Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Berikutan dengan peristiwa hijrah yang kita sambut setiap tahun,ada suatu benda yang ingin diceritakan oleh diri ini.Memang dah biasa pun dengar.Tapi kenape kita tidak mengambil ibrah daripada peristiwa tersebut. Pelik jugak bunyinya bila kita tidak memahaminya dengan hati.

Peristiwa bermula bila rumah nabi saw dikepung oleh sebelas puak kabilah.Mereka memang betul-betul ingin membunuh rasulullah saw.Masing-masing bersiap sedia dengan senjata yang mula menghunus.Namun, al kisahnya,lain pula terjadinya.Nabi saw telah mengetahui hal tersebut. Dwbgan itu,baginda telah merancang sesuatu.baginda menyuruh saidina Ali r.a untuk tidur di tempat baginda.Menggunakan selimut yang biasa baginda gunakan. Kemudian baginda menuju ke rumah saidina Abu Bakar as Siddiq. Kemudian mereka bergerak menuju ke Gua Thur. Selama 3 hari mereka menginap di situ.Di situ boleh kita lihat stratergi nabi saw.
Buat pengetahuan kita,gua tersebut adalah terletak bertentangan dengan arah Yathrib(Madinah). Oleh itu,kenapa baginda berbuat begitu? Melambatkan proses hijrah lah maknanya.Tidaksama sekali. Inilah yang dinamakan usaha. Walaupun telah selamat daripada kepungan nabi saw tahu yang pihak kafir Quraisy akan tahu jua yang baginda telah selamat keluar dari rumahnya.Dan memang orang arab akan mengejar baginda ke arah Yathrib ketika itu juga.So,nabi yang memang dikenali sebagai seorang yang fatanah telah menggunakan muslihat bersembunyi di gua thur yang arahnya bertentangan dengan Yathrib dan menginap di situ selama 3 hari.

Setelah mengetauhi keadaan dah agak selamat baginda menyuruh Abdullah bin Uraiqith menunjukkan jalan.Peristiwa ini memang dah taka sing bagikita. Kejayaan Rasulullah saw terlepas daripada ditangkap kafir quraisy memang adalah bukan sahaja kerana bantuan Allah.Ianya dimulakan dengan usaha baginda yang maximise.Baginda merancang dengan penuh stratergik. Baginda jua sabar dan berani dalam melaksanakan tugas hijrah ini.Ianya bukan sekadar omong-omongan kosong sahaja. Inilah yang dapat kita pelajari daripada peristiwa ini.


Lihatlah bagaimana baginda mengaburi mata musuh meletakkan Ali di tempat tidur baginda.Kemudian baginda memilih untuk menuju ke gua thur dahulu dan menginap selama 3 hari. Tidak berhenti di situ sahaja,untuk mengetahui keadaan lawan,baginda menyuruh Abdullah bin Abu Bakar menginap bersama-sama mereka .Ini merupakan stratergi.Abdullah bin Abu bakar tidur bersama baginda di waktu malam dan di siangnya bersama dengan orang Quraisy. Oleh itu,baginda mengetahui rancangan orang kafir quraisy. Bukan di situ sahaja,baginda mengarahkan Amir bin Fuhairah untuk mengembala kambing di sekitar dan sepanjang jalan menuju kea rah gua tersebut. Ini adalah untuk menghilangkan jejak-jejak mereka.Bukan itu saja,susu kambing tersebut digunakan sebagai minuman mereka.Perihal makanan pula,Asma binti Abu bakar dengan cerdiknya menyembunyikan makanan di bawah pinggangnya.Dan dia digelar Dzatub Nithaqain(Pemilik dua pinggang). Inilah antara usaha-usaha yang rasulullah buat,semaksima mungkin.


Namun,itu adlah usaha manusia semata-mata.Allah lah yang berhak menentukannya. Buktinya walaupun Ali sudah tidur di tempat baginda,pihak musuh tetap dapat mengetahui.Walaupun baginda dah terlepas,musuh still dapat menjejakinya.Buktinya musuh sudah sampai di Gua Thur.Namun,Allah lah yang maha berkuasa,Dialah yang mengawal segala tindak tanduknya di bumi.Dia tidak pernah tidur. Allah telah mengilhamkan burung merpati tak silap untuk bertelur di tepi gua tersebut dan labah-labah membina sarang di pintu gua.Dan jua menggerakkan hati orang kafir supaya tidak mengesyaki baginda bersama-sama Abu bakar di dalam gua itu.Itulah kuasa Allah.

Meskipun begitu,masih ada lagi musuh yang licik,yang pandai. Penjejak terhebat tika itu.Suraqah bin Naufal telah Berjaya menjejaki mereka dan berusaha menangkap baginda.Apakan daya,Allah lah yang berkuasa. Dengan takdirnya kuda yang ditunggang Suraqah jatuh 3 kali berturut2. Sehingga dia yakin yang di hadapannya itu adalah memang utusan Allah.Lalu dia meminta sesuatu daripada Rasulullah sebagai ganti untuk dibawa pulang. Nabi hanya menawarkan kalung kisra.Di mana ia adalah kepunyaan kerajaan parsi tak silap.Bagaimana Suraqah percaya akan kata-kata nabi? Sedangkan nabi saw hanyalah seorang yang tiada apa-apa.Namun kerana sifat baginda yang digelar al amin,itulah membuatkan suraqah memang akur.Dan apa yang dikata baginda memang berlaku.Kerajaan Parsi dikalahkan zaman pemerintahan Umar Al Khatab. Dan Suraqah telah menuntut kalung terbabit.Ini hanyalah usaha baginda.Yang menentukannya adalah Allah.

Kerana yang demikian kita sebagai umat Muhammad wajib berusaha.Kembalikan kegemilangan islam.Ini adalah tugas kita. Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7:

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Ar Rad:11


Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Muhammad untuk menggalas beban ini kerana janji Allah adalah pasti. Oleh itu kita hendaklah pasang perisai,benteng dan persiapkan diri kita dan berjihad di jalan ini. Seperti dalam firmanNya:


Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.(Al-anfal:60)


Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At Taubah: 41)


Begitulah kita.Usaha amat diperlukan. Mujahadah dalam pegangan dan pendirian kita supaya sentiasa selari dengan jalanNya. Untuk menghadapi exam pun macam tu.Kita kena berusaha dulu.Datang lecture,focus,revision,buat latihan dan macam-macam la,Insya Allah kejayaan akan jadi milik kita jika sampai pertolongan Allah. Ini hanyalah tulisan yang lebih kepada member peringatan kepada penulis. Sama-samalah kita mengubah situasi kita.Memang pilihan milik kita,akan tetapi buatlah pilihan yang betul.Mana yang silap mintak diperbetulkan. Semoga Allah mengampuni dosa diri ini…..


1 Response
  1. betul..rasanya kita pernah dengar semua ini tapi tidak pula merelatekan antara usaha dan pertolongan Allah bersama kehidupan harian.mg sentiasa dierikan ilham oleh Allah utk berpesan2 pd kebenaran melalui coretan2 indah tntg Islam dan kebesaranNya.