Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Siapa kata senang untuk berubah?Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan kekal. Istiqamah. Ya.memang susah untuk berubah. Lebih-lebih lagi berubah daripada kurang baik kepada lebih baik. Tetapi amat senang sekali berubah daripada baik kepada tidak baik. Apa yang nak dijelaskan di sini ialah perubahan dari tidak baik kepada baik.

Orang2 sekeliling boleh saja bagi nasihat, tunjuk ajar, ceramah dan sewaktu dengannya. Tapi, bagaimana perubahan itu bermula? Siapa yang memulakan langkah perubahan itu? Pastilah Diri kita sendiri! Ya..tiada siapa yang boleh merubah diri seseorang itu melainkan dirinya sendiri. Pertama kali apa yang nak dibicaran di sini adalah niat atau kemahuan kita itu sendiri.Segalanya bermula dengan niat.Innamal a'malu binniat.Dan kita akan cuba sematkan dalam hati bahawa tiada yang sia-sia dengan perubahan kita ini.

Kita biasa mendengar , “buatlah sesuatu ikhlas kerana Allah” dan “berubah itu biar kerana Allah”. Memang amat sukar kita mencapai perkara ini,namun kita mulalilah dengan perlahan-lahan dan InshaAllah,Allah akan membantu kita.Memang kadang-kadang,di awal perubahan amat sukar dan kita kadang-kadang gagal,namun jadikannya sebagai batu loncatan seperti cerikta kungfu panda.Satu tangga demi satu tangga dia melangkah hingga jayanya.Walaupun kadang-kadang tersungkur.Apa yang bezanya adalah,kungfu panda mungkin hebatnya pada dirinya,namun kita,hebatnya pada Pencipta kita.Oleh itu,mohonlah dan berdoalah kepadaNya.

Kemudian,Kita harus ingat siapalah yang akan gembira dengan perubahan kita?Ibu bapa yang membesarkan dan memelihara kita dari kecil sehingga dewasa. Apatahlagi kalau ibu tunggal atau bapa tunggal. Lebih2 lagi lah jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita. Sanggupkah kita melihat mereka kesedihan dengan membiarkan hidup kita terumbang-ambing? Tidak sedarkah kita betapa kecewanya mereka melihat ‘hasil kerja’ mereka membesarkan kita hanya separuh jalan eloknya, tetapi kemudian kita merosakkan diri kita, dan memusnahkan ‘hasil kerja’ ibu bapa kita membesarkan kita?Sangat sedih.

Namun jika kita lahir dalam keadan keluarga yang membuatkan kita hanyut,ayuh,kitalah yang akan memulakan perubahan itu,perubahan besar dalam keluarga kita.

Tidak perlu berubah dalam sekelip mata kerana perubahan mendadak itu bisa memusnahkan. Tetapi berubahlah selangkah demi selangkah. Dengan penuh istiqamah. Ingatlah bahawa PERUBAHAN INI TIDAK AKAN PERNAH SIA-SIA WALAU APA PUN YANG BERLAKU. Mula-mula kita akan berubah kerana ibu ayah atau orang tersayang. Tetapi dengan kesedaran bahawa PERUBAHAN INI TIDAK AKAN PERNAH SIA-SIA WALAU APA PUN YANG BERLAKU lama-kelamaan kita akan sedar untuk siapa sebenarnya kita berubah. Apatahlagi setelah ketiadaan ibu dan ayah. Maka kita akan dapati Allah lah sebab utamanya kita berubah. Allah lah yang Maha Kekal yang sentiasa bersama-sama kita. Kerana Allah yang Maha Kekal dan sentiasa bersama-sama kitalah kita akan dapati bahawa PERUBAHAN INI TIDAK PERNAH SIA-SIA WALAU APA PUN YANG BERLAKU. Ingatlah bahawa setiap apa yang kita lakukan kita selalu mengharapkan pertolonganNYA. Maka di akhirnya kita akan dapati PERUBAHAN KITA MEMANG TIDAK SIA-SIA kerana kita telah memperoleh bantuan dan petunjuk daripada Yang Terhormat dan Maha Mulia.

Mulakan perubahan dengan orang lain menjadi pemangkin kita. Tetapi lama-kelamaan insyaAllah ikhlas itu akan timbul apabila kita mula terfikir akan tujuan sebenar perubahan kita itu. Walaupun halangan yang di hadapan kita sungguh besar, fikirkan tentang orang lain yang lebih besar halangan di hadapannya untuk berubah tetapi Alhamdulillah dia berjaya mengharunginya dan berubah setapak demi setapak. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan memudahkan segala usaha kita untuk berubah ke arah lebih baik insyaAllah.

Inilah salah satu formulanya,iaitu pengorbanan.Kita pasti akan diuji.Mungkin dengan sindiran kawan-kawan.Mungkin dengan cabaran.Dan yang paling utama bisikan syaitan yang tak pernah jemu berbisik pada hati kita seperti yang tertulis dalam surah Annas.Kita memang harus banyak bekorban dalam kehidupan.

Ingin sekali diceritakan tentang keislaman Umar r.a.Khalifah kedua islam dan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.Apabila beliau menggunakan kekerasan terhadap Said bin zaid dan adiknya sendiri,terlintas dan terdetik di hatinya mahu mengetahui apa yang dibaca.Benar,itulah kemahuan.Itulah keinginan dan niatnya.Allah telah melemparkan hidayah kepadanya.Dan hidayah itu berada di mana-mana.Kita yang harus berusaha mencarinya.Kemudian,beliau meminta untuk memegangnya,namun adiknya tidak memberi kerana beliau kufur ketika itu.Tidak suci lalu diperintahkan Umar supaya mandi menyucikan diri.Itulah pengorbanan yang beliau lakukan iaitu mandi menyucikan diri.Kemudian beliau islam selepas membaca ayat-ayat quran.Begitu jua dengan Ikrimah Abu Jahal.Seorang anak pembesar quraisy yang dahulunyalantang menentang Rasulullah.

Setiap daripada kita yang hanyut pasti mempunyai pengalaman berbeza.Padamkanlah sejarah itu.Mulakan dengan iltizam baru.Kita adalah pengubah itu.

InshaAllah perubahan kita walaupun kecil,inshaAllah tidak akan sia-sia dan Akan memberi manfaat kepada agama kita.Cita-cita kita besar.Tujuan kita jua jauh.Bukan hanya dunia,pandangan kita melebihi itu,iaitu akhirat yang kita kejari.Manusia hebat sahaja yang dapat menjejaki syurgaNya.Seperti Abu Bakar,Ali,Usman,Thalhah,dan untuk bersama mereka,kita perlu berubah jadi hebat seperti mereka.Sudah ramai yang berjaya untuk berubah.Kita,bilakah lagi?

Nahnu Qodimun!!!!!
0 Responses