Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Ada Seseorang telah menemukan kepompong seekor
kupu kupu.... suatu hari kelihatan sebuah lubang kecil muncul. lalu,
dia duduk mengamati dalam beberapa jam menunggu calon kupu kupu itu. beberapa ketika selepas itu kelihatan kupu kupu itu sedang berjuang dengan memaksakan dirinya melepasi lubang kecil itu.. kemudian kupu kupu itu berhenti daripada meneruskannya.. kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh lebih jauh lagi.. akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya.. dia mengambil sebuah gunting dan memotong sedikit lubang
dari kepompong itu.

Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya..namun dia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, sayap sayapnya berkerut..orang tersebut terus mangamatinya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan terus berkembang seiring dengan
berjalannya waktu. namun.... semuanya tak terjadi.

Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh yang kembung dan sayap sayapnya yang berkerut.. dia tidak boleh terbang.

Sifat baik yang tergesa gesa orang itu menyebabkan dia tidak memahami bahawa kepompong itu merupakan halangan dan perjuangan yang perlu ditempuhi oleh kupu kupu tersebut. lubang kecil kepompong tersebut adalah cara dan jalan tuhan untuk memaksa cecair dalam tubuh kupu kupu tersebut mengalir ke sayap sayapnya. maka dengan cara itulah kupu kupu boleh terbang dan bebas dari kepompong tersebut.

Sebenarnya......perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan perjuangan.. itu mungkin akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak semampu dan sekuat yang sepatutnya yang diperlukan untuk merealisasikan
cita cita dan harapan yang kita impikan.


Tanpa halangan dalam perjuangan Kita mungkin tidak dapat 'terbang'. sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?

Kita memohon kekuatan dan Tuhan memberi kita kesulitan demi kesulitan untuk membuat kita tegar.

Kita memohon kebijaksanaan dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.

Kita memohon kemakmuran dan Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.

Kita memohon keteguhan hati dan Tuhan memberi bencana dan bahaya untuk diatasi.

Kita memohon cinta dan Tuhan memberi kita orang orang bermasaalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan dan kebaikan hati dan Tuhan memberi kita kesempatan kesempatan yang silih berganti.. begitulah cara Tuhan membimbing kita.

Apakah jika saya tidak memperolehi apa yang saya inginkan.. bererti saya tidak mendapatkan segala yang saya perlukan?..

Kadang Tuhan tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Tuhan
memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal.. bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan.. padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..

Sesungguhnya segala yang tersembunyi yang kita tidak tahu...sebaliknya sangat diketahui oleh ALLAH..
Mohd Shahridwan bin Ramli
FuiYo
Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat banyak pengajaran daripada kisah-kisah yang telah diceritakan dan terdapat cerita yang diulang-ulang. Pengulangan kisah ini bukan bermaksud Allah kekurangan `modal`. Akan tetapi pengulangannya itu mengandungi pengajaran untuk kita semua menghayatinya. Seperti ayat 13 surah Ali Imran yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam kisah-kisah itu terdapat ibrah, pengajaran bagi orang-orang yang berfikir"

Melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam Al Quran, Allah ingin menunjukkan tiga sifat perosak kepada manusia ataupun jin.

Pertama ialah sikap sombong seperti kisah penciptaan Nabi Adam a.s yang mana Iblis tidak mahu menyembah Adam lalu berkata:

''Aku lebih baik daripada dia, aku diciptakan daripada api, sedangkan dia diciptakan daripada tanah."

Sifat sombong adalah kerana menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orng lain. Dosa sifat ini tidak akan diampunkan oleh Allah sehngga kita bertaubat. Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan''

Sebagai contoh, negara akan kacau jika penguasanya merasa lebih terhormat dan mulia berbanding dengan rakyat yang dipimpinnya. Jika penguasa berasa diri mereka hebat sehingga merasakan tidak perlu saranan apa lagi kritikan maka perasaan inilah yang membinasakan Firaun dan Namrud seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran. Penguasa yang bengis dan sombong, di telunjuknya adalah hukuman dan di mulutnya pula adalah undang-undang. Ertinya tanpa ada pilihan lain, rakyat terpaksa tunduk dan patuh kepada penguasa yang zalim. Sehinggalah penguasa yang tidak melaksanakan perintah Allah ini akan dihancurkan oleh kerana perbuatan diri sendiri.

Di dalam surah Al Nahl ayat 23 pula:"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong."

Sifat perosak kedua pula adalah serakah. Sifat ini menjadikan manusia sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada pada dirinya. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan kisah Nabi Adam dan Hawa yang mana Allah telah memberikan pelbagai kemudahan, kesenangan dan kenikmatan yang tiada tandingan di syurga kecuali janganlah mereka memakan buah kuldi. Larangan ini dilanggar yang akhirnya mendatangkan kemurkaan Allah. Apa yang hendak disampaikan di sini bukanlah keburukan Adam akan tetapi adalah sifat serakah yang mengheret Adam dan Hawa dari singahsana syurga.

Sifat ketiga adalah hasad. Di dalam quran, diceritakan kisah Qabil membunuh saudaranya Habil kerana hasad dengkinya terhadap Habil yang mempunyai seorang isteri yang lebih cantik. Sifat hasad menyebabkan seseorang memandang apa yang dimiliki orang lain sentiasa lebih menarik daripada yang dimilikinya.Sebagai contoh, ketika jirannya memiliki sebuah kereta baru, maka tergelegaklah hatinya. Pertama-tamanya ia akan mengembangkan sifat su'uzannya,dengan penuh selidik ia menyangka bahawa ianya dari usaha yang tidak halal. Seterusnya orang yang bersifat hasad merasakan tidak suka orang lain mendapat nikmat dan rezeki, sehinggakan ada yang sanggup untuk memusnahkan nikmat itu.

Rasulullah bersabda,: "Waspadalah terhadap hasad, sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala seperti api memakan kayu".

Penyakit hati amat berbahaya. apabila hati sentiasa gelisah jika orang lain mendapat kebahagian. Orang yang bersifat hasad juga amat berbahaya kerana dia akan melakukan apa-apa jenayah untuk melenyapkan nikmat yang diberikan Allah kepada orang lain. Setiap negara dan bangsa mengandungi tiga golongan terbabit,iaitu penguasa,pengusaha dan rakyat jelata. Jika penguasanya sombong, pengusahanya serakah, dan rakyatnya iri hati maka hancurlah negara tersebut.

sumber:artikel dari iluvsilam yang kuhantar
Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Aku memikirkan tentang keadaan hidup.Membandingkan ujian di sini,di tanah airku.Sesungguhnya ianya amatlah bukan omong-omongan kosong.Memang kekadang tika iman naik,banyak amalan yang dilakukan,namun bila down.Nauzubillah..

Benarlah kata seorang senior,medan latihan,medan beramal kita di UK.Disajikan dengan program-program yang mantap dan dapat diikuti.Dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik.Biah solehah.Namun,medan ku sebenar,tempatku sebenar adalah di sini.

Al-Ankabut:Ayat 2
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Kucuba amati,apakah inilah ujian Allah?
Ujian future setelah beberapa lama latihan tarbiyah di Manchester?
Pelaksaaan dakwah dan tarbiyah dzatiyyah?
Memang kekadang masalah dicipta untuk mematangkan kita.Kita yang perlu menguasai keadaan.


Al-Ankabut:Ayat 3
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Kekadang ku lebih sukakan ujian kenikmatan,
Kulupakn ujian kesengsaraan.Benarlah kata rakanku.Aku kena Bekorban.Untuk setiap masalah,senjatanya adalah sabar.Persiapannya adalah doa.Dan kuncinya adalah sabar.Moga ujian yang dilalui ku nimerupakan kekuatan dan tarbiyah dari Allah.Agar family sedar akan pentingnya agama.
Ampunkanku Ya Allah,keluargaku…..

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

surah muhammad:200


Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Sudah lama dah tak menjenguk laman ini.Bila melihat,terasa sedih,kerana melihat diriku yang sedang hanyut di halaman kampung.Namun,semangat tidak mahu futur,kusahut jua.Atas dorongan dan desakan sahabat,Apip(nama sebenar) ,"mat,lu bila nak post baru.Gua tunggu nak baca ni".So,i'm trying.It's so sweet bab drama indon tu.Hehehehe.dan juga sahabat-sahabat lain yang tak dapat kunyatakan di sini.

Aku ingin sekali menyatakan dan menulis tentang sikap kebanyakan golongan yang membawa risalah dakwah atau Islam,yang kadang-kadang aku rasa tak patut dan perlu diperbaiki demi kemashalatan agama ini.Aku kekadang kurang mengerti kenapa tugas dakwah ini selalu dislah ertikan sebagai tugas menghukum sesetengah golongan yang alpa atau jahil.Justeru kucoretkan seberapa kumahu dari pembacaanku dan pengalamanku.

Dalam erti kata, dakwah bererti seruan atau panggilan untuk membawa manusia mengabdikan diri sebenar dan setulusnya kepada Allah, tunduk dan akur sepenuhnya kepada perintah Ilahi, patuh dan setia sebulatnya kepada tatahidup rabbani selain menzahirkan yang haq dan mencegah yang batil.

Al-Quran dengan jelas merujuk kepada tuntutan dakwah di dalam surah Ali Imran, ayat 104: Dan hendaklah ada diantara kamu golongan umat yang menyeru (berdakwah kepada kebajikan, menyuruh kepada yang baik (amar makruf) dan mencegah yang mungkar (nahi mungkar); merekalah orang-orang yang berjaya.

Dan juga suarah yang sama dalam ayat ke 110 di mana ummat Muhammad ,kita semua diberi tanggungjawab yang teristimewa iaitu: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Ayat ini menyarankan bahawa untuk menjadi umat yang berjaya dan mendapat kemenangan (al-fallah) kita hendaklah melakukan dakwah seluasnya. Islam memerintahkan setiap Muslim agar berdakwah menurut kadar kemampuan masing-masing sesuai dengan Hadis Rasullullah SAW yang bermaksud; Sebarkan apa yang kamu peroleh daripadaku walaupun sepotong ayat.

Ruang lingkup dakwah itu cukup luas yang meliputi dari tahap pembinaan sahsiah (keperibadian) Islamiah hinggalah ke tahap pembinaan khalifah Islamiah.

Justeru tugas berdakwah bukan hanya terpikul di bahu Ulama sahaja tetapi ia adalah amanah untuk umat seluruhnya. Menyedari hakikat ini para pendakwah (daei) harus berusaha meningkatkan kefahaman mengenai fiqh dakwah dengan segala kaedah, usaha, tatasusila dan kod etikanya.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl (16); ayat 125 mendidik kita bagaimana cara untuk berdakwah; Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu (dengan hikmah dan nasihat pelajaran) yang baik dan bantahlah (hujah) mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ayat ini dengan jelas menetapkan tiga prinsip asas yang perlu dipatuhi dalam urusan dakwah. Prinsip yang pertama ialah dakwah berhikmah, untuk menyampaikan seruan dakwah dengan cara yang penuh dengan hikmah (bijaksana). Hikmah itu bolehlah disimpulkan sebagai menggunakan pendekatan yang paling bijaksana, tepat dan berkesan dalam menghadapi suatu golongan tertentu dalam suatu keadaan dan suatu suasana yang tertentu.Prinsip yang paling penting janganlah terlampau menonjol dan memalukan mad’u dalam urusan dakwah kerana ia akan menjauhkan dirinya dengan islam.

Prinsip dakwah yang kedua ialah al-mau’izatul hasanah iaitu dakwah itu perlu disampaikan dengan pengajaran dan nasihat yang baik. Nasihat yang baik bukan hanya berbentuk tutur kata yang manis dan sedap didengar tetapi ia mestilah disertakan dengan penuh keikhlasan dan contoh teladan yang baik.

Rasullullah SAW mengingatkan kita dalam hadisnya addinun Nasihah yang bermaksud ‘Agama itu ialah nasihat-menasihati’.

Prinsip yang ketiga ialah mujahadah billati hiya ahsan yang bermaksud berhujah atau berdebat dengan cara yang lebih baik. Memang berbatahan yang tanpa tujuan tidak digalakkan oleh Islam tetapi dalam keadaan di mana perbantahan itu perlu demi menegakkan kebenaran, maka ia perlu dilakukan dengan cara yang baik.

Debat dalam pengertian Islam ialah untuk mendidik manusia supaya tunduk dan akur kepada perintah Allah SWT. Yang perlu dikenalpasti ialah apa yang benar, bukan siapa benar ataupun apa yang salah dan bukan siapa yang salah. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Imam Hassan AL-Hudhaibi dengan kalimah “Pendkwah bukan Penghukum”

Dakwah Islamiah adalah bersifat bashiran wa nazira iaitu membawa khabar gembira dan juga memberi peringatan. Tugas pendakwah ialah menyampaikan apa yang benar dan baik untuk masyarakat walaupun mungkin apa yang baik dan benar itu tidak disenangi.

Al-Haq (kebenaran) adalah perintah dari Allah SWT bukan karya gubahan manusia. Yang perlu dilakukan oleh pendakwah ialah menyampaikannya dengan cara yang paling hikmah dan menepati segala prinsip dakwah.

Dakwah punya bahasanya sendiri, sopan tetapi tegas. Al-Quran membawa kisah bagaimana Nabi Musa dan Nabi Harun menasihati Firaun seperti diungkapkan dalam surah Taha (20: ayat 43-44); Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telahmelewati batas. Maka berbicalah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.

Dalam kisah yang lain pula suatu ketika Khalifah Al-Makmun Ibnu Harun Ar-Rashid telah didatangi oleh seorang pendakwah yang mengkritiknya dengan bahasa yang keras dan pedas lalu Khalifah Al-Makmun menjawab ‘Nasihatilah aku dengan sopan kerana Firaun itu lebih jahat daripada aku Nabi Musa itu lebih baik daripada kamu, namun demikian Nabi Musa menggunakan bahasa yang baik untuk menasihati Firaun.

Pengajaran dari kisah-kisah tersebut ialah para pendakwah perlulah mempunyai hikmah dan tahap kesabaran yang tinggi apabila berhadapan dalam saat-saat dakwah yang kritikal dan mencabar. Pendakwah harus bersikap proaktif dan tidak reaktif dalam mengharungi cabaran dakwah. Justeru,ambillah sebanyak mungkin pengajaran daripada cerita ini.Sungguh yang diajak adalah manusia,insan yang ingin diajak ke jalan ini.Janganlah terlampau kritik kerana kadang-kadang ia akan mendatangkan fitnah kepada Islam atau kita sendiri.

Walau apapun cabarannya prinsip dan ketulenan Islam wajib dijaga. Untuk menambah keberkesanan dakwah para pendakwah tidak boleh jumud dan beku di takuk lama. Mereka harus tampil di tengah-tengah gelanggang berhadapan dengan kemelut umat dan seterusnya menawarkan formula penyelesaian yang praktikal. Justeru pembacaan harus diperbanyakkan selain melatih diri dengan senior ataupun melalui pengalaman pribadi.

Proses dakwah yang berkesan mampu menyediakan umat untuk menghadapi alaf baru. Malek Ben Nabi seringkali mengingatkan dalam analisisnya bahawa kekuatan sesuatu bangsa itu bergantung kepada dua factor iaitu kekuatan ruhiyyah wa akliyah – kekuatan spiritual dan mental yang berpaksikan ilmu yang mendalam dan merentasi pelbagai bidang serta dipandu oleh rasa iman yang begitu mantap.

Moga kita lahir sebagai seorang pendakwah yang unggul,bukan penghukum yang berkuasa.Mungkin kita mampu melontarkan sebanyak mana hujah untuk mendokong apa yang kita perkatakan,untuk membuktikan kesalahan dan keburukannya,namun,kita boleh menjadi seorang pendakwah yang unggul jika kita benar-benar memahami tujuan dakwah ini.Jadilah pendakwah dan bukan penghukum.Sesungguhnya ilmu ini milik Tuhan,dan ia akan dikembalikan.