Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.




Oleh Ina Mahardhika


Bismillah...

Hidup terus berjalan seiring dengan bertambahnya usia. Setiap dimensi kehidupan telah dan akan dilalui, yang kemudian akan bermuara pada kembalinya diri kepada Sang Pemilik Kehidupan.

Sedih, kesal, penat, bosan, marah, emosi dan sebagainya adalah sisi selain dari indahnya hidup. Ketika manusia mahu menikmati kesenangan hidup, maka dia pun harus berani menghadapi sisi lain dari kehidupan.

Adalah fitrah manusia, ketika Allah memberinya ujian maka perasaan kesal, marah, emosi, mudah mengeluh muncul dalam diri. Semua manusia akan merasakan hal yang sama, yang membezakan adalah sikap kita terhadap ujian perasaan tersebut.

Ada, bahkan mungkin banyak yang menjadikan marah dan emosi sebagai nakhoda dalam dirinya, mempermainkan naik turun keimanan, sehingga akan berkesudahan pada kesia-sian yang berkepanjangan dan kerugian yang banyak. Masalah tidak akan begitu saja berlalu dan selesai dengan emosi, marah dan keluhan. Di sisi lain, tidak akan ada amalan yang di dapat ketika hal tersebut menguasai diri. Jadi 2 kerugian yang akan diperoleh, masalah yang semakin rumit dan tenaga yang terbuang tidak menjadi amal.

Namun tidak sedikit yang menjadikan sabar dan syukur sebagai qawwan dalam dirinya dan menguasai ruhnya. Ia berusaha bersabar dan mencuba untuk terus bersabar dalam menunaikan amanah ujian dari Allah, hingga akhirnya ia akan mencapai pada titik klimaks kemenangan. Ya... Hakikatnya, ujian adalah amanah yang harus tertunaikan dan buahnya adalah kemenangan.

Hidup memang tidak mudah, tetapi kemudahan dapat dihidupkan. Kepenatan, kemarahan, turunnya kualiti ibadah dan kegersangan ruhiyah adalah titik klimaks dari kelalaian seorang hamba dalam menjalani ujian hidup. Matikan kelalaian itu dengan hati yang hidup dalam mewujudkan kemudahan hidup.

Berhentilah sejenak saudaraku... Berhentilah di sini...

Berhentilah di terminal ruhiyah, agar hati damai dan tenang terasa hingga tulang sum-sum.

Jangan pernah berhenti saudaraku... Untuk selalu dalam istiqamah.

Jangan pernah berhenti, untuk selalu bermunjat pada-Nya ketika kesibukan dan kepenatan hati telah menguasai diri...

Jangan pernah berhenti, untuk selalu memohon dan meminta pada-Nya ketika cita-cita telah sirna namun kemahuan masih menggunung.. .

Jangan pernah berhenti, untuk selalu memupuk semangat dan optimis ketika hati mulai rapuh dan patah, sampai Allah memberikan kemenangan.

Jangan pernah berhenti saudaraku... Untuk selalu melantunkan bait-bait doa meskipun di pejabat, jalan, sekolah, kampus, pasar, kendaraan, kereta, pesawat....dan di hati ini... Allah Maha Mendengar bisikan hati...

"Iman seorang mukmin akan nampak pada saat ia menghadapi ujian. Di saat ia tenggelam dalam berdoa, tapi ia belum melihat pengaruh apapun dari doanya. Ketika, ia tetap tidak merubah keinginan dan harapannya, meskipun sebab-sebab putus asa semakin kuat. Itu semua dilakukan seseorang kerana keyakinannya bahwa hanya Allah saja yang paling tahu apa yang lebih maslahat bagi dirinya. Ia yakin bahawa dengan ujian itu, Allah ingin melihat tingkatan kesabaran dan keimanannya. Ia yakin bahwa dengan keadaan itu, Allah menghendaki hatinya menjadi luruh dan pasrah kepada-Nya. Atau, boleh jadi melalui ujian itu, Allah menghendaki dirinya untuk lebih banyak lagi berdoa sehingga ia lebih dekat lagi dengan-Nya melalui doa-doanya. " (Shaidul Khatir, 375). Begitulah nasihat dari Ibnul Jauzi.

Jangan pernah berhenti untuk selalu berusaha ikhlas dan tawadhu mengumpulkan butiran-butiran amal dalam setiap fasa-fasa hidup, kerana kelak ia yang akan menjadi kawan kita ketika menemui Rabb Semesta Alam...

Jangan pernah berhenti untuk selalu memohon pada-Nya kembali yang baik dan khusnul khatimah, kerana akhir yang baik adalah muara dari kasih sayang Allah.

Ya..jangan pernah berhenti untuk selalu berikhtiar, berdoa dan bersabar dalam menjalani hidup sebagai hamba Allah.

Allahua`lambisshawa ab...

Setitik hikmah dari samudera hikmah...
Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Firman Allah Taala yang bermaksud, “ Mereka yang bermujahadah ( bersungguh-sungguh ) pada jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami.” Surah Al Ankabut : 69.

Ayat di atas, Allah telah memberikan satu 'guide' buat diriku tentang bagaimana mendapat kejayaaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat iaitu melalui jalan mujahadah. Mujahadah bermaksud berusaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Dan ianya harus berterusan.Saat aku mujadah dalam erti hidup ini,bab istiqamahlah aku paling lemah.Saat kutewas kekadang menyebabkan aku hampir putus asa.

Dalam erti katanya,andai diriku mahu berubah,bukan sekadar keinginan yang aku perlu,namun pengorbananlah perkara asas yang perlu aku utamakan selain keinginan.Lihatlah bagaimana kisah sang Umar khalifah Islamkedua menerima hidayah Allah,selepas keinginannya untuk mengetahui apakah yang dibaca oleh adiknya,beliau juga bekorban mandi menyucikan dirinya setelah diarah oleh adiknya demi menyentuh dan membaca kalam Allah.

Pengorbanan itulah diertikan dengan mujahadah.Dan istiqamah yang berpanjangan dalam beramal dengan perbuatan itu jua adalah salah satu kaedah mujahadah jangka panjang.Memang pada mula-mula mesti kita rasa pressure gak kan dalam nak tsabat dalam perkara baik.Kadang-kadang untuk istiqamah buat perkara baik itu lebih mudah daripada meninggalkan perkara buruk yang kita dah ketagih atau biasa lakukan.Susahnya.Sebab itu lah aku nih,tak kehadapan sebab walaupun aku banyak mujahadah buat benda elop,benda baik,at the same time aku tak tinggal lagi benda-benda jahiliyah.So,penatlah kot nak buat dua-dua.Lepas buat baik,buat jahiliyah pula. Orang kafir lebih fokus kepada satu benda,so sebab itu cepat maju kot,sedangkan aku buat dua-dua.Itu penat dan susah barangkali.

Dalam sebuah hadis lebih kurang maksudnya, Nabi SAW telah bersabda, “ seorang mujahid adalah dia yang melawan hawa nafsunya kerana allah.”
So,apa-apa pun ,niat itu penting. So kita kena berperang sentiasalah dengan hawa ini. Dalam surah at-taubah ayat 41 Allah menegaskan lebih kurang maksudnya " Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


Imam Al Ghazali pula telah berkata di dalam kitabnya Iya Ulumuddin, “ Antara tanda cinta hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi(hawa), sama ada dalam aspek zahir ataupun batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja- kerja yang sukar serta sanggup melawan nafsunya kerana Allah.”

Imam ad-Darani berkata, “ Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui.”

Imam Fudhail Iyad berkata, “ Mereka yang bermujahadah mencari ilmu allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal.”

Imam Junaid al-Baghdadi berkata, “ Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan.”

Saidina Abdullah bin Abbas radiyallahuanhuma pula berkata, “ Mereka yang bermujahadah melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan mereka jalan pahala dan ganjaran.”

So,apa2 pun kita,kita berjuanglah dulu.Bermujahadah ,lawan nafsu kita,lawan hawa kita.InsyaAllah tuhan tunjukkan kita jalannya.Janganlah kita nak tunggu biar hidayah itu betul2 ada depan mata kita,mengetuk pintu hati kita sedangkan kita kalau boleh nak tangguh saja lagi berbuat baik.Ayuh,jom kawan-kawan semua(ajakan lebih kepada diri sendiri sebenarnya),kita berubah....Kita hendak membeli masa depan Islam dengan masa yang kita ada sekarang.
Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Di suatu petang yang damai,di padang whitworth park,terlihat sekumpulan remaja sedang bermain bola. Tersebutlah alkisah ini perihal ini berlaku di Manchester,dan remaja-remaja yang bermain adalah student Malaysia yang belajar di situ. Kelihatan aku menggelecek bola dengan jayanya.Setelah Apip kugentelkan berulang kali sehingga tercungap-cungap Apip dibuatku. Lalu datang Khairon dari belakangku dan terus menacklenya.Terjatuhlah diriku bergelimpangan seperti nangka yang busuk. Kakiku berdarah,Khairon datang untuk meminta maaf dan cuba menghulurkan tangan kepadaku tetapi aku dengan perasaan marah menepisnya. Marah agaknya.Apip datang kepadaku membisikkan bahawa Khairon sengaja tacklenya sebab permintaannya untuk bermain rugby tidak dilayan. Aku yang tengah kemarahan terus bingkas bangun.Di dalam hatiku, berbisik bahawa akan membalas dendam.

Ketika Khairon sedang membawa bola,sambil menepuk tangan(skill barangkali), aku dengan sengaja datang dari arah belakang dan terus menerjah kaki khairon.Lalu berteriaklah Khairon kemarahan.Suatu pergaduhan mulut berlaku,dan secara tidak sengaja aku telah menumbuk Khairon.Aku berasa bersalah gila time tu,dan terus meminta maaf dengan Khairon.Khairon dengan baik hatinya memaafkanku.

Malam itu,seperti biasalah,usrah di rumah zilal berlansung. Tika itu,Pyan sudah tahu perihal yang berlaku petang tadi. Aku dah mula cuak.Tetapi Pyan tidak menyentuh tentang peristiwa itu walaupun dalam seisi qadaya. Malam itu,Pyan telah memberi bahan utama yang agak memeningkan kepala semua orang. Selepas selesai usrah,Pyan mencuitku dan memberi isyarat supaya menunggu sebentar.Aku menjadi kelam kabut kerna kutahu Pyan pasti akan membincangkan hal tersebut.Setelah Muslim dengan hypernya pulang ke hallnya,Pyan mengajak aku masuk ke dalam biliknya. Dia hanya tersenyum sambil memegang paku.
Katanya,”Dengar cerita hang gaduh tadi.Sempat pula hang tibai Khairon.Sampai patah giginya.Kenapa ya akh Shah?

Shah hanya diam seribu bahasa.Biarlah Pyan memarahinya.Dia sudah tidak peduli lagi akan hal itu. Pyan hanya tersengih sahaja sambil menampakkan giginya yang keputihan.
“Shah,dalam hidup ini,biasalah ujian,kalau tak bila lagi nak tunjuk tuhan sayang kita.Nah,hang ambil paku ni. Tukul ada ada di depan bilik Pijie.Nanti,bila setiap kali hang marah ,hang paku je pintu aku.Aku tak kisah.Anak usrah punya pasal.Nanti at least hang tak tumbuk anak orang dah.” Kata Pyan kepadaku.

Keesokan harinya ,aku pergi ke library. Macam bisalah musim perperiksaan. Sesampai sahaja di sana,aku melihat Anas,Khalis dan Apip.Mereka sedang berbincang barangkali. Kemudian bila aku sampai di meja tersebut,aku terdengar seakan bunyi gelakan dari arah mereka. Aku pun join ah sekali.Seisi forum bermula hangat lagi ketika itu. Alkisah berlakulah suatu kejadian lagi,Khalis secara tak sengaja telah mengutuk aku.Aku dengan panasnya bangun dan menendang kerusinya hingga dia terjatuh. Aku pun berlalu dari situ.Sekembalinya di rumah,aku teringat kata-kata Pyan. Masih terngiang-ngiang lagi suara Khalis mengutukku.Aku bergegas ke rumah zilal.Kuambil paku dan tukul lalu ku ketuk di pintu Pyan. Pijie memerhatikannya dengan penuh kehairanan bukan keghairahan.Malam itu, aku hantar mesej kepada Khalis meminta maaf.

Esoknya Apip telah menelefon aku,memberitahu bahawa dia masalah kewangan dan menawarkan iphones kepadaku.Murah katanya. Lalu,aku tanpa berfikir panjang membayarnya demi ingin meringankan bebannya.Rupa-rupanya itu adalah helah semata-mata.Apip telah membawa diri setelah tamat examnya lalu bercuti di Paris. Iphonenya tak ditinggalkan.Aku sangat marah tak terkata.Lalu aku pergi ke menuju ke zilal .Hasratku ingin menukul pintu Pyan lagi dek kemarahan yang membuak-buak.

Sesampai di sana,aku hairan .Di manakah tukul itu.Aku sangat marah kerana tak dapat lepaskan kemarahan. Aku mengesyaki yang Pijie telah menyembunyikan tukul itu. Lalu aku pergi ke arah Pijie dan menuduhnya. Tiba-tiba Pak Dan yang pulang dari kerja part timenya hairan dengan bunyi bising.

“Ha,hang ni kenapa Shah,duduk terjerit terlolong?Dah kena santau pulak ke?”,bentak Pak Dan.
“Ni Pijie ni,ambil tukul,kat mana entah dia sorokkan.Saja ja nak kenakan aku.”,balasku.
Pijie hanya terdiam.Niat dihatinya memang nak sorokkan,tapi belum sempat nak disorokkan,dah hilang tukul itu.

“Nah ambil hammer ni,pergi la tukul kat mana-mana hang suka.Hang bukan tak tahu,aku ni kerja part time kerja tukang kat Cheetam sana tu,tak ada masa nak main sorok-sorok.Bukan seronok pun.”,Pak Dan menjawab.

Malulah pula dengan situasi tersebut.Aku berlalu dengan segera mengambil tukul tersebut.Sampai di pintu Pyan,aku dah tak paku dah,aku pergi hentak dan karate dah pintunya.
Malam itu,aku tak dapat lelapkan mata.Kuhantar sms ke iphone Pijie.Kutulis,Pijie maafkanku.wuwuwuw..Pijie mereply,it’s ok mate.

Keesokan harinya Pyan memanggilku,ditunjukkan aku pintu biliknya.Pyan berkata,”Mu tengoklah,apa dah jadi pada pintu ini.Dah banyak dah paku mu tukul.Tendang pun ada.Nah,sekarang hang cabut balik.”

Aku pun dengan patuhnya kepada perintah naqib mencabutnya.Satu demi satu. Selesailah akhirnya adegan cabut-mencabut paku. Selepas selesai,Pyan berkata lagi,”Baiklah,hang dah nampak kan,walaupun hang dah cabut paku tu kembali,kesannya masih ada. Nampak tak pintu bilik aku tu,dah berlubang.Nanti hang tampal lah balik kalau hang mampu.”

Sambungnya lagi,”Begitulah Shah hidup kita,andai mu marah dan lepaskan kemarahanmu tak bertempat,kamu maki sana sini,kamu tendang dan tumbuk sana sini,tengking orang tak tentu pasal ,kemudian bila kamu rasa bersalah kamu minta maaf.Oklah itu,tetapi kamu lihatlah.Kesannya masih ada.Samalah pada pintu yang mu paku tu dulu.Bila mu cabut balik,masih ada kesannya.Itulah,walaupun orang yang mu sakiti tu dah maafkanmu,tetapi ianya tetap meninggalkan kesan dihatinya.Harap mu dapatlah pengajaran.Aku bukan saja-saja suruh mu paku dan cabut balik ni.Lepas ni bolehlah panggil Pak Dan,suruh dia tukar pintu nih.”

“Shah,aku nak habak kat hang,nak marah itu tak apa barangkali,tapi nak lepaskan kemarahan itu masalahnya. Marahlah cara Nabi kita marah.Macam mana?Seorang sahabat bertanya pada Nabi, amalan apa yg paling baik?(lebih kurang maksud).Jawapan dari Rasul s.a.w:
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH….
(Nabi ulang 3 kali)
Ada satu hadith tak silap aku bermaksud “ORANG BERIMAN ADALAH BERSIFAT MENELAN MARAH”

Aku terdiam.Pyan sambung lagi.
“Nak diceritakan suatu kisah dulu,Shah,bila Nabi melihat mayat Saidina Hamzah selaku bapa saudaranya di lapah2, anggota badan di potong2, jantung dikeluarkan, apa Nabi buat?
Nabi bercadang nak lapah 70 mayat org kafir macam tu juga….
Tapi Allah tegur… “maafkan lebih baik”.”

Pyan menambah lagi,”So,kita ambil pengajaran daripada cerita ini ya Shah.Aku bagilah sedikit tips kat mu.First sekali,mu telan marahmu,then maafkannya dan last sekali bagi hadiah kepadanya.Ada sesetengah orang mengatakan kalau marah tu,ambillah wudhu’ cepat-cepat sebab marah itu api syaitan.Sejukkanlah dengan air wudhu’.And then kau ambil quran,kau bacalah.InsyaAllah,hilang atau redalah sikit-sikit nanti.Banyakkan berdoa.Dan fikir kesannya.Kalau aku marah,apa kesannya?”

Selain itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa:
“Seseorang yang kuat di kalangan sesuatu kaum bukanlah orang yang dapat
mengalahkan semua orang di kalangan kaumnya tetapi orang yang kuat itu
adalah orang yang dapat menahan dirinya daripada berasa marah.”


Sambungnya lagi,“Ada suatu kisah dulu Shah,nabi kita di baling batu di taif.Apa Nabi buat.Nabi telan marah(nabi menangis mengadu pada Allah, Nabi tak marah-marah.Kemudian Nabi maafkan org Taif walaupun Malaikat offer nak datangkan bala tapi nabi tolak.Nabi juga bagi hadiah berupa doa hidaya dan akhirnya anak orang-orang taif telah masuk islam dan mengetuai jemaah daqwah ke Asia.(satu org alim cakap sekiranya Nabi benarkan Malaikat hancurkan Taif, kita hari ni sembah pokok dan batu..)So,aku harap kau fahamlah Shah,aku perlu tegur kau sebab aku sayang kat kau.”

Aku terpegun.Nak menangis pun ada. Lantas kupeluknya dan berterima kasih atas nasihatnya.Malam itu,aku renung kata-katanya. Aku sedar dari sikap panas baranku.Aku berazam mahu berubah.Malam itu,kuhadapkan diriku padaNya,memohon ampun dan maaf serta menjaga ukhwah kami semua.Kemudian aku bermunajat memohon agar diriku dibantu bagi membuang sifat amarahku yang tiada gunanya.

Seminggu selepas itu,Apip pulang dari holidaynya.Dia datang ke rumahku.Memohon maaf.Katanya Tuhan telah membalas kesalahannya.Dia telah dirompak lanun di pertengahan jalan di Paris.Habis,iphone,dompet,passport dan lain-lain dikebasnya.Dia pula hampir saja diperdagangkan.Mujurlah dia merayu habis-habisan. Aku ,ketika itu masih tak dapat melupakan kejadian lalu. Lalu aku tidak mengendahkan dirinya.

Esoknya Apip mengadu kepada Pak Dan.Habis Apip dibasuh oleh Pak Dan. Tetapi bersyukurlah,kerna Apip dah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Apip berazam nak berubah dan menyumbang kepada dakwah di bumi ini. Sementara itu,aku masih dengan keputusanku tak mahu maafkan Apip dan tak mahu memperdulikannya walaupun beribu kali dirayunya.
Malam itu,Pak Dan sengaja sahaja memanggilku. Dibalingnya sebiji oren. Tapi diberinya syarat.Katanya,”Hang jangan makan tau,jangan apa-apakan.Hang bawalah oren itu ke mana hang pergi.Ke kelas ke,usrah ke.Mandi kalau hang nak bawa,hang bawalah. Hang letaklah dalam beg kalau hang perlu.”

Aku masih tertanya-tanya ,kenapalah mamat tu suruh aku buat macam itu.Tetapi sebab terkenang akan arahannya,sami’ na wa ato’ na la jawabnya.Kami dengar dan kami patuh. Setelah dah dua minggu hidupku asyik membawa buah yang tak ada faedahnya,akhirnya,aku mengambil keputusan untuk mengalah dan melanggar perintahnya.Aku pun menuju ke rumahnya.

Kataku,”Pak Dan,aku dah tak tahan duk bawa oren ni.Dah busuk dah.Nanti berulat pula.Habis beg aku.Bau busuk.Apa tujuan kau sebenarnya.”Aku tahu selepas ini,pasti aku akan mendengar ceramahnya yang berjela-jela.

Jawabnya,”Shah,itulah hatimu,kalau hang bawa hati hang ke mana-mana ,tak maafkan bagi siapa yang memohon maaf kepada hang,hang bawa seharian hidup hang hati itu,sampai berhari-hari lamanya.Akhirnya nanti ianya menjadi busuk,berbau.Hang pun tak suka. Jelas sekali benda ini tak elop.Tapi kalau hang maafkan.Ukhwah itu akan bertaut kembali.Malah lebih kuat dan utuh.

Sambungnya lagi,"Hang dulu duk sibuk cerita pasal ukhwah,gitu gini.Tapi praktikalnya mana?Ingatkan hadith ke-13 Imam Nawawi, “Tidak beriman seorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”

"Lagi pun Shah,Allah Maha Pemaaf dan Maha Pengampundan Dia menyuruh kita supaya selalu memaafkan kesalahan orang seperti dalam firmanNya "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."(Al-A'raf :199)

Ya Akh Shah, Rasulullah SAW pernah bersabda : ”Tahukah kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan ? "Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" (HR. Ibnu Majah).

Sambungnya lagi,dalam hadis lain dijelaskan pula : "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada shalat dan shaum ?" tanya Rasulullah SAW. kepada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Beliau kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyembungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal shalih yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim" (HR. Bukhari Muslim).

"Kemudian Shah,Allah berfirman lagi dalam ayatnya,''Dan jika kamu melakukan pembalasan, balaslah seperti yang mereka lakukan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, maka kesabaranmu itu lebih baik bagimu”. ( (An-Nahl) : 126)

"Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan, menyembunyikan, atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa"An-Nisaa:149


“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu?”Dan Allah maha pengampun,Maha penyayang.”
Surah annur ayat 22."

“Tengok Shah,Allah dan menjawab situasi ini dalam AlQuran,dan sebahagiannya ada dalam hadith.Kalau hang baca quran ,hang trylah baca terjemahannya.Hayatinya dan aplikasi dalam kehidupan.Hang ini adalah qudwah bagi orang ramai.Orang tengok hang. Macam mana dakwah kita nak Berjaya kalau hang masih bersikap macam ini.Hang faham kan?Aku bukan nak marah hang.Tapi,ini adlah sebagai amanat dan peringatanku buatmu kerna aku sayang kat hang.”balasnya lagi.

Aku tersedu.Aku telah silap.Aku tahu,aku banyak lagi tak sempurna dan perlu dibaiki.Kuucapkan terima kasih kepada Pak Dan.Kupeluknya jua tika itu.Aku mesti berubah. Betul,aku perlu berubah pada saat dan tika itu jua.Aku tak perlu menunggu lagi.Kutakut nanti,senja itu berlalu,mentari tak muncul-muncul nanti.Dan aku kegelisahan penuh dengan seribu penyesalan.Aku pergi mencari Apip,dan akhirnya kami bertemu di Whithwort Park,dan kami bersalaman dan berpelukan dengan penuh kesyahduan.Moga ukhwah kami terjalin dan kami tsabat di jalan ini.

Inilah pentingnya hidup di dalam masyarakat yang saling berukhwah kerana Allah.Pesan dan memesan kerana cintakan saudaranya.Bila aku silap,aku ditegur dengan penuh kasih sayang,bukan untuk menghentamku.Bila ada kawanku salah,kutegur pula.Kerana kami semua hendak ke hadapan menuju jannahNya bersama-sama.Tidak berseorangan.Alhamdulillah,aku di tempat itu sekarang.Moga kita semua mencuba untukmencipta suasana ini.

Ya Allah,ampunkan dosaku.

Cerita dan watak ini hanyalah ilusi semata-mata.
Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya
besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tjuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar krisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi:Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Copy dari friendster aku tadi...Iktibar buat kita yang lalai