Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Dialog berlaku antara 1 pasangan couple.

Ahmad: Tengok burung gagak tu.Pengotor betul.Kacau aje kan?

Dillah: Aah.Dah ah pengotor. Kacau pemandangan aje.Tak syok lah.

Tadi baru saja kawan dari Birm datang. Kami berjalan di stadium Old Trafford. Biasa lah itu sahajalah tempat yang menarik di Manchester. Bila dah nak balik,diri ini melihat di jendela luar kereta. Nampak lah sekumpulan gagak. Mungkin kita semua kenal akan burung gagak. Apakah sifatnya?ciri-cirinya?Kehitaman,pengotor.Suka saja si burung ini duduk di sampah sarap. Teringat pula satu kata-kata sahabat. Memang betul. Begitu lah burung gagak. Makanan dari sisa buangan sampah itulah menjadi hidangan mereka. Tak muntah ke diorang nih? Pelik. Hehehehe.

Berbalik kepada cerita gagah. Itulah gagak.Tak ada kan yang menarik. Tapi bila melihat akan gagak-gagak tersebut,ingatlah daku kepada sahabat tersebut. Gagak? Semua orang benci akan ia. Kalau boleh nak tembak je. Tapi,lihatlah gagak itu.Satu minit sudah lah. Di sampah sarap itu mereka cari makan. Dia tidak pedulikan akan sekelilingnya. Gagak yang hitam dan pengotor itu. Selepas sampah itu dimakan,kita lihat akan sampah-sampah itu.Selepas mereka makan, wah bersih lah sedikit kawasan itu. Kadang-kadang,pekerja MBKL pun berterima kasih kat diaorang nih.


Gagak-gagak ini walaupun diusir,ditohmahkan dengan kata-kata yang kesat barangkali,ia tak peduli pandangan orang.Ia berbuat sesuatu. Ia bersihkan kawasan itu. Tetapi mengapa pandangan orang begitu? Inilah pandangan kita. Kita sering melabel orang-orang yang penuh dengan kisah silam hidupnya bahawa orang itu jahat,tak mungkin berubah,tiada harapan untuk mereka.Namun,tengoklah apa gagak itu buat.


Bukan nak suruh bersihkan tempat itu macam gagak.Kalau nak bersih boleh jugak.Tapi persoalannya,pandangan kita.Mungkin seseorang itu dulu bukannya baik sangat,tetapi jika dia berbuat kebaikan,maka berilah markah kepadanya.Janganlah hukumnya. Sesungguhnya kita adalah pendakwah bukannya penghukum.Kekadang apa yang kita buat adalah kita try psycho dia.Kita sendiri yang silap. Kita sendiri mahukan orang-orang macam ini kembali ke pangkal jalan. So,kita kena letak pengharapan kepada mereka. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.


Lagi satu perkara yang ingin ditekankan di sini adalah diri kita ini.Jika kita mahu berubah atau berbuat baik,usah pedulikan pandangan orang yang memandang sinis terhadap kita. Itu adalah permulaan.Ujian buat kita untuk berubah dan istiqamah dalam jalan ini.Bukan mudah untuk istiqamah itu.Lalu Allah yang sayang akan kita lemparkan ujian itu.Supaya kita kuat.Allah pilih kita. Kemudian diuji. Sesungguhnya Muhammad itu kekasihNya,dan Muhammad itulah yang paling diujiNya. Muhammadlah yang berdarah di Thaif.Muhammadlah yang mahu dibunuh ketika hijrah.Muhammadlah kekasihNya. Tetapi Muhammadlah diuji.Oleh itu,jika kita nak berubah,bila orang mula katakan sesuatu ,memandang sinis,pedulikan mereka.Itu hanyalah cubaan dan ujian.
Dan hanyalah permulaan saja.

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”(Surah al-Baqarah [2]:214)

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut [29]:2-3)


Sesungguhnya sebelum Allah memilih seseorang untuk menjadi tenteranya,menjadi penyeru kepadanya,menjadi orang yang mahu menjadi baik ini,pastilah ia diuji. Supaya yang terpilih dan diplih itu adalah yang setulen-tulennya,yang mantop lah.Benar,diri ini sendiri jua mempunyai sejarah hitam sendiri. Dan bila mahu berubah ada lah orang cakap begitu,begini.Namun,syukur Alhamdulillah,segala puji baginya,subhanallah,Dialah segala-galanya hingga diri ini menjadi diri seperti sekarang.Moga Dia membenarkan diri ini thabat dalam jalan ini.

Ya Allah,sesungguhnya diri ini lemah.Andai diri ini dipandang tinggi,berbuat baik seperti gagak tadi itu adalah rahmatMu,dan ianya amat hina lagi bagi diriku untukMu . Ampunkanlah dosa ini.Terimalah taubatku.Penulisan ini hanyalah sekadar luahan hati yang lebih kepada penulis untuk istiqamah dengan apa yang ditulis.Marilah kita jadi seperti Gagak. Berbakti dan berguna kepada masyarakat,dan Agama kita ini.

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (istrinya) dan aku (Nabi SAW) adalah sebaik-baik kalian bagi keluargaku" (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Jom bermanfaat kepada orang ramai.Macam burung ini.Biarlah orang kata apa.Sesunggahnya Allah menyukainya.
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    salam,menarik artikel ni..
    pasni gagak la pilihan utama ak dr burung merak..
    thanks bg peringatan...=p


  2. aku nak jadi burung merpati sejoli.wu3