Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Firman Allah Taala yang bermaksud, “ Mereka yang bermujahadah ( bersungguh-sungguh ) pada jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami.” Surah Al Ankabut : 69.

Ayat di atas, Allah telah memberikan satu 'guide' buat diriku tentang bagaimana mendapat kejayaaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat iaitu melalui jalan mujahadah. Mujahadah bermaksud berusaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Dan ianya harus berterusan.Saat aku mujadah dalam erti hidup ini,bab istiqamahlah aku paling lemah.Saat kutewas kekadang menyebabkan aku hampir putus asa.

Dalam erti katanya,andai diriku mahu berubah,bukan sekadar keinginan yang aku perlu,namun pengorbananlah perkara asas yang perlu aku utamakan selain keinginan.Lihatlah bagaimana kisah sang Umar khalifah Islamkedua menerima hidayah Allah,selepas keinginannya untuk mengetahui apakah yang dibaca oleh adiknya,beliau juga bekorban mandi menyucikan dirinya setelah diarah oleh adiknya demi menyentuh dan membaca kalam Allah.

Pengorbanan itulah diertikan dengan mujahadah.Dan istiqamah yang berpanjangan dalam beramal dengan perbuatan itu jua adalah salah satu kaedah mujahadah jangka panjang.Memang pada mula-mula mesti kita rasa pressure gak kan dalam nak tsabat dalam perkara baik.Kadang-kadang untuk istiqamah buat perkara baik itu lebih mudah daripada meninggalkan perkara buruk yang kita dah ketagih atau biasa lakukan.Susahnya.Sebab itu lah aku nih,tak kehadapan sebab walaupun aku banyak mujahadah buat benda elop,benda baik,at the same time aku tak tinggal lagi benda-benda jahiliyah.So,penatlah kot nak buat dua-dua.Lepas buat baik,buat jahiliyah pula. Orang kafir lebih fokus kepada satu benda,so sebab itu cepat maju kot,sedangkan aku buat dua-dua.Itu penat dan susah barangkali.

Dalam sebuah hadis lebih kurang maksudnya, Nabi SAW telah bersabda, “ seorang mujahid adalah dia yang melawan hawa nafsunya kerana allah.”
So,apa-apa pun ,niat itu penting. So kita kena berperang sentiasalah dengan hawa ini. Dalam surah at-taubah ayat 41 Allah menegaskan lebih kurang maksudnya " Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


Imam Al Ghazali pula telah berkata di dalam kitabnya Iya Ulumuddin, “ Antara tanda cinta hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi(hawa), sama ada dalam aspek zahir ataupun batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja- kerja yang sukar serta sanggup melawan nafsunya kerana Allah.”

Imam ad-Darani berkata, “ Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui.”

Imam Fudhail Iyad berkata, “ Mereka yang bermujahadah mencari ilmu allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal.”

Imam Junaid al-Baghdadi berkata, “ Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan.”

Saidina Abdullah bin Abbas radiyallahuanhuma pula berkata, “ Mereka yang bermujahadah melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan mereka jalan pahala dan ganjaran.”

So,apa2 pun kita,kita berjuanglah dulu.Bermujahadah ,lawan nafsu kita,lawan hawa kita.InsyaAllah tuhan tunjukkan kita jalannya.Janganlah kita nak tunggu biar hidayah itu betul2 ada depan mata kita,mengetuk pintu hati kita sedangkan kita kalau boleh nak tangguh saja lagi berbuat baik.Ayuh,jom kawan-kawan semua(ajakan lebih kepada diri sendiri sebenarnya),kita berubah....Kita hendak membeli masa depan Islam dengan masa yang kita ada sekarang.
0 Responses