Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

TONTON YA DULU



Wah,seronoknya tengok video tadi kan?itulah realiti yang berlaku sekarang.Sedih dengan apa yang berlaku sekarang.Dunia seakan menghampiri zaman jahiliyah.Anak dibuang di sana sini.Sumbang mahram berlaku setiap masa.Pembunuhan juga asyik terpampang di muka akhbar.Rogol,zina apatah lagi.Politik?Berbalik kepada tajuk yang dipilih,sayonara jahiliyah.

Sayonara. Perkataan Jepun.Aku tak ambil bahasa jepun dulu.Aku ambil Arab.Namun tak fasih juga nampaknya.Apakah itu sayonara itu? Kanji ke?Hiragana or katagana.Aku pun tak tahu.Apa yang aku tahu,maknanya “selamat tinggal”. Kelakar juga bunyinya. Namun bila digabung dengan perkataan arab, ‘sayonara jahiliyah’ besar dan menusuk hati betul maknanya.Itulah,selamat tinggal benda-benda jahil.

First sekali,apakah definition bagi jahiliyah. Masa time aku pergi program ini dulu,ramai rakan yang menjawab maknanya.Betul lah.Macam-macam jawapan didengar. Ada yang cakap benda yang bertentangan dengan Islam,benda yang tak elop,dan apa-apa lagi lah. Bagi diri ini pula, jahiliyah itu adalah benda yang menghalang kita daripada Illah kepada Allah.Benda yang berkehendakan atau berlandaskan Hawa. Apakah itu Hawa pula.Hawa pula benda yang menghalang daripada Illah lah. Hahahaha. Makin pening pula aku menjawab.

Tetiba kedengaran lah pula ,seseorang memberitahu yang benda lagha itu pun jahiliyah.Wah,banyaknya aku buat benda jahiliyah kalau macam itu.Seperti mana kita tahu,dalam dunia ini ada dua benda saja.Iaitu baik dan buruk.Hitam dan putih. Tiada kelabu,hijau,pink air laut atau sebagainya. Dulu benda ini sebenarnya jelas. Namun sekarang,pada zaman ini, banyak benda yang kita tak tahu baik ke,buruk ke,duduk di tengah-tengahnya. Lalu ditafsir pula dengan hadith ini.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a,Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang .mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim )

Jelaslah kita kena menjauhi perkara-perkara syubhat.Perkara inilah yang ramai di antara kita tewas. Kadang-kadang kita tengok movie atau drama Korean sampai larut malam,baca anime berjela-jela panjangnya sedangkan banyak lagi benda yang berfaedah yang dapat kita buat. Kita selalu leka dengan perkara yang seperti ini kerana kita memandangnya sebagai tidak salah,namun apakah kita tahu ia adalah sesuatu perkara yang patut kita jauhi. Maka mulalah diri kita ini untuk bermujahadah membuang perkara-perkara yang syubhat ini yang konon-kononnya sekecil-kecil jahiliyah.

Bermula berfikir kenapa kita perlu buang benda-benda yang seperti ini walaupun pada asalnya kita still mentarbiyahkan diri kita. Banyak persoalan berlaku. Namun,cukuplah sekadar anologi gula-gula getah. Andai kata kita terpijak gula-gula getah ketika menuju ke suatu destinasi,pasti kita akan rasa tak selesa dan bermulalah kita berjalan dengan rasa yang kurang selesa.So,apa yang kita kena buat ,kita kenalah buang gula-gula getah itu,kemudian perjalanan kita mulalah lancar ke destinasi yang dituju. So,Nampak tak kaitannya? Gula-gula getah itulah jahiliyah yang kita duk buat hari-hari. Andai kita tak buang benda itu, maka lambatlah kita menuju ke destinasi kita iaitu membentuk individu muslim yang mantap,yang bermanfaat kepada agama.

So bagaimana kita nak mulakan.Terpulanglah kepada kemampuan diri.Apa yang dinasihat kepada diri ini,agar berkeras sedikit dengan diri sendiri dan berlembut dengan orang lain ataupun orang yang didakwah. Lalu diambil lah contoh seperti cerita Abu Dzar dengan Bilal yang bergaduh dan kemudian Abu Dzar mengutuk Bilal seorang yang hitam,lalu mengadulah Bilal kepada Rasulullah saw.Kemudian,nabi saw berkata kepada Abu Dzar,wahai Abu Dzar,sungguh masih terdapat jahiliyah dalam diri kamu. Lalu dengan segera Abu dzar meletakkan kepalanya di hadapan Bilal menyuruh Bilal memijaknya sehingga hilang rasa sedih tersebut. Beginalah contoh yang patut diambil iktibar,maknanya bila kita tahu dan perasan benda itu tak elop,kita perangi habis-habisan(mujadahadah dan istiqomah).

Sungguh,banyak benar jahiliyah dalam diri ini yang patut dibuang dan tak perlu direcycle. Ianya memerlukan pengorbanan yang sangat besar dan nilai istiqamah yang tinggi. Namun,jihad adalah jalannya,dengan berperang dengan nafsu. Ya Allah,Engkau bantulah diriku dalam memerangi jahiliyah dalam diri ini. Moga aku tsabat dalam jalan ini. Kutak ingin pulang ke zaman dahulu lagi,biarlah ia bernoktah di situ tanpa meninggalkan lagu dalam hidupku dalam menuju redhaMu.Kuharap rahmatMu dan pengampunan dariMu. Bantulah diriku melenyapkan dunia gelap jahiliyah ini.Amin.

Dalam mencapai dan berusaha ke arah kemenangan ke atas jahiliyah tersebut yang dipandui nafsu dan didalangi syaitan, kita kenalah bermujahadah sehingga mencapai tahap ‘halawatul iman’,iaini kemanisan iman.


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Ayuh Shah,kamu mesti boleh.Berusaha sungguh-sungguh.Banyak benda yang perlu dibuang. Bekorban ya. Insya Allah ganjarannya amatlah besar. Motivasi buat diri ini yang selalu terpedaya dan terperangkap dalam perangkap syaitan dan nafsu.


3 Responses
  1. anak cikgu mung Says:

    ayuh shah, mu boleh!!!


  2. giler ah peng...sedak ak bace blog mung ning...
    moga molek2 je ah exam mung..

    doh semangat2 nih, jgn lupa nak terus paham..xleh ade kesedaran je..dok jadi..

    papehal pun, all da best peng..
    balik ganu main bola jom..


  3. assalammualaikum..ana mohon copy untuk dikongsikan bersama-sama sahabat2 ..syukran