Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Siapa kata senang untuk berubah?Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan kekal. Istiqamah. Ya.memang susah untuk berubah. Lebih-lebih lagi berubah daripada kurang baik kepada lebih baik. Tetapi amat senang sekali berubah daripada baik kepada tidak baik. Apa yang nak dijelaskan di sini ialah perubahan dari tidak baik kepada baik.

Orang2 sekeliling boleh saja bagi nasihat, tunjuk ajar, ceramah dan sewaktu dengannya. Tapi, bagaimana perubahan itu bermula? Siapa yang memulakan langkah perubahan itu? Pastilah Diri kita sendiri! Ya..tiada siapa yang boleh merubah diri seseorang itu melainkan dirinya sendiri. Pertama kali apa yang nak dibicaran di sini adalah niat atau kemahuan kita itu sendiri.Segalanya bermula dengan niat.Innamal a'malu binniat.Dan kita akan cuba sematkan dalam hati bahawa tiada yang sia-sia dengan perubahan kita ini.

Kita biasa mendengar , “buatlah sesuatu ikhlas kerana Allah” dan “berubah itu biar kerana Allah”. Memang amat sukar kita mencapai perkara ini,namun kita mulalilah dengan perlahan-lahan dan InshaAllah,Allah akan membantu kita.Memang kadang-kadang,di awal perubahan amat sukar dan kita kadang-kadang gagal,namun jadikannya sebagai batu loncatan seperti cerikta kungfu panda.Satu tangga demi satu tangga dia melangkah hingga jayanya.Walaupun kadang-kadang tersungkur.Apa yang bezanya adalah,kungfu panda mungkin hebatnya pada dirinya,namun kita,hebatnya pada Pencipta kita.Oleh itu,mohonlah dan berdoalah kepadaNya.

Kemudian,Kita harus ingat siapalah yang akan gembira dengan perubahan kita?Ibu bapa yang membesarkan dan memelihara kita dari kecil sehingga dewasa. Apatahlagi kalau ibu tunggal atau bapa tunggal. Lebih2 lagi lah jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita. Sanggupkah kita melihat mereka kesedihan dengan membiarkan hidup kita terumbang-ambing? Tidak sedarkah kita betapa kecewanya mereka melihat ‘hasil kerja’ mereka membesarkan kita hanya separuh jalan eloknya, tetapi kemudian kita merosakkan diri kita, dan memusnahkan ‘hasil kerja’ ibu bapa kita membesarkan kita?Sangat sedih.

Namun jika kita lahir dalam keadan keluarga yang membuatkan kita hanyut,ayuh,kitalah yang akan memulakan perubahan itu,perubahan besar dalam keluarga kita.

Tidak perlu berubah dalam sekelip mata kerana perubahan mendadak itu bisa memusnahkan. Tetapi berubahlah selangkah demi selangkah. Dengan penuh istiqamah. Ingatlah bahawa PERUBAHAN INI TIDAK AKAN PERNAH SIA-SIA WALAU APA PUN YANG BERLAKU. Mula-mula kita akan berubah kerana ibu ayah atau orang tersayang. Tetapi dengan kesedaran bahawa PERUBAHAN INI TIDAK AKAN PERNAH SIA-SIA WALAU APA PUN YANG BERLAKU lama-kelamaan kita akan sedar untuk siapa sebenarnya kita berubah. Apatahlagi setelah ketiadaan ibu dan ayah. Maka kita akan dapati Allah lah sebab utamanya kita berubah. Allah lah yang Maha Kekal yang sentiasa bersama-sama kita. Kerana Allah yang Maha Kekal dan sentiasa bersama-sama kitalah kita akan dapati bahawa PERUBAHAN INI TIDAK PERNAH SIA-SIA WALAU APA PUN YANG BERLAKU. Ingatlah bahawa setiap apa yang kita lakukan kita selalu mengharapkan pertolonganNYA. Maka di akhirnya kita akan dapati PERUBAHAN KITA MEMANG TIDAK SIA-SIA kerana kita telah memperoleh bantuan dan petunjuk daripada Yang Terhormat dan Maha Mulia.

Mulakan perubahan dengan orang lain menjadi pemangkin kita. Tetapi lama-kelamaan insyaAllah ikhlas itu akan timbul apabila kita mula terfikir akan tujuan sebenar perubahan kita itu. Walaupun halangan yang di hadapan kita sungguh besar, fikirkan tentang orang lain yang lebih besar halangan di hadapannya untuk berubah tetapi Alhamdulillah dia berjaya mengharunginya dan berubah setapak demi setapak. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan memudahkan segala usaha kita untuk berubah ke arah lebih baik insyaAllah.

Inilah salah satu formulanya,iaitu pengorbanan.Kita pasti akan diuji.Mungkin dengan sindiran kawan-kawan.Mungkin dengan cabaran.Dan yang paling utama bisikan syaitan yang tak pernah jemu berbisik pada hati kita seperti yang tertulis dalam surah Annas.Kita memang harus banyak bekorban dalam kehidupan.

Ingin sekali diceritakan tentang keislaman Umar r.a.Khalifah kedua islam dan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.Apabila beliau menggunakan kekerasan terhadap Said bin zaid dan adiknya sendiri,terlintas dan terdetik di hatinya mahu mengetahui apa yang dibaca.Benar,itulah kemahuan.Itulah keinginan dan niatnya.Allah telah melemparkan hidayah kepadanya.Dan hidayah itu berada di mana-mana.Kita yang harus berusaha mencarinya.Kemudian,beliau meminta untuk memegangnya,namun adiknya tidak memberi kerana beliau kufur ketika itu.Tidak suci lalu diperintahkan Umar supaya mandi menyucikan diri.Itulah pengorbanan yang beliau lakukan iaitu mandi menyucikan diri.Kemudian beliau islam selepas membaca ayat-ayat quran.Begitu jua dengan Ikrimah Abu Jahal.Seorang anak pembesar quraisy yang dahulunyalantang menentang Rasulullah.

Setiap daripada kita yang hanyut pasti mempunyai pengalaman berbeza.Padamkanlah sejarah itu.Mulakan dengan iltizam baru.Kita adalah pengubah itu.

InshaAllah perubahan kita walaupun kecil,inshaAllah tidak akan sia-sia dan Akan memberi manfaat kepada agama kita.Cita-cita kita besar.Tujuan kita jua jauh.Bukan hanya dunia,pandangan kita melebihi itu,iaitu akhirat yang kita kejari.Manusia hebat sahaja yang dapat menjejaki syurgaNya.Seperti Abu Bakar,Ali,Usman,Thalhah,dan untuk bersama mereka,kita perlu berubah jadi hebat seperti mereka.Sudah ramai yang berjaya untuk berubah.Kita,bilakah lagi?

Nahnu Qodimun!!!!!
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Adalah menjadi satu kecacatan yang amat besar dan ganjil jika sesorang muslim tidak dapat memahami konsep atau tasawwur kalimah syahadatain yang diucapkannya.Sama ada dari segi warisan atau penaklukan dan sebagainya.Sebenarnya kalimah ini mempunyai makna dan kesan yang amat mendalam sehingga ianya menjadi rukun islam pertama buat kita sebagai umat islam.
Apakah ertinya muslim?Adakal ia muslim jika namanya Abdullah?Muhammad?

Sesungguhnya lafaz ini merupakan iqrar dan pengisytiharan bahawa kita telah keluar daripada segala apa jenis bentuk penghambaan makhluk.Penghambaan kepada manusia,penghambaan kepada wanita,penghambaan kepada harta dan sebagainya.Kerna itu kita hendaklah memahami konsep Illah yang terdapat pada kalimah syahadah tersebut.Suatu konsep akidah yang merupakan asas kepada ibadah dan kalifah iaitu tugas atau tujuan penciptaan kita ini.Berbalik pula kepada konsep tauhid rububiyyah dan uluhiyyah.Di mana ianya daripada perkataan Rabb dan Illah.

Sebaliknya dengan lafaz ini,kita mengisytiharkan Allah lah sebagai Illah kita,dan kita wajib mengabdikan diri kepadaNya,dan seluruh hidup kita untukNya seperti dalam bacaan solat kita doa iftitah supaya memasukkan islam secara keseluruhannya dan menjadi cara hidup kita.
Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.
Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam.
Al Baqarah 208
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Begitu jua untuk peraturan dan undang-undang hidup kita di mana undang-undang yang datangnya daripada Allah dan RasulNya sahaja sahaja yang layak menjadi panduan untuk hidup kita.

Pegangan dan kepatuhan inilah yamg menjadi manifesti dari pengakuan tauhid kita bahawa Allahlah yang mencipta alam ini,pemiliknya dan Dialah yang mentadbirnya,dan Allah tuhan yang maha sempurna sifat ketuhananNya,dan suci dari segala bentuk kecacatan dan kerendahan yang ada pada tuhan ciptaan makhluk dan makhluk ini sendiri.

Mengaku kesempurnaan dan ketinggian sifat Allah ini bermakna kita mengakui segala kesempurnaan dan ketinggian undang-undang dan peraturan ciptaanNya.Justeru,seorang muslim sudah semestinya menyempurnakan tuntutan iqrarnya itu selepas dilafaz kerna tanpa kefahaman dan amalan kita tidak berhak melabel kita sebagai muslim sepenuhnya kerna lafaz iqrar adalah palsu tanpa pelaksanaanya dan tanpa memahami isi dan maknanya.

Seperti sabdanya yang bermaksud:Bukanlah iman itu dengan berangan-angan,bukan jua perhiasan tetapi adalah sesuatu yang menetap dalam hati dan dibenarkan dengan amal.
Dan dalam hadith yang lain bermaksud:Iman itu pengakuan dengan hati,lafaz dengan lidah dan diamal dengan perbuatan.

Oleh itu,benarlah bahawa Iman itu adalah hasil pengakuan dengan hati,iqrar dengan lidah dan dibuktikan dengan perbuatan seperti mana yang dituntut dalam kalimah ini.
Tidakkah hairan bagi kita yang mengetahui akan rukun islam 5 perkara.Kita mula dari yang kelima di mana menunaikan haji bagi yang mampu,ianya cukuplah jika kita mengerjakannya sekali dalam seumur hidup kita,kemudian keempat mengeluarkan zakat di mana ianya adalah sekali setahun untuk zakat fitrah dan zakat harta lupa lah pula berapa kali dan berapa percent.Untuk yang ketiganya adalah berpuasa di bulan ramadhan iaitu sebulan setahun dan kedua adalah solat 5 waktu iaitu 5kali sehari.Nampakkah tahap-tahap ibadah itu?
Dan bagaimanapula dengan lafaz iqrar syahadah ini?Ianya adalah setiap detik dan waktu!

Semoga penulis dan sahabat handai dan keluarganya mengamalkan lafaz ini.Moga kita dalam keampunan dan rahmatNya.Selamat hari raya dan menjalani ibadah qurban!
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Hidup ini banyak mengajar.Dan kita sekarang ini sedang belajar.Mempelajari peristiwa dan kejadian.Satu demi satu,dan satu ia berlaku.Ada yang unexpected dan ada yang memang dah dijangka.Ada yang dapat terima dan ada yang sukar.Itulah asam garam hidup.Belajar dan belajar.Dari kita di buaian hinggalah kita menyahut sahutanNya.

Begitu jualah hidupku.Banyak kubelajar dan di sinilah jua ujianku dan keputusannya di sana nanti.Sesungguhnya aku amat takut kerna itulah ujian aku tak dapat nak repeat.Aku tak ada peluang.Di mana keputusannya amat adil tanpa menzalimi diriku.Andai celakalah aku maka akulah yang menzalimi diriku.Ya Allah,aku takut.Aku banyak tewas sama ada tika belajar dan tika ujian.Sewaktu aku bertatih dengan lesen L,aku masih lagi buntu pada pengertian hidup.

Waktu aku dah dapat lesen P,aku masih terlanggar dan fail dalam uruskan hidupku dalam mencapai dua tujuan penciptaanku,iaitu hambaMu dan khalifah di sini.Dan bila aku dapat lesen besar dalam pelajaran ini,aku tak tahu aku mampu atau tidak.Andai aku seorang pelajar mungkin orang kurang marah jika aku tersilap langkah,namun apa kata jika setelah aku ditarbiyah dengan ilmuMu,namun aku masih melakukan kesilapan dan kesilapan besar yang mengundang murkaMu.Yang mempengaruhi mad'uku.

Benar,aku sangat takut.Tika aku sudah ditarbiyah untuk mendapat lesen Dakwah ini,aku selalu gagal.

Namun,aku percaya andai aku benar-benar ikhlas untuk berubah dan mengubah,Engkau akan membantu ku dan kami.Engkau akan memaafkan ku dan kami.Kerana Engkau yang memilih kami dan kami memohon tetapkanlah kami di jalan ini.

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (47 : 7)
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



“Sungguh kamu akan mengikuti jejak dan jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, seterusnya sehasta demi sehasta, sehingga bila mereka memasuki lubang dhob (binatang seperti biawak) pun kamu akan mengikutinya.” Lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu orang Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi sekiranya bukan mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/298)

Berpeganglah teguh pada tali Allah.Moga kita semua dalam rahmatNya
Ingatlah,jangan sesekali berhenti berharap dan berdoa.Kita diutuskan sebagai khalifah di bumi ini selain menjadi hambaNya dan andai kita FAIL,jangan mengalah.Kita jangan memandang yang kita ini keseorangan dan kita ada Tuan kita.Memang sukar hendak jadi baik,tetapi itulah harga yang kita nak bayar untuk syurga.Kita try step by step ya kawan2...

Kita perangilah golongan kafir habis-habisan!
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Suatu kisah,sewaktu maulidur rasul,tahun ke berapa entah..lupa seyhhh.Ada lah seorang mamat ni.Dia pergi tanya kepada seorang syeikh.

''Tuan,bagaimana cara saya nak cinta akan rasul kita ini''.kata mamat itu.

So,bagaimana dengan kita pula? Bagaimana caranya?

Mesti kita semua ada jawapan yang terfikir di benak masing-masing.Si A jawab,kita selawat lah.Si B jawab,kita amalkan sunnahnya.Yang si C jawab,kita buat amar makruf nahi mungkar.

Semua jawapannya tepat,tiada yang salah.Semua cintakan rasulullah.Ikutan kita,pemimpin agung kita.

Akan tetapi jawapan syeikh tadi agak berbeda daripada si ABC,air batu campur nih.

Jawapan yang kedengaran adalah kita lalui apa yang dilalui oleh rasulullah.Agak-agak,faham tak dengan ayat ini. Berbaliklah semula kita kepada sejarah-sejarah lampau,iaitu sejarah kita.

Sejarah di mana nabi mendapat wahyu.


Kita semua belajar sirah,tahu serba sedikit perjalanan hidup rasulullah.Apa yang baginda bawa,dan apa yang baginda seru.Semua rasanya dapat faham dan tahu serba sedikit.Dari mula surah al-alaq diturunkan sehinggalah wafatnya baginda.InsyaAllah.


Apa yang kita pelajari,kita semak lah semula kitab-kitab lama.Perjalanan hidup baginda yang penuh dengan perit derita,mehnah,cubaan,dugaan dan rintangan.Bagaimana seorang umat nak mencintai baginda jika kita tak hayati perkara yang baginda lalui,alami.Bagaimana?


Ini semua kerana seruan itu!Seruan Laillahaillah.Kerna seruan ini,baginda bersusah payah sehingga islam ini kita anuti.Sehingga akidah ini,kita pegang,kita taut sampailah kita mati.Kepada siapa lagi kita ingin berterima kasih?


Menghayati sirah perjalanan nabi membawa banyak fikh dan pengajaran. Berbalik jua kepada al-quran dan hadiht sebagai sumber rujukan.Inilah yang patut kita selami dan pelajari.Selain seruan itu.Iaitu seruan membawa manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.Daripada kebergantungan kepada manusia dan kebendaaan kepada kebergantungan kepada Dia.Seruan ini adalah seruan DAKWAH.


Sebenarnya hanyalah ini point yang hendak diutarakan.Iaitu seruan dakwah. Nabi kita hidup selama 23tahun untuk dakwah,derita kerana dakwah,hidup matinya kerana dakwah,supaya kita merasai nikmat islam dan iman ini.Oleh itu,kepada siapa lagi patut kita curahkan kepada kasih sayang kita?

Untuk mencintai baginda ,teruskanlah mesej DAKWAH baginda sehingga ISLAM ini kembali menjadi cara hidup,menjadi kebanggaan kita semua,supaya dipraktikkan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.


Oleh itu,mulalah dengan diri kita!


Belajar sejarah,kenalilah kita,sampaikan dakwah,teruskan usaha!

Ali-imran:104,

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.


Ali-imran:110,

“kamu sekalian (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

Saya tengah exam,doakan saya.Ya Allah,bantullah kami semua sama ada dalam keadaan susah dan senang dan ingatkan kami kepada Kamu.
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Agak-agaknya di manakah ukhwah kita? Biasanya terfikir ukhwah kita di kedai kopi.Ukhwah kita di universiti.Tak pun di sekolah.Maknanya bila dah keluar sekolah,keluar Uni,ukhwah kita dah hilang macam itu ah...

Tidakkah kita pernah terfikir yang kita nak berukhwah sehingga di Sana? Di mana kita akan kekal abadi bersama-sama. Tiada ikatan persekolahan,tiada ikatan keuniversitian dan sebagainya. So,apakah yang menampakkan tingginya nilai ukhwah ini?

Jawapannya mesti semua dah dapat agak,apabila hati kita ditautkan dengan ikatan akidah yang sama di mana kita mengimani kalimah Laillahaillah. Kerana apa?Kerana dengan ikatan inilah akan membawa kita ke syurga kelak.

Bayangkan jika kita mempunyai keluarga,maka akan pastilah kita akan menyanyangi keluarga kita sebaik-baiknya.Bekorban apa sahaja demi kebaikan mereka.Jika ada seseorang ingin menjatuhkan mereka,kita akan pertahankan.Namun,dalam nilai akidah ini,ia melebihi segala-galanya. Andai ikatan keluarga itu mampu membuatkan kita bekorban,seharusnya atas dasar ikatan akidah yang sama inilah kita patut tampak lebih jauh bekorban demi saudara seikatan dengan kita.

Sejarah dahulu menceritakan bagaimana kerana tautan akidah ini melebihi ikatan kekeluargaan atau segalanya apabila dibuktikan apabila Abu Bakara sanggup mahu membunuh anaknya yang masih kufur ketika itu,kerana akidah ini.

Andai ikatan akidah ini menjadi tautan buat ukhwah kita,tiadalah ianya manis di bibir semata-mata kerana Allah telah mengikat hati-hati kita.Di mana ikatan ini kita akan perjuangkan.Maka disebabkan ikatan akidah inilah tuntutan ke atas saudara kita di mana-mana walaupun kita memandang bulan yang sama.Atas dasar akidah ini,jika saudara kita dijatuhkan,dimalukan,dizalimi,atas dasar ukhwah ikatan ini,kita harus bangkit bangun perjuangkan dan bekorban demi mereka melebihi pengorbanan atas dasar ikatan kekeluargaan. harga yang patut dibayar adalah bukan sekadar dengan harta malah mungkin dengan darah kita.

Inilah ukhwah yang kita mahukan.Bukannya hanya lafaz di mulut kita sahaja.
Salam Uhibbuka daripada Shahridwan...

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan tetapi tidak semua perpisahan menjanjikan pertemuan sesudah perpisahan itu..... Semoga kita jumpa jua di SANA nanti,daerah yang kekal abadi dan dipenuhi bidadari dan sungai yang mengalir..

Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Bila kita sama-sama melabuhkan tirai

Oleh: Hussaini KONSIS

"Usrah itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah"

Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.

Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,

Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.

Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...

Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:

"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."

Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.

Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.

"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".

Kataku,

"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.

Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:

Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?

"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)"

(Al-Baqarah 2: 151)

Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

(Al-Baqarah 2: 152)

Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah 2: 153)

Naqib itu Ubiquitous?

Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.

Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

Mad'u masih lagi Anonymous bagimu?

Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Kali ini penulis ingin membawa pembaca menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia pada suatu ketika duhulu. Penulis juga ingin membongkar punca kejatuhan kecemerlangan tamadun Islam lampau serta berkongsi resepi dengan pembaca bagaimana untuk mengembalikan sinar gemilang Islam semula.

Sedar atau tidak, umat Islam pada masa lampau pernah gah dalam bidang keilmuannya. Sebut sahaja dalam bidang mana umat islam tidak menerokainya, dari ilmu falak sehinggalah ke ilmu geologi, semua dikaji dan diterokai sepenuhnya oleh umat Islam lampau. Mustahil kita tidak pernah mendengar nama Ibnu Sina yang amat mahir dalam bidang kedoktoran, Ibnu Batutta dengan kepakaran ilmu pelayarannya. Masakan kita lupa dengan nama Al-Haitham yang sinonim dengan keilmuan fiziknya yang tinggi serta kepintaran ilmu hisab dan matematik, Al-Jabbar. Bahkan ramai lagi ilmuan serta sarjana Islam yang mempelopori bidang keilmuan sains dan teknologi ini. Betapa kita amat bangga sekali dengan ketokohan dan ketinggian ilmu mereka. Bertambah bangga kita apabila mereka turut mengadaptasi ilmu mereka dalam skop Islam sehingga menjadi bahan rujukan seluruh dunia hingga kini. Begitu tinggi semangat umat Islam lampau untuk memastikan Islam dipandang tinggi.

Cukup bagi kita untuk menggambarkan kisah seorang tokoh Islam yang meluaskan pengaruh Islam dengan semangat jihad yang tinggi dan taqwa sebagai perisainya. Bersama kita renungkan kisah seorang pemuda Islam yang berjaya membuka Constantinople di Turki pada usia 21 tahun. Beliau yang dimaksudkan ialah Sultan Muhammad Al-Fatih. Beliau menemui teknik luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas yang amat sukar dimasuki kerana dihalang dengan rantai besi bagi tujuan pertahanan kota Constantinople pada masa itu. Beliau menyarankan kepada tenteranya agar membawa kapal-kapal masuk ke perairan melaui jalan darat. Dengan semangat dan kekuatan luar biasa, mereka telah berjaya menarik 70 buah kapal dari pantai melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi tiga batu dalam hanya satu malam sahaja. Semangat yang tinggi ditunjukkan oleh Al-Fatih dan tenteranya ini cukup untuk menimbulkan izzah atau bangga dalam diri kita sebagai umat Islam sampai ke hari ini. Masakan tidak, bukan calang-calang orang yang boleh melakukannya. Sudah beberapa kali usaha penaklukan kota ini dilakukan tetapi semuanya menemui kegagalan. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah saw. “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (HR Imam al-Hakim, Imam ath-Thabrani dan Imam Ahmad)

Pembaca yang bijaksana,

Itu hanyalah secebis peristiwa yang kekal tersimpan dalam lipatan sejarah ummah. Kita berbangga dengan kecanggihan teknologi dan ketamadunan Islam lampau. Kita berbangga dengan sejarah penaklukan dan pemerintahan umat Islam lampau hampir dua per tiga dunia. Kini, Masjid Aya Sofya di Turki hanyalah dijadikan muzium dan tiada lagi alunan azan berkumandang. Nyata impak yang berlaku pada zaman kejatuhan sistem khulafa pada tahun 1924 kepada dunia Islam amat besar. Kita tidak lupa bagaimana Sultan Abdul Hamid II diguling dan dihalau dari istananya dengan cara yang sangat mengaibkan. Berakhirnya era khulafa Islam digantikan dengan cara pemerintahan Mustafa Kamal At-Tartuk yang dilaknat. Juga kita lihat bagaimana Abasiyyah yang begitu maju dalam keilmuan sainsnya dan berjaya menguasai hampir seluruh populasi dunia ketika itu, sehingga khalifahnya pernah berkata, “Oh awan, pergilah engkau ke mana jua, nescaya hasilnya akan kembali kepadaku”. Namun, akhirnya jatuh tersungkur di tangan tentera bangsa Mongol yang tidak bertamadun dan tiada asas sains. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terkorban dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Sama halnya dengan kejatuhan Islam di Sepanyol. Semua tahu tiada langsung peninggalan Islam di negara Eropah itu sekarang, yang tinggal jika ada pun hanyalah kesan tinggalan monumen. Lihat sahaja bagaimana cara pemerintah Islam pada saat kejatuhannya menyerahkan kunci kota Granada dengan keadaan tunduk penuh kehinaan kepada Raja Isabella yang berdiri dengan penuh kebongkakan. Tidakkah kita terfikir di mana umat Islam yang ramai di Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam Umayyah sehingga dikatakan ratusan umat Islam boleh memenuhi Masjid Cordoba yang besar pada satu-satu masa dahuluu. Ada yang menyebut selepas pemerintahan Islam digulingkan, ratusan umat Islam dibunuh setuap hari sehingga tidak ada seorang pun orang Islam yang tinggal. Amat mendukacitakan dan memalukan. Empayar Islam ini tumbang di tangan tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid ditukar menjadi gereja serta tiada lagi suara azan kedengaran.

Betapa kita lihat punca kejatuhan kegemilangan Islam ini disebabkan oleh kealpaan dan kelemahan umat islam sendiri. Kita disogokkan dengan keseronokan dunia sehingga menyebabkan kita terpesong jauh daripada ajaran Islam sebenar. Sedarlah semua ini adalah taktik orang kafir untuk menghancurkan Islam secara senyap. Orang kafir sudah tahu dengan cara ini sahaja Islam boleh dilemahkan kerana mereka sedar jika umat Islam kuat dan berpegang teguh pada Islam, pasti mereka akan kalah dalam mana-mana aspek kehidupan. Perkara ini sebenarnya pernah disedari oleh bekas perdana menteri Britain, William Gladstone puluhan tahun dahulu yang mana berkata “Selagi al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya”. Nah, sudah jelas perancangan jahat mereka kepada umat Islam. Jika dahulunya Islam umpama api yang marak menyala tetapi Islam kini ibarat singa yang tidur, mempunyai kuku dan taring yang tajam tetapi lena dibuai mimpi. Jika adapun umat Islam yang sedar, mereka seolah-olah tidak dapat melakukan apa-apa kerana masing-masing meletakkan kepentingan diri lebih tinggi dari kepentingan Islam. Benarlah apa yang telah Rasulullah saw sabdakan berkenaan keadaan umat pada masa kini, “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Seseorang berkata, “Apakah kerana kami sedikit ketika itu?” Beliau bersabda “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa gerun musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, Apakah wahn itu?” Baginda menjawab “Cinta dunia dan takut mati.” (HR Abu daud)

Maka timbul persoalan apa yang kita semua perlu buat sekarang. Adakah hanya sekadar berpeluk tubuh bergantung harap kepada orang kafir? Apa yang perlu dibuat sekarang untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam? Jawapannya mudah, umat Islam perlu kembali semula menghayati Al-Quran dan As-sunnah. Dengan cara ini sahaja Islam boleh dikembalikan kecemerlangnnya dahulu.. Sebagaimana Allah rakamkan dalam surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud, “Dan barang siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi”

Jangan biarkan sejarah hitam lampau berulang lagi kepada generasi islam pda masa depan. Hanya mengenali dan mempelajari sejarah sahaja kita tidak akan tertipu lagi. Pengetahuan tentang sejarah amat penting yang mana mengajar kita erti kemenangan dan kekecewaan. Di sini, kita bersyukur kerana banyak sekali program berunsur kerohanian yang dianjurkan. Bagi mahasiswa, sertailah mana-mana program yang boleh meningkatkan pengetahuan tentang Islam. Dengan cara ini tapak pembinaan muslim yang mantap boleh dihasilkan. Kita mengharapkan dengan adanya tapak yang kukuh ini sekali gus mampu mencapai ketamadunan Islam yang hebat semula dengan cara menonjolkan Islam dalam diri sendiri dan menyeru kepada yang lain agar sentiasa sedar siapa kita di sisi pencipta.

Segalanya terserah pada kita, sesungguhnya Islam pasti akan bangkit jua nanti. Soalnya, adakah kita hendak menjadi golongan yang hanya melihat Islam bangkit tanpa menyertainya, atau kita hendak menjadi sebahagian daripada watak dalam menjayakan kebangkitan Islam? Tidakkah kita semua rindu dengan sistem Islam yang pernah suatu masa mentadbir dunia dengan adil, bukan sahaja kepada umat Islam bahkan turut dirasai bukan Islam? Ayuhlah pada mujahid dan mujahidah, kita kembalikan kegemilangan Islam bersama!

Allahu ‘Alam

(Diadaptasi daripada Sinar keluaran Ogos 2009)

Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Membaca al-Quran adalah satu amalan yang amat digalakkan bagi seorang Islam. Ini ialah kerana al-Quran ialah kitab Hidayahdari Allah yang diturunkan bagi menjawab doa yang kita ulang-ulangkan di dalam surah al-Fatihah:

“ Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”. (surah al-Fatihah: 6)


maka di jawab oleh Allah:

“ Alif, Lam, Mim. Inilah kitab yang tiada keraguan di dalamnya merupakan petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa”. (surah al-Baqarah: 1,2)

Bukankah Puasa Ramadan diwajibkan untuk membimbing kita ke arah taqwa dan kitab al-Quran itu merupakan petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Al-Quran ialah petunjuk bagi orang yang bertaqwa yang mana salah satu cara mendapat darjat ketaqwaan ialah dengan berpuasa pada bulan Ramadan yang didalamnya diturunkan al-Quran. Di dalam rangkaian ayat mengenai kewajipan berpuasa, Allah berfirman:

“ Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi umat manusia, penerang kepada petunjuk dan pembeza (anatra haq dan batil).”
(surah Al-Baqarah: 185)

Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Wah.....Aku begitu tertekan cuti ini.There were a lot of things happened to me.Banyak masalah dan ujian yang aku lalui pada tika ini yang tidak nampak satu mana pun yang aku lepasi.Aku cuba amati ujian dan permasalahan ini dari segi rahmat dan kasih sayangNya.Namun tidak kutemui jua lagi jawapanNya.

Aku tahu namun belum cukup diri aku untuik memahami tentang ujian kasih sayangNya ini.Memang benar Dia lemparkan seribu satu permasalahan agar aku benar-benar mencarinya. Aku lemas dan tak bermaya.KepadaMu tuhanku,aku meminta dan memohon sebenar-benarnya kekuatan yang bersumberkan dariMu.Zikir terhadapMu.Tilawah ayatMu.Solat mengingatiMu.
Adakah benar bulan mulia ini adalah kemuncak kepada ujianMu ya Allah.Aku benar-benar lemah kadang-kadang.Tidak kutahu ke mana dan di mana ingin kuadukan.Hanyalah padaMu jua kuberserah dan kuberharap.

Mungkin aku adalah dari golongan yang tidak sabar-sabar dan terburu-buru.Ya Allah,kumohon padaMu agar berkahi aku,limpahi rahmatMu,tunjukilah jalan,hulurkan hidayahMu..

Iktibar ujian sabar dan kesedihan serta kesusahan telah dialami oleh segenak makluk yang ada di muka bumi ini.Boleh jadi semua.Walhal anak raja sekalipun yang pening memikirkan tampuk kepimpinan yang bakal diserahkan kepadanya.Dunia hari ini seakan jelas menggambarkan begitu.Mungkin sudah memang sunnatullah seseorang itu akan mengalami tahap kejatuhan dalam hidupnya.Tahap kemuncak bila dia diuji.Samaada dengan ujian kesenangaan,kesusuahan dan pelbagai.Hanyalah pada perspeksi yang berebza seseoarang itu mentafsirkannya.

Aku mengajak diriku me lihat sejarah dulu memperlihatkan suatu perjalanan nabi dan para pewarisnya mendokong agama ini.Tiada satu pun jalan mudah.Ujian demi ujian yang bertimpa-timpa dialaminya.Bukan sahaja berbentuk pribadi malah dari segenap aspek,ruang dan perjalanan.Ekonomi,masyarakat dan negara.Perjalanan baginda dimulai dengan penentangan kaumnya sendiri dan membawa kepada kewafatan orang kesayangan baginda,seterusnya pemulauan Bani Hasyim dan Bani Mutalib. Bukan baginda sahaja,namun sahabat-sahabat baginda jua,bayangkanlah tika para sahabat bertanya bila datangnya pertolongan Allah,baginda menjawab yang para sahabat itu termasuk dalam golongan yang terburu-buru.Umat dahulu digergaji dan disiksa.Kerna tika inilah golongan yang disebut assabiqul al awalaun mula terbina,terbentuk yang menjadi dasar kepada terbinanya sebuah tamadun,tercipta sebarisan ummat yang mampu menguasai hampir segenak dunia ini.Namun,ujian datang lagi bertimpa-timpa dengan kejatuhan tamadun KITA ini yang memang dirasai hingga kini.

Ingin lagi kubawakan pada diriku sendiri akan seberapa ayatNya yang mungkin dapat menenangkan,memujuk serta membuat diriku terfikir.


Bahkan Allah s.w.t sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:


أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ


Maksudnya; Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”al-Mukminun:115.

Dan dalam ayat yang lain Allah s.w.t menerangkan;


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ.


Maksudnya; Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Sabda Rasulullah sa.w;


إن من أشد الناس بلاء الأنبياء


Maksudnya; Sesungguhnya manusia yang paling berat menerima ujian ialah para Nabi.


Permasalahan dan ujian aku hanayalah kerdil berbanding baginda rupanya. dan daripada ayat dan hadis di atas, dapat difahami hakikat kehidupan dunia ini adalah sebagai ujian, ia bertujuan untuk menilai diri seseorang samada baik atau sebaliknya.


Apabila aku menyedari inilah hakikat kehidupan, maka aku tidak seharusnya berputus asa atau kecewa apabila aku menerima ujian dan gagal mengatasinya walaupan aku telah berusaha.


Pegangan aqidah menetapkan bahawa Allah s.w.t sahaja yang berkuasa untuk menentukan sesuatu perkara sedangkan manusia hanya berusaha. Penetapan kejayaan bukan ditangan manusia, kerana sekiranya kejayaan itu ditangan manusia sudah pasti tidak ada orang yang gagal didunia.


Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya.


Allah s.w.t melarang aku dari berputus asa. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:


يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ


Maksudnya; Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.Yusuf:87.

Bahkan sehingga orang yang berdosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah s.w.t itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39


Justeru, aku perlu lebih berusaha dan tidak perlu berputus asa.Aku masih mempunyai keluargaku yang sentiasa bersamaku.Masih mempunyai sahabatku yang selalu menyokongku dan paling penting aku mempunyai penciptaku yang sentiasa mendengar rintihanku.Tiada alasan untukku menangis dan bersedih.La Tahzan ya Akhi shahridwan

Allah sentiasa bersama dengan kamu;


إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ


Maksudnya; Tatkala Rasulullah berkata kepada sahabatnya ( Abu Bakar ) Janganlah kamu bersedih kerana Allah besama kita, lalu Allah s.w.t memberikan ketenangan kepadanya.Ayat ini membuatku berfikir sesaat.


Allah hampir denganku dan mendengar rintihanku serta gembira dengan hamba yang kembali kepadaNya;


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ


Maksudnya;Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Allah sayang kepada hamba-hambaya yang kembali kepadanya;


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ


Maksudnya; Sesungguhnya Allah sayang kepada orang-orang yang bertaubat dan menyucikan dirinya.


Kemudian,Allah mengingatkan diriku serta semua supaya mengutamakan solat dan menjadikannya sebagai salah satu alat atau rahsia dalam menghadapi ujian selain kesabaran yang tinggi.


"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya." (Al-Baqarah:45-46)


Seperti yang termaktub di dalam ayat di atas, dalam memohon pertolongan kepada Allah, aku hendaklah memohon dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Sekiranya ditakdirkan, Allah tidak memakbulkan permohonanku, hendaklah aku sabar. Kerana sesungguhnya Allah telah menyusun apa yang terbaik buat diriku. Dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku.


Lagi,selain ayat itu,aku jua biasa mendengar ayat ini.


Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah-153).


Ya Allah,andai kesengsaraan yang kualami hanyalah setitis air mata ataupun tiada sesampai itu,panjangkanlah moga aku menjadi hambaMu yang bersyukur.Namun,kupohon padaMu agar menunjuki aku jalannya,dan hanya kepadaMu jaualah aku bergantung harap.Andai ujian ini merupakan tarbiyah buat diriku,supaya aku menghargai apa yang kumiliki sekarang,supaya aku sedar bukannya mudah memiliki cintaMu,melintasi siratMu dan bersama-sama kekasihMu di syurga nanti.

Memang aku tahu banyaknya nilai dan bayaran yang tak mungkin mampu aku bayar dengan hidayahMu ini.Namun,bantulah aku dalah ujian ini agar aku memperolehi rahmatMu....
Hanya ini mampu kucoretkan tanpa meceritakan masalah itu dan biar aku dan Engaku sahaja yang mengetahuinya...