari raya dan menjalani ibadah qurban!
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Hidup ini banyak mengajar.Dan kita sekarang ini sedang belajar.Mempelajari peristiwa dan kejadian.Satu demi satu,dan satu ia berlaku.Ada yang unexpected dan ada yang memang dah dijangka.Ada yang dapat terima dan ada yang sukar.Itulah asam garam hidup.Belajar dan belajar.Dari kita di buaian hinggalah kita menyahut sahutanNya.

Begitu jualah hidupku.Banyak kubelajar dan di sinilah jua ujianku dan keputusannya di sana nanti.Sesungguhnya aku amat takut kerna itulah ujian aku tak dapat nak repeat.Aku tak ada peluang.Di mana keputusannya amat adil tanpa menzalimi diriku.Andai celakalah aku maka akulah yang menzalimi diriku.Ya Allah,aku takut.Aku banyak tewas sama ada tika belajar dan tika ujian.Sewaktu aku bertatih dengan lesen L,aku masih lagi buntu pada pengertian hidup.

Waktu aku dah dapat lesen P,aku masih terlanggar dan fail dalam uruskan hidupku dalam mencapai dua tujuan penciptaanku,iaitu hambaMu dan khalifah di sini.Dan bila aku dapat lesen besar dalam pelajaran ini,aku tak tahu aku mampu atau tidak.Andai aku seorang pelajar mungkin orang kurang marah jika aku tersilap langkah,namun apa kata jika setelah aku ditarbiyah dengan ilmuMu,namun aku masih melakukan kesilapan dan kesilapan besar yang mengundang murkaMu.Yang mempengaruhi mad'uku.

Benar,aku sangat takut.Tika aku sudah ditarbiyah untuk mendapat lesen Dakwah ini,aku selalu gagal.

Namun,aku percaya andai aku benar-benar ikhlas untuk berubah dan mengubah,Engkau akan membantu ku dan kami.Engkau akan memaafkan ku dan kami.Kerana Engkau yang memilih kami dan kami memohon tetapkanlah kami di jalan ini.

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (47 : 7)