Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Semua itu dilalui oleh manusia yang melangkaui 17tahun atau sinonim dengan form 5 bagi yang tahun lompat barangkali (advanced).Banyak barangkali kenangan yang dirasai.Seperti mahu saja kembali ke alam itu semula. Namun di sebalik omongan itu,terselit rasa kekesalan yang teramat sangat.Masa yang dibazirkan. Suatu perjalanan yang tanpa tujuan dan landasan. Kehidupan yang disia-siakan.Dan kebongkakan diri mengikut arus hawa memandui hidup saat itu.Aku adalah raja bagi diriku. Semua kehidupanku,sudah layak untukku tentukan,uruskan.Mak dan abah hanya perlu setuju sahaja.Cikgu tika itu hanya layak sebagai pengajar,bukannya pengasuh dan pendidik.Buat apa?Diri ini dah besar.Nanti masuk university kenalah handle sendiri.Benar.Semua itu benar dan betul.Namun,adakah ianya berlandaskan panduan dan ketetapan yang disuruh olehNya.

Bagi yang mengenali diri ini tika masa dulu,itulah hidupku.Egoku ditonjolkan agar menjadi sebutan.Perbuatan yang biasa remaja-remaja kini lakukan menjadi seakan kebiasaan.Lepak perkara biasalah.Itulah sinonim kepada remaja.Hidup bermotifkan ENJOY.Tika itu, melihat ketakburan dalam menuntut ilmu.Ya,betul.Akulah yang dilihat seakan pandai di situ.Ya,betul.Tanpa aku study mana pun,result aku gempak jugak. Malas pula nak mengomen diri tika lampau.Cukuplah ia menjadi sandaran hidup berupa pengajaran dan sempadan buat diri tika ini.

Apa yang ingin diri ini kongsi hanyalah kehidupan kita.Kalau kita kembali kepada sirah.Andai kita fahaminya dengan mata hati kita,pasti kita akan kesal dengan kehidupan 17tahun itu dulu. Benar. Masa kita bazirkan,berjalan sakan,tanpa mengerti apa yang kita turuti. Dalam sirah menggambarkan,menceritakan tentang kehidupan para-para sahabat dan orang-orang mukmin.Ingin kukongsi cerita Muhammad Al Fateh.

Siapa beliau

Sultan Muhammad Al Fateh (محمد الفاتح) atau yang disebut juga Mehmed II The Conqueror. Saat kelahirannya pun sudah terdapat isyarat bahwa dia nantinya akan menjadi orang besar yang membuat sejarah besar. Ketika berita kelahirannya disampaikan, ayahnya, Sultan Murad II sedang membaca Al Quran tepat pada Surat Al Fath ayat 1:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.”

Menjelang kelahirannya, Sultan Murad sebenarnya sedang mempersiapkan penyerbuan ke Konstantinopel (Constantinople), ibu kota Kekaisaran Romawi Timur atau Byzantium. Setelah anaknya Muhammad lahir, datanglah seorang ulama besar Islam ke istana Sultan dan beliau mengatakan bahwa bayi itulah yang nantinya akan menaklukkan Konstantinopel seperti sabda Rasulullah SAW:

“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.Insya Allah akan kuceritakan cerita Abu Ayyub Al Ansary ra jika ada kelapangan.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan beribuan tenteranya.
Pada usia 19 tahun beliau naik tahta menggantikan ayahnya. Mulailah persiapan penaklukan dilakukannya. Beliau mendidik tentara dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang ertaqwa. Seluruh tentara dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Tuhan. Sebaliknya di siang hari mereka adalah singa-singa yang berjuang di jalan Allah.

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.

Setelah persiapan matang, dimulailah penyerbuan ke Konstatinopel. Perang yang hebat berkecamuk lebih satu bulan, belum juga tampak tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran mendekati benteng Romawi di tepi Selat Bosphorus tersebut karena di taut pasukan Romawi memasang rantai-rantai berukuran besar yang sangat panjang hingga menghalangi kapal yang akan mendekat. Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu.

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh .

Nah inilah tika waktu itu.Walaupun penceritaannya adalah serba ringkas berdasarkan sumber yang diperolehi,namun dirasakan ianya sudah cukup untuk kita menggambarkan tentang kehidupan remajanya yang jauh berbeza dengan kehidupan kita.Muhammad Al-Fateh lah pemuda yang diri ini kagumi.Sungguh,diri ini bersama-sama rakan usrah telah pergi ke Instanbul(Constantinople) untuk melihat sendiri kesan-kesan itu.Betul,memang bukit itu tinggi.Kami sendiri penat berjalan mendaki dan menuruni bukit itu. Dan tika itu sudah ada jalan raya.Mengimbau keadaan dulu,hanya berlautkan pohon-pohon kayu tentera-tenteranya meredah.Bukan itu saja,aanya adalah satu perjalanan yang panjang dan memenatkan.Bayangkanlah hanya satu malam?Subhanallah.Ini adalah rahmat dan anugerah Allah.Namun di sebalik peristiwa itu,terkenang kepada Turki kini.Inilah sebenarnya tugas kita remaja kini.

Bayangkanlah kubazirkan masa dulu dan sekarang bertatih untuk bangun. Jika kita tak dapat terbang dengan laju,berlarilah.Jika tak mampu,berjalanlah.Andai tidak jua,merangkat lah…Namun jika keterbatasan jua,usahalah walaupn 1mm ke hadapan.Kita perlu bangun. Doakanku agar terus mara.Jom kita cintakan JIHAD ini..

Tulisanku ini hanyalah lebih kepada diri beristiqomah dalam jalan ini..Aku tidak mahu kembali seperti dulu…Ampunkanku Ya Rahman. Ayuhlah pemuda harapan.


3 Responses
  1. MaTPa Says:

    oi awang paker...
    pe kabo lening??


  2. mat pa yg sombong...tau la hnsem
    aweq rmai