Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Di suatu petang yang damai,di padang whitworth park,terlihat sekumpulan remaja sedang bermain bola. Tersebutlah alkisah ini perihal ini berlaku di Manchester,dan remaja-remaja yang bermain adalah student Malaysia yang belajar di situ. Kelihatan aku menggelecek bola dengan jayanya.Setelah Apip kugentelkan berulang kali sehingga tercungap-cungap Apip dibuatku. Lalu datang Khairon dari belakangku dan terus menacklenya.Terjatuhlah diriku bergelimpangan seperti nangka yang busuk. Kakiku berdarah,Khairon datang untuk meminta maaf dan cuba menghulurkan tangan kepadaku tetapi aku dengan perasaan marah menepisnya. Marah agaknya.Apip datang kepadaku membisikkan bahawa Khairon sengaja tacklenya sebab permintaannya untuk bermain rugby tidak dilayan. Aku yang tengah kemarahan terus bingkas bangun.Di dalam hatiku, berbisik bahawa akan membalas dendam.

Ketika Khairon sedang membawa bola,sambil menepuk tangan(skill barangkali), aku dengan sengaja datang dari arah belakang dan terus menerjah kaki khairon.Lalu berteriaklah Khairon kemarahan.Suatu pergaduhan mulut berlaku,dan secara tidak sengaja aku telah menumbuk Khairon.Aku berasa bersalah gila time tu,dan terus meminta maaf dengan Khairon.Khairon dengan baik hatinya memaafkanku.

Malam itu,seperti biasalah,usrah di rumah zilal berlansung. Tika itu,Pyan sudah tahu perihal yang berlaku petang tadi. Aku dah mula cuak.Tetapi Pyan tidak menyentuh tentang peristiwa itu walaupun dalam seisi qadaya. Malam itu,Pyan telah memberi bahan utama yang agak memeningkan kepala semua orang. Selepas selesai usrah,Pyan mencuitku dan memberi isyarat supaya menunggu sebentar.Aku menjadi kelam kabut kerna kutahu Pyan pasti akan membincangkan hal tersebut.Setelah Muslim dengan hypernya pulang ke hallnya,Pyan mengajak aku masuk ke dalam biliknya. Dia hanya tersenyum sambil memegang paku.
Katanya,”Dengar cerita hang gaduh tadi.Sempat pula hang tibai Khairon.Sampai patah giginya.Kenapa ya akh Shah?

Shah hanya diam seribu bahasa.Biarlah Pyan memarahinya.Dia sudah tidak peduli lagi akan hal itu. Pyan hanya tersengih sahaja sambil menampakkan giginya yang keputihan.
“Shah,dalam hidup ini,biasalah ujian,kalau tak bila lagi nak tunjuk tuhan sayang kita.Nah,hang ambil paku ni. Tukul ada ada di depan bilik Pijie.Nanti,bila setiap kali hang marah ,hang paku je pintu aku.Aku tak kisah.Anak usrah punya pasal.Nanti at least hang tak tumbuk anak orang dah.” Kata Pyan kepadaku.

Keesokan harinya ,aku pergi ke library. Macam bisalah musim perperiksaan. Sesampai sahaja di sana,aku melihat Anas,Khalis dan Apip.Mereka sedang berbincang barangkali. Kemudian bila aku sampai di meja tersebut,aku terdengar seakan bunyi gelakan dari arah mereka. Aku pun join ah sekali.Seisi forum bermula hangat lagi ketika itu. Alkisah berlakulah suatu kejadian lagi,Khalis secara tak sengaja telah mengutuk aku.Aku dengan panasnya bangun dan menendang kerusinya hingga dia terjatuh. Aku pun berlalu dari situ.Sekembalinya di rumah,aku teringat kata-kata Pyan. Masih terngiang-ngiang lagi suara Khalis mengutukku.Aku bergegas ke rumah zilal.Kuambil paku dan tukul lalu ku ketuk di pintu Pyan. Pijie memerhatikannya dengan penuh kehairanan bukan keghairahan.Malam itu, aku hantar mesej kepada Khalis meminta maaf.

Esoknya Apip telah menelefon aku,memberitahu bahawa dia masalah kewangan dan menawarkan iphones kepadaku.Murah katanya. Lalu,aku tanpa berfikir panjang membayarnya demi ingin meringankan bebannya.Rupa-rupanya itu adalah helah semata-mata.Apip telah membawa diri setelah tamat examnya lalu bercuti di Paris. Iphonenya tak ditinggalkan.Aku sangat marah tak terkata.Lalu aku pergi ke menuju ke zilal .Hasratku ingin menukul pintu Pyan lagi dek kemarahan yang membuak-buak.

Sesampai di sana,aku hairan .Di manakah tukul itu.Aku sangat marah kerana tak dapat lepaskan kemarahan. Aku mengesyaki yang Pijie telah menyembunyikan tukul itu. Lalu aku pergi ke arah Pijie dan menuduhnya. Tiba-tiba Pak Dan yang pulang dari kerja part timenya hairan dengan bunyi bising.

“Ha,hang ni kenapa Shah,duduk terjerit terlolong?Dah kena santau pulak ke?”,bentak Pak Dan.
“Ni Pijie ni,ambil tukul,kat mana entah dia sorokkan.Saja ja nak kenakan aku.”,balasku.
Pijie hanya terdiam.Niat dihatinya memang nak sorokkan,tapi belum sempat nak disorokkan,dah hilang tukul itu.

“Nah ambil hammer ni,pergi la tukul kat mana-mana hang suka.Hang bukan tak tahu,aku ni kerja part time kerja tukang kat Cheetam sana tu,tak ada masa nak main sorok-sorok.Bukan seronok pun.”,Pak Dan menjawab.

Malulah pula dengan situasi tersebut.Aku berlalu dengan segera mengambil tukul tersebut.Sampai di pintu Pyan,aku dah tak paku dah,aku pergi hentak dan karate dah pintunya.
Malam itu,aku tak dapat lelapkan mata.Kuhantar sms ke iphone Pijie.Kutulis,Pijie maafkanku.wuwuwuw..Pijie mereply,it’s ok mate.

Keesokan harinya Pyan memanggilku,ditunjukkan aku pintu biliknya.Pyan berkata,”Mu tengoklah,apa dah jadi pada pintu ini.Dah banyak dah paku mu tukul.Tendang pun ada.Nah,sekarang hang cabut balik.”

Aku pun dengan patuhnya kepada perintah naqib mencabutnya.Satu demi satu. Selesailah akhirnya adegan cabut-mencabut paku. Selepas selesai,Pyan berkata lagi,”Baiklah,hang dah nampak kan,walaupun hang dah cabut paku tu kembali,kesannya masih ada. Nampak tak pintu bilik aku tu,dah berlubang.Nanti hang tampal lah balik kalau hang mampu.”

Sambungnya lagi,”Begitulah Shah hidup kita,andai mu marah dan lepaskan kemarahanmu tak bertempat,kamu maki sana sini,kamu tendang dan tumbuk sana sini,tengking orang tak tentu pasal ,kemudian bila kamu rasa bersalah kamu minta maaf.Oklah itu,tetapi kamu lihatlah.Kesannya masih ada.Samalah pada pintu yang mu paku tu dulu.Bila mu cabut balik,masih ada kesannya.Itulah,walaupun orang yang mu sakiti tu dah maafkanmu,tetapi ianya tetap meninggalkan kesan dihatinya.Harap mu dapatlah pengajaran.Aku bukan saja-saja suruh mu paku dan cabut balik ni.Lepas ni bolehlah panggil Pak Dan,suruh dia tukar pintu nih.”

“Shah,aku nak habak kat hang,nak marah itu tak apa barangkali,tapi nak lepaskan kemarahan itu masalahnya. Marahlah cara Nabi kita marah.Macam mana?Seorang sahabat bertanya pada Nabi, amalan apa yg paling baik?(lebih kurang maksud).Jawapan dari Rasul s.a.w:
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH….
(Nabi ulang 3 kali)
Ada satu hadith tak silap aku bermaksud “ORANG BERIMAN ADALAH BERSIFAT MENELAN MARAH”

Aku terdiam.Pyan sambung lagi.
“Nak diceritakan suatu kisah dulu,Shah,bila Nabi melihat mayat Saidina Hamzah selaku bapa saudaranya di lapah2, anggota badan di potong2, jantung dikeluarkan, apa Nabi buat?
Nabi bercadang nak lapah 70 mayat org kafir macam tu juga….
Tapi Allah tegur… “maafkan lebih baik”.”

Pyan menambah lagi,”So,kita ambil pengajaran daripada cerita ini ya Shah.Aku bagilah sedikit tips kat mu.First sekali,mu telan marahmu,then maafkannya dan last sekali bagi hadiah kepadanya.Ada sesetengah orang mengatakan kalau marah tu,ambillah wudhu’ cepat-cepat sebab marah itu api syaitan.Sejukkanlah dengan air wudhu’.And then kau ambil quran,kau bacalah.InsyaAllah,hilang atau redalah sikit-sikit nanti.Banyakkan berdoa.Dan fikir kesannya.Kalau aku marah,apa kesannya?”

Selain itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa:
“Seseorang yang kuat di kalangan sesuatu kaum bukanlah orang yang dapat
mengalahkan semua orang di kalangan kaumnya tetapi orang yang kuat itu
adalah orang yang dapat menahan dirinya daripada berasa marah.”


Sambungnya lagi,“Ada suatu kisah dulu Shah,nabi kita di baling batu di taif.Apa Nabi buat.Nabi telan marah(nabi menangis mengadu pada Allah, Nabi tak marah-marah.Kemudian Nabi maafkan org Taif walaupun Malaikat offer nak datangkan bala tapi nabi tolak.Nabi juga bagi hadiah berupa doa hidaya dan akhirnya anak orang-orang taif telah masuk islam dan mengetuai jemaah daqwah ke Asia.(satu org alim cakap sekiranya Nabi benarkan Malaikat hancurkan Taif, kita hari ni sembah pokok dan batu..)So,aku harap kau fahamlah Shah,aku perlu tegur kau sebab aku sayang kat kau.”

Aku terpegun.Nak menangis pun ada. Lantas kupeluknya dan berterima kasih atas nasihatnya.Malam itu,aku renung kata-katanya. Aku sedar dari sikap panas baranku.Aku berazam mahu berubah.Malam itu,kuhadapkan diriku padaNya,memohon ampun dan maaf serta menjaga ukhwah kami semua.Kemudian aku bermunajat memohon agar diriku dibantu bagi membuang sifat amarahku yang tiada gunanya.

Seminggu selepas itu,Apip pulang dari holidaynya.Dia datang ke rumahku.Memohon maaf.Katanya Tuhan telah membalas kesalahannya.Dia telah dirompak lanun di pertengahan jalan di Paris.Habis,iphone,dompet,passport dan lain-lain dikebasnya.Dia pula hampir saja diperdagangkan.Mujurlah dia merayu habis-habisan. Aku ,ketika itu masih tak dapat melupakan kejadian lalu. Lalu aku tidak mengendahkan dirinya.

Esoknya Apip mengadu kepada Pak Dan.Habis Apip dibasuh oleh Pak Dan. Tetapi bersyukurlah,kerna Apip dah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Apip berazam nak berubah dan menyumbang kepada dakwah di bumi ini. Sementara itu,aku masih dengan keputusanku tak mahu maafkan Apip dan tak mahu memperdulikannya walaupun beribu kali dirayunya.
Malam itu,Pak Dan sengaja sahaja memanggilku. Dibalingnya sebiji oren. Tapi diberinya syarat.Katanya,”Hang jangan makan tau,jangan apa-apakan.Hang bawalah oren itu ke mana hang pergi.Ke kelas ke,usrah ke.Mandi kalau hang nak bawa,hang bawalah. Hang letaklah dalam beg kalau hang perlu.”

Aku masih tertanya-tanya ,kenapalah mamat tu suruh aku buat macam itu.Tetapi sebab terkenang akan arahannya,sami’ na wa ato’ na la jawabnya.Kami dengar dan kami patuh. Setelah dah dua minggu hidupku asyik membawa buah yang tak ada faedahnya,akhirnya,aku mengambil keputusan untuk mengalah dan melanggar perintahnya.Aku pun menuju ke rumahnya.

Kataku,”Pak Dan,aku dah tak tahan duk bawa oren ni.Dah busuk dah.Nanti berulat pula.Habis beg aku.Bau busuk.Apa tujuan kau sebenarnya.”Aku tahu selepas ini,pasti aku akan mendengar ceramahnya yang berjela-jela.

Jawabnya,”Shah,itulah hatimu,kalau hang bawa hati hang ke mana-mana ,tak maafkan bagi siapa yang memohon maaf kepada hang,hang bawa seharian hidup hang hati itu,sampai berhari-hari lamanya.Akhirnya nanti ianya menjadi busuk,berbau.Hang pun tak suka. Jelas sekali benda ini tak elop.Tapi kalau hang maafkan.Ukhwah itu akan bertaut kembali.Malah lebih kuat dan utuh.

Sambungnya lagi,"Hang dulu duk sibuk cerita pasal ukhwah,gitu gini.Tapi praktikalnya mana?Ingatkan hadith ke-13 Imam Nawawi, “Tidak beriman seorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”

"Lagi pun Shah,Allah Maha Pemaaf dan Maha Pengampundan Dia menyuruh kita supaya selalu memaafkan kesalahan orang seperti dalam firmanNya "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."(Al-A'raf :199)

Ya Akh Shah, Rasulullah SAW pernah bersabda : ”Tahukah kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan ? "Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" (HR. Ibnu Majah).

Sambungnya lagi,dalam hadis lain dijelaskan pula : "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada shalat dan shaum ?" tanya Rasulullah SAW. kepada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Beliau kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyembungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal shalih yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim" (HR. Bukhari Muslim).

"Kemudian Shah,Allah berfirman lagi dalam ayatnya,''Dan jika kamu melakukan pembalasan, balaslah seperti yang mereka lakukan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, maka kesabaranmu itu lebih baik bagimu”. ( (An-Nahl) : 126)

"Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan, menyembunyikan, atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa"An-Nisaa:149


“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu?”Dan Allah maha pengampun,Maha penyayang.”
Surah annur ayat 22."

“Tengok Shah,Allah dan menjawab situasi ini dalam AlQuran,dan sebahagiannya ada dalam hadith.Kalau hang baca quran ,hang trylah baca terjemahannya.Hayatinya dan aplikasi dalam kehidupan.Hang ini adalah qudwah bagi orang ramai.Orang tengok hang. Macam mana dakwah kita nak Berjaya kalau hang masih bersikap macam ini.Hang faham kan?Aku bukan nak marah hang.Tapi,ini adlah sebagai amanat dan peringatanku buatmu kerna aku sayang kat hang.”balasnya lagi.

Aku tersedu.Aku telah silap.Aku tahu,aku banyak lagi tak sempurna dan perlu dibaiki.Kuucapkan terima kasih kepada Pak Dan.Kupeluknya jua tika itu.Aku mesti berubah. Betul,aku perlu berubah pada saat dan tika itu jua.Aku tak perlu menunggu lagi.Kutakut nanti,senja itu berlalu,mentari tak muncul-muncul nanti.Dan aku kegelisahan penuh dengan seribu penyesalan.Aku pergi mencari Apip,dan akhirnya kami bertemu di Whithwort Park,dan kami bersalaman dan berpelukan dengan penuh kesyahduan.Moga ukhwah kami terjalin dan kami tsabat di jalan ini.

Inilah pentingnya hidup di dalam masyarakat yang saling berukhwah kerana Allah.Pesan dan memesan kerana cintakan saudaranya.Bila aku silap,aku ditegur dengan penuh kasih sayang,bukan untuk menghentamku.Bila ada kawanku salah,kutegur pula.Kerana kami semua hendak ke hadapan menuju jannahNya bersama-sama.Tidak berseorangan.Alhamdulillah,aku di tempat itu sekarang.Moga kita semua mencuba untukmencipta suasana ini.

Ya Allah,ampunkan dosaku.

Cerita dan watak ini hanyalah ilusi semata-mata.
11 Responses
  1. epi Says:

    terbaik..hihi,,truskn penulisan yg menarik


  2. asan Says:

    ni cerita benar ke cerita tipu?
    sebab lama tak jumpa dek exams.
    hehe.


  3. abd rahman Says:

    mantaplah.. cm cerita xmasuk akal..hehe.. tapi byk faedah dan manfaat yg boleh diambil..
    ko tulis something ttg kapel plak.. cm indirect menegur..

    boleh aku bg anak2 usrah aku baca..hehe..


  4. apa pasal x masok akal?
    sebab wataknya ke?
    hahahahaha..
    pasal kapel??
    wuwuwuwuw
    nanti ah jap
    tunggu ak aplikasi lu dlm hdop aku..
    wu3....


  5. Anonymous Says:

    best2..moga mengambil iktibar..and trus berdakwah k


  6. abd rahman Says:

    hehe...
    kira nielah ko sebenarnya erk..hehe...

    bagus arr ko shah.. ko xnk tegur jiran sebelah aku..hehe.. mana taukan..


  7. Anonymous Says:

    salam..
    jazakallah atas perkongsian...
    keep it up shah.. :D


  8. abang P Says:

    mu bertumbuk ngan khairon, tapi khalis kat belakang tu relax ja dengan shadenya


  9. maap,gambar itu hanya hiasan semata-mata.
    rahman,berilah harapan lagi pdnya
    DF lagi lah nmpknya
    hehehehe
    tak sabar blik malaysia tgk org tu bersanding


  10. Unknown Says:

    emmmmmmmmmmm...
    kena pd situasi..
    thnks a lot....
    bemanfaat...
    (n_n)...