Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
Terasa amat kagum. Sememangnya kekuatan dakwah ini bergantung pada hubungan kita dengan Nya,bukan pada petahnya kita berbicara,bukan pada kuatnya kita bergerak. Kerna semua kekuatan itu datangnya dari Allah. Dan sumbernya dari Allah.
Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah yang maha perkasa lagi maha bijaksana(ali-imran:126)
Banyak usaha-usaha dakwah yang telah mula hidup dan tidak akan mati sehingga hancurnya bumi Allah ini. Kerna Allah akan memilih sesiapa yang mampu untuk menggalas beban ini. Bayangkanlah bebanan ini dahulu digalasi di bahu anbiya,sehingga nabi terakhir kita. Kemudian disambung oleh para sahabat.
Justeru sekarang ia menjadi tugas kita. Sebenarnya terasa sangat kagum dengan usaha dakwah yang dibawa oleh saudara yang aku jumpa dalam minggu ini. Berkongsi cerita dengannya. Pengalaman dakwahnya. Selepas selesai kelas,macam biasa aku ke masjid untuk menunaikan tanggungjawabku. Dan di situlah kutemui jemaah tabligh dari Brunei. Kesediaannya berkongsi cerita yang menarik memang kunanti barangkali walaupun bukan pada perancanganku.
Aku sangat kagum pada penyampaiannya yang penuh yakin. Itulah hasil latihannya selama beberapa tahun dalam jalan dakwah. Keyakinannya bercakap,kepetahan lidahnya menghurai dan berhujah. Dan tampak jua hubungannya dengan Allah sangat dijaga. Bagaimana dia sanggup peruntukkan masa dan wangnya untuk keluar 40hari,ke UK pulak tuh. Jika kufikir dengan calculator dunia,memang dia sangat rugi, perbelanjaan yang dikeluarkan,cuti tanpa gaji,tinggalkan anak2,isteri,tapi jawapan dengan senyuman hanyalah kerna nak sambung sunnah rasulullah iaitu dakwah.
Kamu adalah sebaik-baik umat (khayr aummah) yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali ‘Imran: ayat 110)
Demikian juga Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) umat pertengahan supaya kamu layak menjadi saksi terhadap umat manusia (syuhada ‘ala al-nas)dan Rasulullah pula akan menjadi saksi terhadap kamu. (Surah al-Baqarah: ayat 143)
Memang benar,usaha dakwah itu telah dimulakan dari dahulu lagi,ramai yang cuba memadamkannya,namun Allah maha berkuasa...
mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).AS-SAFF:8
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. AS-SAFF:9.
Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. At-taubah:32 |
InshaAllah selepas ini,kena lebih fokus dan lebih bekerja. Teringat kata2 seoarng sahabat,waktu rehatku apabila kedua kakiku melangkah ke syurga..Alangkah banyaknya masaku dibazirkan..Ampunkanlah ku ya Allah...
https://www.youtube.com/watch?v=yWerT2u8Lmk