Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Just a short reminder.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yg direjam serta diri sendiri.Selayaknya pengharapan itu diletak semata-mata kepada Allah azza wajal. Lihat saja pada Nabi Allah Ibrahim A.S. ketika selesai pembinaan Ka'abah, baginda bersama anaknya berdoa, "Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sungguh Kau Maha Mendengar Maha Mengetahui" (2:127)Seharusnya tawakal yg sama itu diletak untuk hidup kita kerana sungguh kita tak tahu akan bagaimana pengakhiran kita nanti.Apakah cukup amalan kita, apakah ada dosa yang kita tak pernah sedar, dan terutamanya, apakah Allah redha akan kita?

Ikhwah wa akhwat sekalian, berdoa dan teruslah berdoa hingga hujung hayatmu. Berdoa lah agar Allah meredhai hidup ini kerana kita tidak pernah sempurna, tidak akan lari daripada dosa. Dan takut tersungkur di depan pintu syurga jatuh menuju ke neraka."dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan" (93:4) Sungguh janganlah memandang hina insan yg sentiasa bermaksiat, dan janganlah meninggi diri yakin syurga di tangan, kerana Allah bisa menghendaki siapa yg ke syurga, siapa ke neraka.

Orang yang berbuat maksiat sepanjang hayatnya tak mustahil boleh mati dengn husnul khotimah jika Allah menghendakinya, hidup orang yang beramal soleh boleh berakhir dalam keadaan su'ul khotimah jika dia sendiri menghendakinya. Yakinlah iman itu berbolah balik setiap waktu."Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (3:102)Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan aku Islam.

Seorang kawan telah mengsharekannya...membuatkan diri ini tersentak..wah,panjangnya jalan ini,dan tak selesa nya diri untuk jadi sentiasa selesa...
Syurga adalah dibayar dengan rahmat Allah.Bukannya dengan amalan kita.Benar,tetapi untuk mengejar rahmat Allah itu,sentiasalah memperbaiki amalan dan tingkatkan...
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Dulu masa habis sekolah,sangat gembira.Lepas ni,tak payah dah pergi sekolah.Dah tak payah menghadap muka cikgu. Nak buat macam mana,pelajar bukan kegemaran guru.Bila dah keluar dari sekolah,rasanya macam dah bebas,merdeka.

Rupanya,diri ini silap.Setelah bergelumang dengan banyak perkara yang berlaku dalam hidup,benarlah,sekolah tetap di hati.Guru-guru adalah aset,di mana pelajaran itulah permata.Hanya perlaksanaan pendidikan dan pembelajaran secara amali dan praktikal yang bisa membuahkan penghargaan pada permata dan aset tersebut.

“Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Al-Mujadalah:11)

Benar,memang segala yang buruk tak mudah dilupakan,tak seperti yang baik.Buah yang baik,bila ditelan terlupa dek kekenyangan.Perihal pula si buah busuk,bila tertelan,seakan teringat seumur hidup.Itulah lumrah.Bila kesalahan atau keburukan yang dilakukan,ianya berbekas di hati,tak seperti kebaikan.Moga kesalahan dan keterlanjuran diri ini sentiasa buat cikgu tersenyum kerna diri ini manusia biasa yang sangat pelupa.

Betul,diri ini sangat banyak bersalah.Dan benar,diri ini banyak tersilap.Mungkin faktor persekitaran atau kematangan menjadi titik tolak kepada permasalahan.Bila teringat kenangan sekolah,itulah saat terindah.Bersama kawan-kawan dan guru-guru.Biarlah guru-guru kurang suka akan diri ini,namun diri ini tetap saying kat cikgu-cikgu walaupun selalu dimarahi.

Teringat kata-kata teacher norziah pada 2006,jadi guru adalah bukan bahagianya bila melihat gaji masuk sebab tak banyak mana pun dapat,tapi gembira dan bahagianya bila melihat manusia seperti anda ini.Ya Allah,pelajar bermasalah seperti diri ini pun cikgu bangga.

Teringat kata-katas saidina Umar al-Khattab:

Aku akan menjadi hamba bagi sesiapa pun yang mengajarku walau satu huruf

Dan Ali Karamallahu wajhah juga pernah berkata:

"Aku ini hamba kepada sesiapa yg mengajarku walaupun satu huruf"

Ingatlah cikgu,dengan rendah diri,saya memohon maaf sangat-sangat atas kekhilafan dan keterlanjuran diri ini,buat cikgu SKKN,SKSLP,SESMA,KYUEM.

Cikgu adalah terbayek….

Ucapan selamat hari guru buat guru-guru.Terima kasih banyak-banyak.Jazzakamullah khair kathiron....

Doakan kebahagiaan dan keselamatan saya dunia akhirat.

Regards,

Mohd Shahridwan Ramli,

University of Manchester.

Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Di saat nak kata busy,entahlah.Banyak perkara yang ingin aku sendiri tulis.Pengalaman berjaulah di Andalus,dan segalanya yang tercurah di fikiran namun sukar untuk kukumpulkan isinya dan nukilkan di sini.Lantas aku tertarik dengan satu penulisan untuk aku kepilkan pada blog ini buat para dai'e,pra dai'e dan terutamanya buat aku sendiri yang sangat larut dengan kehidupan dunia yang aku sendiri mampu bezakan apa natijah buruknya namun aku tetap lalai.

Salam sejahera buat kamu, salam daripada Allah, rahmat serta keberkatan-Nya. Bicara hatiku kali ini mengenai tanggungjawab kita terhadap orang lain. Ya, kita memikul resah derita umat ini. Permasalahan yang mereka hadapi mesti diletakkan di bawah pemerhatian kita. Apakah caranya untuk mengatasi segala permasalahan ini?

Inilah sebenarnya peranan kita. Kita berpegang kepada sabda Nabi صلى الله عليه وسلم “إنكم لن تسعوا الناس بأموالكم ولكن يسعهم منكم بسط الوجه وحسن الخلق”. Maksudnya: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat menguasai dan memenuhi kehendak manusia dengan harta kamu, tetapi kamu boleh menguasai dan memenuhi kehendak mereka dengan kemanisan wajahmu dan keindahan akhlakmu”

Masalah paling besar yang dihadapi oleh umat manusia pada hari ini ialah masalah ekonomi. Sebagaimana kamu ketahui, Rab’ei bin ‘Aamir رضي الله عنه ketika beliau menyimpulkan misi kehadirannya di Parsi telah berkata: “Sesungguhnya Allah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang Dia kehendaki dari penyembahan kepada hamba (makhluk) kepada penyembahan kepada Tuhan sekelian hamba, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”.

Bahagian kedua daripada ungkapannya itulah menjadi tumpuan saya di dalam bicara ini. Ungkapan yang ringkas itu sangat penting dan bermakna sekali. Ini kerana kita ingin memimpin tangan manusia membawa mereka keluar dari kesempitan dunia, meluaskan kepada mereka dunia yang sempit ini.

Sesungguhnya dunia kini sangat sempit buat mereka kerana banyaknya masalah yang mereka hadapi. Dan dunia yang sempit itu menyempitkan jiwa-jiwa mereka yang lapang. Jalan keluarnya berada di tangan-tangan mereka yang membawa cahaya kebenaran, yang membawa sinar Islam. Islam mengemukakan penyelesaian yang menyeluruh dari akar umbi segala permasalahan manusia, bukan sahaja masalah umat Islam semata-mata.

Soalanya, bagaimana ia akan terlaksana? Bagaimana hendak keluar dari kesempitan dunia kepada keluasannya? Bagaimana dunia ini dapat diluaskan? Caranya ialah dengan membuka jendela akhirat. Bayangkan kamu berada di dalam sebuah bilik yang sempit, kemudian kamu membuka tingkap yang mengadap ke arah taman yang luas saujana. Ketika itu pasti kamu tidak akan merasai bilik yang kamu diami itu sempit.

Begitulah dunia ini menjadi luas jika kita melihat dari celah-celahnya alam akhirat. Seandainya mereka berkata, kata-kata kamu ini bukan penyelesai masalah! Ayuh bersamaku! Kita selesaikan masalah! Sesungguhnya pokok pangkal penyelesaian segala masalah ialah kembali ke pangkal iman dalam semua urusan.

Sebagai contoh, lihat simen. Simen yang digunakan untuk menguat seluruh bangunan adalah satu sahaja. Begitulah untuk menyelesaikan semua masalah manusia mesti kembali kepada asas yang satu, iaitu iman. Di dalamnya teradun nilai-nilai akhlak yang menjadi teras kepada penyelesaian semua masalah. Tanpa asas ini dan adunan nilai-nilainya yang murni bangunan akan runtuh berkecai walau setinggimanapun ia didirikan.

Di atas asas inilah, dan dengan diperkukuhkan oleh simen terbinalah bangunan dengan berbagai-bagai reka bentuk yang berbeza. Apabila kita kembali kepada asas iman dan kepercayaan kepada Tuhan, di sana terdapat nilai-nilai murni yang disepakati hatta di kalangan penganut agama bukan Islam.Jadi, bagaimana masalah ekonomi dapat diatasi?

Jika kita telusuri kisah Nabi Musa عليه السلام salah seorang Nabi Bani Israel yang paling masyhur, kita dapati kisah ini mengemukakan contoh seorang lelaki, seorang manusia yang sedang berhadapan dengan keadaan yang amat kritikal. Beliau lari dari musuh yang sedang memburu untuk membunuhnya. Lari sehelai sepinggang tanpa bekalan, tanpa sebarang persediaan.

Perhatikan apa yang dikisahkan oleh al-Quran tentang lelaki ini: Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu. Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.” (Al-Qasas:20- 21)

Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya)”Kata-kata ini menggambarkan keadaan Musa yang dalam ketakutan, kelaparan, kesempitan dalam serba serbi. Bayangkan betapa jauhnya perjalanan yang telah dilalui!

Dari Mesir, melintasi negeri Syam hingga tiba di Madyan. Ratusan batu diredahi tanpa harta, tanpa kenderaan, makanan, minuman dan pakaian untuk disalin. Berjalan dalam ketakutan, kebimbangan dan ketidaktentuan.

Mari kita lihat lelaki ini, seorang insan yang berada dalam suasana yang segenting itu, kepayahan yang tidak boleh kita gambarkan lebih dahsyat daripada itu. Tiba-tiba dia bertemu dengan dua orang gadis remaja yang memerlukan pertolongan. Dua gadis remaja ini memiliki segala-galanya sedang dia seorang pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Dua gadis remaja itu mempunyai keluarga, ada ayah, rumah, makanan, minuman, binatang ternakan yang pastinya mengeluarkan hasil yang mencukupi untuk keperluan hidup mereka sekeluarga atau lebih daripada itu.

Yang mereka perlukan ketika itu hanya pertolongan seorang lelaki yang memiliki dua ciri. Apakah dua ciri itu? Ciri pertama ialah keazaman untuk menolong orang lain dan keinginan untuk menjadi seorang yang mulia, istimewa, bermaruah dan perasaan ‘izzah kerana dapat membantu orang lain seperti yang digambarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam sepotong Hadis yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dikhususkan untuk menunaikan hajat manusia, mereka cintakan kebaikan dan kebaikan cinta kepada mereka”.

Ciri yang kedua pula adalah kekuatan tubuh badan yang membolehkan dia menolong dua orang gadis tadi.Bagaikan saya dapat menggambarkan bahawa Sayyidina Musa tidak memiliki apa-apa di dunia ini kecuali dua ciri tadi. Dalam pada itu dia bertemu dengan dua orang gadis yang berhajat kepada dua ciri itu yang merupakan itu sahajalah yang dimiliki oleh Musa عليه السلام .

Musa tidak lokek untuk memberikan dua ciri yang dimilikinya kepada mereka yang memerlukannya. Himmahnya yang tinggi, keazamannya yang kental, ketokohan dan kelelakian yang merupakan ciri dalamannya di samping kekuatan dan keperkasaan tubuh badan yang merupakan ciri luarannya ( قوي أمين ). Dengan sifat mulia dalaman dan luaran yang dianugerahi oleh Allah عزوجل kepadanya dia pergi menghulurkan bantuan kepada dua orang gadis yang memerlukan pertolongannya kerana mengharapkan redha Allah. Selesailah perkara. Dia telah menjalankan tanggungjawabnya.

Cuba bayangkan, seandainya Nabi Musa عليه السلام hanya sibuk memikirkan masalah dirinya, mungkin dia akan berkata, aku lebih memerlukan pertolongan daripada mereka berdua. Untuk apa aku harus sibukkan diriku fikir masalah orang lain? Masalah aku sudah tak tertanggung banyaknya! Bayangkan kalau itulah cara fikir Nabi Musa, adakah akan terbuka jalan penyelesaian sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran?

Mari kita perhatikan. Sesungguhnya semua masalah telah berjaya diselesaikan kerana tindakan bijaknya membantu golongan yang memerlukan. Ketika dia memberikan apa yang dimilikinya kepada mereka yang memerlukannya, dia mendapat penghormatan dari Allah عزوجل. Dengan pertolongan yang ikhlas mencari keredhaan Allah terhurai semua masalah yang dihadapinya. Dia dapat berkahwin dengan seorang gadis mulia lagi suci, dapat tempat tinggal yang aman, makanan, minuman dan pendapatan yang lumayan serta aman dari ketakutan dan kegusaran dikejar musuh. Bukankah semua masalahnya telah selesai?

Ya! Telah selesai! Ini kerana dia tidak hanya melihat ke dalam dirinya, tinggal tenggelam dalam memikirkan permasalahan diri sendiri semata-mata. Sebaliknya dia sentiasa melangkahi derita yang ditanggungi dan mencari insan lain yang memerlukan pertolongannya walaupun apa yang mereka perlukan itu, itu sajalah miliknya sedangkan orang yang berhajat itu memiliki segala-gala yang tidak ada padanya.

Kita lihat pula Sayyidina Yusuf عليه السلام. Dia terperosok di dalam penjara kerana dizalimi dan sangat memerlukan pertolongan. Dia melangkahi deritanya dan mencari derita orang lain untuk ditolongnya. Oleh kerana yang dilakukan adalah ikhlas mencari keredhaan Allah, datanglah pertolongan- Nya. Dia dapat kembali ke pangkuan keluarganya, pertemuan dengan saudara dan ayah bondanya.

Semua mimpi di zaman kecilnya terlaksana menjadi nyata. Semua permaslahan ini apabila kita lihat dengan kacamata iman, kita dapati bahawa sesiapa yang Allah عزوجل muliakan dengan melangkahi derita sendiri, melupai keperluan dan kepentingan diri sendiri, kemudian mencari keperluan orang lain untuk ditolongi, maka Allah عزوجل akan menyelesaikan permasalahan dan keperluannya.

Inilah titik permulaan berlandaskan iman. Di sinilah kita temui jalan keluar. Seungguhnya Allah akan memuliakan orang yang memberi kerana mencari keredhaan-Nya. Dia yang akan selesaikan masalah yang dihadapi. Dengan itu kita akan dapat keluar dan mengeluarkan diri kita dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Dalam bicara lain, kita akan kupas penyelesaian dari sudut kebendaan bagi mengatasi masalah kebendaan ini. Kita akan sempurnakan binaan di atas permukaan bumi setelah kita tanam kukuh-kukuh asas keimanan di dalam diri.

Dipetik dari http://fikrah- dakwah.blogspot. com
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Mesti kita semua banyak diuji,dan setiap ujian yang mendatang itu,kita banyak mengeluh dan kadang kala kita berputus asa.Ingatlah saudara dan saudariku,Allah takkan meninggalkan hambanya,takkan lupakannya.Di sebalik sesuatu yang berlaku,pernahkah hati kita terdetik untuk bermuhasabah?Pernahkah akal kita berfikir? Dan pernahkah mata kita celikkan?Jom kita belek semula al-quran dan tafsir kita,kerna ia bukan sekadar untuk kita baca dan simpan,sungguh,
''(Al-quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa''' (3:138)
Jom ambil masa 5minit untuk membaca sedikit peringatan kerna sesungguhnya peringatan adalah berguna bagi orang mukmin.Kita tajdid iman kita sebelum mulakan kerja dalam hidup kita hari ini dengan jawapan yang Allah jawab akan atas setiap kita lalui.

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Sebenarnya khas untuk kakak saya...
Dan diri saya sendiri...
Membaca dan selamat beramal...
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerna Takdir Telah Menentukan

Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu
Semoga Diri Ibu Bahgia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang
Kerna Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu
Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku

Mengimbau kembali,2 tahun dahulu.Memori itu masih segar kembali. Andai Anas ibnu Malik ada 2 perkara yang sentiasa beliau ingat. Waktu tika bertemunya dia dengan nabi dan waktu kali terakhirnya dia berjumpa nabi. Begitu jualah aku,seorang anak. Saat yang kuingat,tika kali terakhir melihat ibu sendiri.
Lepas solat isyak di masjid,aku solat hajat,pohon kepada tuhan agar disembuhkan ibuku,dan jika maut dating menjemput,aku redha.Kerna aku sangat kasihan dan tidak sanggup melihat ibu menderita akibat barah paru-paru. Selesai sahaja,aku bawak motor dan pulang ke rumah. Saat tiba saja,adikku kejutkan aku bahawa ibu sedang nazak. Mana tak terkejutnya aku. Entah sempat aku tongkatkan motor atau tidak,aku berlari naik atas.
Melihat adik2 menangis.Dalam hatiku,baru sekarang nak menangis.Dulu seperti tak pedulikan mak mana. Adik2,baru kau semua tahu besarnya nilai adanya seorang ibu. Terlihat paling kuat menangis,kakakku,along. Aku ketika itu agak blur,dan Alhamdulillah apa yang pasti,aku bisikkan kalimah tayyibah,kalimah syahadah di kedua2 telinganya. Setelah bertarung lama,aku sangat2 bersyukur yang ibuku sempat melafazkannya kembali. Namun,dia kembali tidak sedarkan diri.
Lalu ibu dibawa ke hospital.Apa yang mampu aku buat hanya membaca mana2 surah yang aku ingat dan membisikkan kalimah syahadah. Sampai agak lenguh kaki berdiri.Sedih melihat keadaan ibu,melihat along yang menangis,memikirkan keadaan adik2 andai ibu mereka pergi.
Lalu esok paginya,along memberitahu ibu dah tiada.Dah pulang selama-lamanya. Saat aku sendiri yang menggali pusaranya.Saat aku sendiri memberitahu sanak saudara akan berita ini. Saat terakhirnya aku kucup pipinya,dahinya. Itulah saat paling aku ingat….
Siapakah kamu wahai sang anak tanpa ibumu? Tidak kuhirau,tidak kukisah apa sekalipun kedudukanku.Namun,syurgamu tetap di telapak kakinya.Siapakah aku yang kembali teresak2 sedangkan pada waktu hayatnya berapa kali aku mengucupnya,berapa kali aku ucap terima kasih kepadanya.Yang ada hanyalah linangan air mata ibu yang dicurahkan kerna masalahnya anaknya.
Memang,seorang ibu dapat membela,menjaga sepuluh orang anak.Namun,mampukah sepuluh orang ini menjaga seorang ibu? Apa aku mampu lafazkan? Tak berguna.Takkan lah aku nak ucapkan di pusaranya?Adakah dengar adakah tidak.Duhai sang anak,ibumu masih bernafas……
Ibumu amat sayangkan kamu. Hindarlah kamu dari tangisnya ibumu.Sungguh,kamu anak derhaka. Sungguh,sudah banyak kisah2 lepas,kisah dahulu tentang pengorbanan ibu,tentang balasan anak derhaka terhadap ibu…….
Halalkan kami susumu,air matamu,darahmu,makan minum….
Sungguh anak-anak yang soleh adalah harta buat ibu……..
Keridhaan Allah tergantung kepada keridhaan kedua orang tua dan murka Allah pun terletak pada murka kedua orang tua. (HR. Al Hakim)
Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir. (HR. Muslim)Penjelasan:Yang dimaksud kufur nikmat dan bukan kufur akidah.
Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih).
46. Al Ahqaaf
17. Dan orang yang berkata kepada dua orang ibu bapaknya: “Cis bagi kamu keduanya, apakah kamu keduanya memperingatkan kepadaku bahwa aku akan dibangkitkan, padahal sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumku? lalu kedua ibu bapaknya itu memohon pertolongan kepada Allah seraya mengatakan: “Celaka kamu, berimanlah! Sesungguhnya janji Allah adalah benar.” Lalu dia berkata: “Ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu belaka.”


Dedikasi buat anak2 normiah bt kariman….
Along,mamat,farez,syu,ana,adek………………
Selamat hari lahir yang ke 49 dan hari akhir yang kedua ibuku. Insaflah wahai anak2!
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Em,walaupun sudah agak lewat,ingin jua share artikel dari MSM,UK and Ireland
http://www.msmonline.net/v1/wp-content/uploads/msm.jpg

Assalamualaikum wbt

Apa Ertinya Menyambut Maulidur-Rasul

Pada bulan Rabiul-Awal ini kita menyambut suatu hari yang bersejarah dan sentiasa dalam kenangan setiap Muslim diseluruh dunia. Bulan ini adalah merupakan bulan kelahiran Nabi kita Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam). Dengan kasih dan belas Allah, Islam yang kita meng’akadkan diri kita kepadanya sehingga terkesan dan menerobos ke dalam hati-hati kita, sampai kepada kita melalui Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam). Maka tidak hairanlah betapa seluruh Muslim cinta kepadanya kerana budinya tidak akan dapat berbalas sehingga ke akhir zaman walau seluruh umat Islam bergabung untuk berbuat demikian. Wajarlah kita mengucapkansalallahu ‘alaihi wasalam setiap kali namanya disebut sebagai penghormatan, tanda kasih danterima kasih yang tidak terhingga, tapi lebih-lebih lagi ia adalah suatu sunnah.

Kecintaan terhadap Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) akan lebih mengembang mekar dan mewangi apabila kita membaca dan menghayati Al-Quran, As-Sunnah dan Seerah. Pernah Umar (radhiallahu ‘anhu) terpaksa berfikir dan mendalami hatinya semula ketika menjawab dia mencintai dirinya selepas Allah, dikoreksi dengan penuh rasa kasih sayang oleh Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) yang mana selepas Allah, Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) lah yang seharusnya dicintai. Yang mana ia adalah konsep iman sepertimana kita tahu.

Apabilah cinta yang meruntun jiwa dan raga ini telah bersulam maka mudahlah kita mengikuti jejak langkahnya sebagai manusia contoh, qudwah hasanah. Allah berfirman di dalam surah Al-Ahzab:21 yang bermaksud

“Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (uswah hasanah) bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah

Dan apabila Aishah (radhiallahu’anha) ditanya akan akhlaq Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam), Aishah (radhiallahu ‘anha) pantas menjawab dengan jawapan ringkas, padat dan jitu, akhlaq Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) adalah “Al-Quran”.

Jika kita mengambil perkaitan ini dan menjadikan ia suatu deduksi matematik, kita akan dapati

“uswah hasanah = akhlaq = Al-Quran”

Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) adalah seharusnya menjadi ikutan kita, setiap kata-katanya, perbuatan dan gerak gerinya adalah contoh buat umat akhir zaman untuk diteladani. Segala aspek akhlaqnya, sebagai pemimpin, ahli masyarakat, suami, ayah, datuk, anak saudara, sahabat, orang yang lebih tua, orang yang lebih muda, interaksi dengan bukan Islam bahkan musuh Islam sendiri. Dan landas fundamental yang utama untuk semua ini tidak lain adalah Al-Quranul-Kareem!

Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) tidak dilahirkan sebagai pendidik atau penasihat yang boleh diterima atau ditolak didikan dan nasihatnya. Malah sebaliknya, Muhammad Rasulullah (salallahu ‘alaihi wasalam) diutuskan supaya dita’ati dengan izin Allah (subhana wa ta’ala).

“Dan Kami tidak mengutus seorang rasul melainkan untuk dita’ati dengan izin Allah...” (An-Nisaa: 64)

Hakikat ini mempunyai makna yang sangat penting, Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) bukan sekadar penggerak kesedaran hati nurani dan kemudian melaksanakan syi’ar-syi’ar ibadat, atau pemberi peringatan dan nasihat dan kemudian berlalu pergi tanpa mempunyai kuasa otoriti terhadap seruan dan risalahnya. Tiada seorang pun Rasul diutuskan Allah melainkan semuanya harus di”ta’ati” oleh manusia dengan keizinanNya. Jika tiada kuasa otoriti ini, tinggallah ia sebagai seruan yang biasa dan boleh dipersendakan dan dipermain-mainkan. Tidak sama sekali!

Kerasulan ini mempunyai “kuasa” supaya Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) dita’ati bagi membolehkan ad-Deen diterap dan dicernakan oleh manusia, sebagai sebuah sistem yang hidup dan realistik, lengkap dengan segala bentuk organisasinya, perancangan dan penyusunan programnya, nilai estetika dan undang-undangnya, akhlaq dan adab bicaranya dan syi’ar-syi’arnya.

Dari sinilah sejarah Islam yang kita tahu hari ini telah terpahat dan masyhur. Melalui keta’atan terhadap Muhammad Rasulullah (salallahu ‘alaihi wasalam)umat Islam telah berkembang sebagai suatu organisasi dakwah dan tabligh, dan sebagai suatu sistem hidup, kemudian sebagai suatu bentuk pemerintahan dan seterusnya kekhalifahan. Segalanya berlandaskan keta’atan terhadapRisalah dan Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) sebagai Rasul Allah.

Ikhwah dan akhawat fillah,

Tanggungjawab manusia terhadap tuhannya adalah seperti yang telah digariskan oleh rukun imandan Islam, akan tetapi tanggungjawab manusia terhadap manusia yang lain seperti yang telah ditunjukkan oleh Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) adalah untuk berinteraksi dan berdakwah kepada masyarakat supaya Islam tersebar dan gemilang. Ini adalah Sunnah yang sering dilupakan. Bukankah Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam) itu rahmatan lil ‘Alameen, dan kita sebagai umat ikutannya harus juga begitu?

Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan untuk rahmat seluruh alam.” (al-Anbiyaa: 107)

Kita bukan hidup di dalam vakuum atau di alam sendiri dan kemudian mengharapkan Jannah. Ikhwah wa akhawat itu bukan Sunnahnya, kita membuat kebaikan dan perbaikan di dalam diri kita dan masyarakat dan dalam masa yang sama kita mencegah maksiat dan dosa di dalam diri kita juga di dalam masyarakat. Ia seharusnya berjalan secara parallel bukan berasingan. Kerana kita adalah umat yang TERBAEKK!

Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Ali-Imran: 110)

Ikhwah dan akhawat fillah,

Marilah kita bersama-sama menelusuri jejak Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam). Menjaga akhlaq sesama kita di dalam sebuah Jamaah demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini sepertimana akhlaq Muhammad (salallahu ‘alaihi wasalam). Inilah penghayatan yang dianjurkan MSM setiap kali Rabiul-Awal menjelang.

Mari kita memperbaharui ikatan satu hati kita insya-Allah. Mari kita berselawat bersama-sama:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan padanya.” (Al-Ahzab: 56)

Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah s.w.t., Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah dikalangan kaumnya sendiri disekitar kota Mekah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup mereka.Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w., yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda s.a.w dan pengikut-pengikutny a. Diantara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa saudara Baginda s.a.w sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w. berlepas keTaif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish. Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda s.a.w. Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatangan Baginda s.a.w akan disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.

Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh ejekan: "Hoi,benarkah yang Allah s.w.t. telah melantik kamu menjadi PesuruhNya?"Kata seorang lagi sambil ketawa: "Tidak bolehkah Allah memilih manusia selain dari engkau untuk menjadi PesuruhNya?"Yang ketiga pula melempar kata-kata hina yang bunyinya demikian: "Kalau engkau benar-benar seorang Nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan engkau kerana perbuatan yang demikian akan mendatangkan bencana kepada diriku.Sebaliknya jika kamu seorang pendusta,tidak guna aku bercakap-cakap dengan engkau."

Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan dan kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w. berasa hampa dan gagal barang sedikit jua pun. Selepas meninggalkan pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi, Baginda s.a.w cuba menghampiri rakyat biasa Disini juga Baginda s.a.w menemui kegagalan. Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar dalam Taif. Apabila Baginda s.a.w menyedari yang usahaBaginda s.a.w tidak mendatangkan hasil yang diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan hendak menginggalkan kota itu. Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Taif secara aman. Mereka melepaskan kacang-kacang hantu mereka supaya mengusik,mengejek, mengacau dan melemparinya dengan batu. Pelemparan batu yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian rupa hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka. Apabila Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota Taif, Baginda s.a.w pun berdoa kepada Baginda s.a.w. yang bermaksud:

" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail buat menemui Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun memberi salam seraya berkata:" Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan malaikat digunung ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."

Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu dimuka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini:"Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung disebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini."

Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata:"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."

Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi pengikut-pengikutNya, tetapi dalam urusan hidup kita sehari-sehari, apabila cadangan kita ditolak atau tidak dipersetujui maka kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan kita.Sebagai pengikut-pengikutny a kita hendahlah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaa ditangan penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.


kredit untuk KARISMA Terengganu.

Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Dari Abu Amr atau Abu Amrah ra; Sufyan bin Abdullah Atsaqafi r.a. berkata, Aku berkata, Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku dalam Islam satu perkataan yang aku tidak akan menanyakannya kepada seorangpun selain padamu. Rasulullah menjawab, “Katakanlah, saya beriman kemudian istiqamahlah.” (HR. Muslim)

Dakwah sepanjang hayat…
Dakwah bukan hanya di universiti, kampus dan sekolah
Dakwah harus terus kita serukan bila-bila saja dan di mana saja
Selagi hayat masih dikandung badan
Dakwah tak mengenal usia
Dan tak hanya untuk kaum muda atau mahasiswa
Tidakkah kita iri kepada kisah bapak dan anak
Berebutan untuk pergi berperang
Sang bapak yang usianya sudah tua
Dirasakannya tidak ada kesempatan lain lagi
Tetapi sang anak menjawab
“jika bukan karena surga ayahanda,tentu aku lebih mendahulukanmu..”

Istiqomah…. Itulah kuncinya Sebuah kata yang maknanya cukup berat hingga Rasulullah beruban ketika mendengar ayat tentangnya. Bagaimana agar kita bisa tetap istiqomah dalam dakwah?

“Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (Q.S. Hud:112).

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. (QS. 41 : 30)

Sungguh,
Kekuatan itu dariNya,
Hebatnya kita bukan sebab kita,
Lancangnya kata-kata bukan kerna lidah kita,
Seninya tulisan kita bukan kerna pena kita,
Sebab jalan kita,
Jalan kita adalah jalan mulia,
Jalan kita sumbernya daripadNya,
Kekuatan kita dari rahmatNya,
Hubungan kita yang didasariNya,
Pergerakan kita Dialah yang mengawalnya,
Gerak geri kita Dialah yang memperhalusinya,
Kerna Dialah yang akan memenangkannya,
Dan menggerakkan hati-hati manusia,
Moga kita tsabat dan istiqomah dalam jalan mulia...

Setelah kita memilih jalan kita,
Janganlah kita sedikit menoleh seketika,
Andai kita letih dan dahaga,
Ingatlah syurga itu mahal dan berharga,
Di kala aku katakan 'aduh peritnya,lelah tak terkata',
Kau katakanlah 'syurga itu penuh nikmatnya',
'Hasrat ketemuNya takkan kamu lupa?',
Bersama rasul kita takkan kau tak suka?',
Sesungguhnya,Allah memilih kita,
Supaya inilah balasannya....

Kudoakan yang terbaik buatku,family dan sahabat moga kita hidup dalam jalan mulia ini,mati pun di atas jalan mulia ini jua.Saat bebanan syahadah terpikul,ayuh marilah kita bergandingan merubahnya....
Ke arah melaksanakan tanggungjawab syahadatul haq.....
Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini da'wah Allah dan da'wah kepada Allah.

Maka seandainya hati aku sendiri kosong tanpa Allah, apa mungkin aku memimpin mereka ke arahNya?


Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini da'wah Allah dan da'wah kepada Allah.

Maka sekiranya aku masih lagi gagal mencintai Allah wa Rasul melebihi segala cinta yang lainnya, adakah aku masih bertanggapan bahawa mereka yang aku da'wahi akan mencintai Tuhan dan Rasulnya itu?


Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini tentang kerja dan bekerja. Ya, jika tidak, apa pantas untuk As-Syahid berkata;

"Nahnu Qaumun 'Amaliyyun"

"Kita adalah kaum yang berorientasikan amal"

Maka adakah cukup untuk aku sekadar berkata-kata tanpa amal yang jelas dan ikhlas?


Adakah aku masih expect untuk mereka percaya dan beramal apa yang aku katakan sedang aku fakir dari amal itu sendiri?

Sudah terlalu banyak peringatan yang diberikan mereka yang sudah terlebih dahulu mengharungi jalan ini;

"Aslih nafsak wad'u ghairak"


"Perbaiki diri sendiri, dan serulah orang lain"

"Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di tanah airmu"

Adakah aku masih lagi leka dan terbuai dalam dunia ciptaan ku sendiri?


...............Ku termenung sendirian di kejauhan...............


Mohd Shahridwan bin Ramli

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.


Terasa amat kagum. Sememangnya kekuatan dakwah ini bergantung pada hubungan kita dengan Nya,bukan pada petahnya kita berbicara,bukan pada kuatnya kita bergerak. Kerna semua kekuatan itu datangnya dari Allah. Dan sumbernya dari Allah.


Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah yang maha perkasa lagi maha bijaksana(ali-imran:126)


Banyak usaha-usaha dakwah yang telah mula hidup dan tidak akan mati sehingga hancurnya bumi Allah ini. Kerna Allah akan memilih sesiapa yang mampu untuk menggalas beban ini. Bayangkanlah bebanan ini dahulu digalasi di bahu anbiya,sehingga nabi terakhir kita. Kemudian disambung oleh para sahabat.
Justeru sekarang ia menjadi tugas kita. Sebenarnya terasa sangat kagum dengan usaha dakwah yang dibawa oleh saudara yang aku jumpa dalam minggu ini. Berkongsi cerita dengannya. Pengalaman dakwahnya. Selepas selesai kelas,macam biasa aku ke masjid untuk menunaikan tanggungjawabku. Dan di situlah kutemui jemaah tabligh dari Brunei. Kesediaannya berkongsi cerita yang menarik memang kunanti barangkali walaupun bukan pada perancanganku.

Aku sangat kagum pada penyampaiannya yang penuh yakin. Itulah hasil latihannya selama beberapa tahun dalam jalan dakwah. Keyakinannya bercakap,kepetahan lidahnya menghurai dan berhujah. Dan tampak jua hubungannya dengan Allah sangat dijaga. Bagaimana dia sanggup peruntukkan masa dan wangnya untuk keluar 40hari,ke UK pulak tuh. Jika kufikir dengan calculator dunia,memang dia sangat rugi, perbelanjaan yang dikeluarkan,cuti tanpa gaji,tinggalkan anak2,isteri,tapi jawapan dengan senyuman hanyalah kerna nak sambung sunnah rasulullah iaitu dakwah.

Kamu adalah sebaik-baik umat (khayr aummah) yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali ‘Imran: ayat 110)

Demikian juga Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) umat pertengahan supaya kamu layak menjadi saksi terhadap umat manusia (syuhada ‘ala al-nas)dan Rasulullah pula akan menjadi saksi terhadap kamu. (Surah al-Baqarah: ayat 143)

Memang benar,usaha dakwah itu telah dimulakan dari dahulu lagi,ramai yang cuba memadamkannya,namun Allah maha berkuasa...

mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).AS-SAFF:8

Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. AS-SAFF:9.

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. At-taubah:32

InshaAllah selepas ini,kena lebih fokus dan lebih bekerja. Teringat kata2 seoarng sahabat,waktu rehatku apabila kedua kakiku melangkah ke syurga..Alangkah banyaknya masaku dibazirkan..Ampunkanlah ku ya Allah...