Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.



Wah,mamat tu asyik bangkang je aku. Tak puah hati betul lah. Lu pehal mat?Duk bagi pendapat yang tak bernas je.Lu piker lah sikit. Macam-macam lah lagi dialog yang dikemukakan.Alasannya hanyalah satu,nak kata pandangan kita betul,tepat.So,bercanggah sampai ke pagi buta sampai tak ketemu titik penyelesaian. Kenapa ya?

Mungkin kadang-kadang apa yang kita pegang itu betul,dan apa yang orang lain cakap agak salah dan tak masuk akal,bersangka baik sahajalah yang yang berkongsi pandangan atau yang memberi pendapat itu tidak jelas akan hal ini. Namun penilaian harus dibuat.Kita harus menghormati pendapat beliau dan cuba tegur atau bangkang dengan cara yang paling berhikamah dan bertoleransi. Tanpa menjatuhkan maruah beliau.Nak-nak teguran kepada pemimpin.

Bukan apa, setiap orang ada egonya,dan kadang-kadang egonya melampaui langit. Aku pun agak tak faham,namun cuba kuertikan perkara ini mungkin disebabkan pegangannya atau cara hidupnya.So,tegur atau nasihatlah dengan berlapik.Seperti mana kita tahu ego masih wujub dalam diri setiap manusia.Seumpamanya dalam kes menasihati si ayah.Andai si ayah buat salah,contohnya tak solat,adakah patut kita nak cakap sama ayah kita,ayah nak jadi golongan neraka ke? Tak pasal-pasal dapat penampar jepun satu.Niat dah betul cara tak kena pula. Sama lah cara kita tegur kawan or pemimpin kita juga,niat nak cakap dia ini tak betul,tapi tersilap langkah kita telah cuba menjatuhkan maruahnya.

Wahai diriku,gunakanlah perkataan yang baik-baik,sesungguhnya tuhanmu menyukai perkataan yang baik-baik.Janganlah dirimu melampaui batas.Niatkanlah yang teguranmu itu adalah ingin memperbetulkan bukan untuk menunjuk dan melawannya.

Wahai diriku lagi,andai kata apa yang kaucakap dia tak berpegang pada kata-katamu itu,walaupun kata-katamu itu amatlah jelas dan benar,hormatilah keputusannya,berlembutlah dengannya,dan cubalah sekali lagi.

Wahai diriku sekali lagi,andai dia tidak mahu menerima kata-katamu,namun dia hormati perjuangan dan kata-katamu,sesungguhnya itu sudah baik daripada dia menentangmu dan membangkangmu. Ianya bermakna apa yang kaukata telah berjaya menyentuhnya. Janganlah engkau mahu dia menerimamu sekeras-kerasnya. Usaha satu langkah lagi,mungkin ianya berhasil.Inilah sebenarnya dakwahmu.Bukannya kamu mahu ianya terhasil dengan sekelip mata,tetapi ia mahu kamu sentiasa berusaha dan berusaha kerana jalanmu masih panjang dan berliku-liku.

Buat diriku,andai kamu ditegur,jatuhkanlah egomu,rendahkanlah dirimu.Kerana yang tinggi amatlah sukar untuk menerima. Biarlah kau dipandang rendah kerana menerima dalam kerendahan,namun di sisi tuhanmu,insyaAllah kau dipandang tinggi.

Buat diriku,andai kau dicanggah atau dibangkang sekeras-kerasnya,janganlah kau melatah pergi,berperang dengan kata-katamu yang petah melawan,kerna kutakut nanti,kau terjatuh dalam perangkap syaitan yang keji,yang ingin membawamu ke arah kejahilan dalam menegakkan kebenaran.Bersabarlah dirimu wahai diriku,sungguh yang benar itu memang pahit kekadang untuk ditelan,berkatalah dengan yang sebai-baik kata dan sentuhilahnya kerna kutakut jika kaupangkahinya,ia lebih berlarutan ke arah kecelakaan.Kau bukannya penghukum,tetapi adalah pendakwah.Mana mungkin pendakwah keluarkan kata-kata kesat dan mustahil sekali jika pendakwah cuba jatuhkan aibnya sedangkan kau mahu dia ikuti kamu,turuti arahanNya.Bukannya kamu mahu dia makin jauh dengan ad-din ini.

Buat diriku,persiapkanlah dengan ilmu.Supaya nanti,lidahmu tak kelu dalam membidas kata-kata.Dalam memikirkan stratergi menyentuh hatinya.Moga kamu menjadi tenteraNya yang siap sedia.Agar kamu betah mengorak langkah.Tanpa ilmu,kutakut dirimu akan tersungkur depan kata-kata lawan.Lalu lawan lebih mengorak langkah dengan lebih berani dan kau seperti membiarkannya.

“ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125).

Dan perangilah di jalan Allah org2 yg memerangi kamu,
tetapi jgn melampaui batas.
Sungguh, Allah tidak menyukai org2 yg melampaui batas.
Al-baqarah(2; 190)


Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.(Al-Israa’: 53)

Wahai diriku,adakah kamu dah ready?Menerima dalam kerendahanmu dan memberi demi kemuliaanNya.
0 Responses