Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
Mataku mahu saja dipejamkan.Namun,tak dapat jua.Batuk pula tak baik lagi.Terdampar di meja study kertas-kertas yang perlu direvise lagi.Dari note,latihan supervision dan past paper yang masih belum lagi habis dibelai. Masalah makin mendatang. Cubaan katakan. Muzik Izzatul Muslim berlegar melagukan serta merancakkan seterusnya menaikkan semangat ingin jihad,inilah jihadku.Kertas-kertas ini perlu ditelaah semuanya.Insya Allah.
Kesihatan agak tidak stabil. Moga batuk-batuk ini lekas sembuh. Ubat batuk dah ditry. Namun,hasilnya agak tak menentu.Barangkali tuhan masih tak izinkan. Mungkin masih ada dosa yang ingin dihapusi dengan ketidakstabilan kesihatan ini. Kugagahi juga pegang pen ini. Nanti terlena pula di katil.Nanti lah jap.Rasa macam nak menulis.Boleh mengadu sikit.Moga Allah permudahkan. Dengan cuaca yang tak menentu sekarang,kenalah berusaha sedaya upaya untuk jaga kesihatan.
Macam-macam lah pula planning for summer ni.Apa-apa pun familyku yang aku rindu sangat-sangat aku nak raikan dulu.Apa-apa pun tengah nak kumpul semangat nak memulakan semula kayuhan usaha menuju jihad belajar ni.Kenapa pula aku perlu berusaha ini? Sudahlah aku kurang sihat. Teringatlah pula firman Allah.
" Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya."
.:. al-anfal 8:60 .:.
So,aku kenalah persiapkan sedaya upaya diriku.Terutamanya untuk menjadi individu muslim yang mantop.Susahnya. Benar.Berat sangat-sangat.Dengan kisah silamku yang seribu macam.Ditambah pula dengan sifat itu dah jadi macam sebahagian hidupku.Nak tak nak,kenalah jua bermujahadah. Terkena pula dengan ayat ini.
Firman Allah Taala : “ Berangkatlah kamu dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ”( At-Taubah:41)
Bayangkanlah,shabat nabi saw ,tika Abu Talhah r.a membaca surah At-Taubah sehinggalah apabila sampai kepada ayat ini beliau telah berkata : “ Sediakan aku untuk berperang wahai anakku ”, anaknya menjawab : “ Allah telah merahmati kamu, sesungguhnya kamu telah berperang Rasulullah sehingga baginda wafat, dan bersama Abu Bakr r.a sehingga beliau meninggal, dan bersama Umar r.a sehingga beliau wafat, maka sekarang kami akan berperang bagi pihakmu.”. Tetapi beliau menolak dan meninggal ketika bersama tentera merentasi lautan. Mereka tidak menemui benua untuk ditanam jenazah Abu Talhah sehinggalah selepas sembilan hari. Apa menjumpainya beliau telah ditanam dan keadaan beliau tidak berubah sedikitpun.
Inilah salah satu motivasi buatku.Meskipun aku hanya batuk sikit-sikit,ditambah dengan keadaan malas.Sambil teringat kisah nabi Allah iaitu Nabi Ayub a.s yang diuji dengan pelbagai ujian dan penyakit. Moga inilah menjadi motivasi buatku.Nah,ini bukan halangan.Aku harus persiapkan diriku.Di sana Palestin memanggilku. Ditambah dengan lagu izzatul islam yang berkumandang menambah semangat ini.Aku harus angkat kepalaku,bantal ini kacau betul lah. Lantas,aku buka mata luas-luas.Wah,segarnya. Aku mula study tika itu.Tetiba saudara Aslam dari Soton bertanya khabar.Rindu barangkali sahabatku ini padaku.Dah agak lama tak pillow talk ni.
Ya Allah Ya tuhanku,Ya Rabb.Di jam 2.02am bersempena hari guru ini,kupohon padaMu berkatilah mereka guruku yang berjasa padaku. Berilah mereka pahala,berkahkan hidup mereka.Rindunya pada cikgu-cikgu.Dan sembuhlah diriku.Kurniakanku sabar dan semangat untuk bermujahadah tika ini dan selamanya.Jangan biarkan diriku menentukan dengan diriku sendiri.Ku sungguh tak mampu.Titisan duka hingga terjaga.