Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Adalah menjadi satu kecacatan yang amat besar dan ganjil jika sesorang muslim tidak dapat memahami konsep atau tasawwur kalimah syahadatain yang diucapkannya.Sama ada dari segi warisan atau penaklukan dan sebagainya.Sebenarnya kalimah ini mempunyai makna dan kesan yang amat mendalam sehingga ianya menjadi rukun islam pertama buat kita sebagai umat islam.
Apakah ertinya muslim?Adakal ia muslim jika namanya Abdullah?Muhammad?

Sesungguhnya lafaz ini merupakan iqrar dan pengisytiharan bahawa kita telah keluar daripada segala apa jenis bentuk penghambaan makhluk.Penghambaan kepada manusia,penghambaan kepada wanita,penghambaan kepada harta dan sebagainya.Kerna itu kita hendaklah memahami konsep Illah yang terdapat pada kalimah syahadah tersebut.Suatu konsep akidah yang merupakan asas kepada ibadah dan kalifah iaitu tugas atau tujuan penciptaan kita ini.Berbalik pula kepada konsep tauhid rububiyyah dan uluhiyyah.Di mana ianya daripada perkataan Rabb dan Illah.

Sebaliknya dengan lafaz ini,kita mengisytiharkan Allah lah sebagai Illah kita,dan kita wajib mengabdikan diri kepadaNya,dan seluruh hidup kita untukNya seperti dalam bacaan solat kita doa iftitah supaya memasukkan islam secara keseluruhannya dan menjadi cara hidup kita.
Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.
Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam.
Al Baqarah 208
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Begitu jua untuk peraturan dan undang-undang hidup kita di mana undang-undang yang datangnya daripada Allah dan RasulNya sahaja sahaja yang layak menjadi panduan untuk hidup kita.

Pegangan dan kepatuhan inilah yamg menjadi manifesti dari pengakuan tauhid kita bahawa Allahlah yang mencipta alam ini,pemiliknya dan Dialah yang mentadbirnya,dan Allah tuhan yang maha sempurna sifat ketuhananNya,dan suci dari segala bentuk kecacatan dan kerendahan yang ada pada tuhan ciptaan makhluk dan makhluk ini sendiri.

Mengaku kesempurnaan dan ketinggian sifat Allah ini bermakna kita mengakui segala kesempurnaan dan ketinggian undang-undang dan peraturan ciptaanNya.Justeru,seorang muslim sudah semestinya menyempurnakan tuntutan iqrarnya itu selepas dilafaz kerna tanpa kefahaman dan amalan kita tidak berhak melabel kita sebagai muslim sepenuhnya kerna lafaz iqrar adalah palsu tanpa pelaksanaanya dan tanpa memahami isi dan maknanya.

Seperti sabdanya yang bermaksud:Bukanlah iman itu dengan berangan-angan,bukan jua perhiasan tetapi adalah sesuatu yang menetap dalam hati dan dibenarkan dengan amal.
Dan dalam hadith yang lain bermaksud:Iman itu pengakuan dengan hati,lafaz dengan lidah dan diamal dengan perbuatan.

Oleh itu,benarlah bahawa Iman itu adalah hasil pengakuan dengan hati,iqrar dengan lidah dan dibuktikan dengan perbuatan seperti mana yang dituntut dalam kalimah ini.
Tidakkah hairan bagi kita yang mengetahui akan rukun islam 5 perkara.Kita mula dari yang kelima di mana menunaikan haji bagi yang mampu,ianya cukuplah jika kita mengerjakannya sekali dalam seumur hidup kita,kemudian keempat mengeluarkan zakat di mana ianya adalah sekali setahun untuk zakat fitrah dan zakat harta lupa lah pula berapa kali dan berapa percent.Untuk yang ketiganya adalah berpuasa di bulan ramadhan iaitu sebulan setahun dan kedua adalah solat 5 waktu iaitu 5kali sehari.Nampakkah tahap-tahap ibadah itu?
Dan bagaimanapula dengan lafaz iqrar syahadah ini?Ianya adalah setiap detik dan waktu!

Semoga penulis dan sahabat handai dan keluarganya mengamalkan lafaz ini.Moga kita dalam keampunan dan rahmatNya.Selamat hari raya dan menjalani ibadah qurban!
0 Responses