Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Selesai solat Isyak di Furqan,aku yang sudah kehabisan paper pertama dapatlah relax sikit. Alhamdulillah,dapatlah jawab walaupun tak berapa ok sebenarnya.Definition tak ingat. Balik daripada masjid kami berbual ala berkongsi pandangan. Teringat kupernah berchatting dengan seorang kawan yang memang nak berubah.Malangnya dia merasakan bahawa dia tak berapa ngam dengan golongan yang membawa Islam ataupun buat kerja dakwah ini. Aku pun try lah mengorek serba sedikit darinya.Lalu aku bincangkan perkara ini dengan Anas.Agak panjang lebar dan lama kami berbincang.

Benar ,ketika aku masih berada dalam keadaan jahiliyah dulu,aku faham dan mengerti kenapa perkara ini difikirkan dan diperkatakan oleh golongan-golongan yang berada dalam kegelapan. Seterusnya aku cuba untuk menilai dengan berbincang dengan Anas.Mungkin dia ada pandangan. Kemudian,aku try buat satu pemerhatian dan hipotesis awal barangkali. Bagaimana kejayaan dakwah itu terhasil,ataupun bagaimana hati seseorang ini tersentuh.Memang Allah yang membuka pintu hati seseorang,namun peranan kita juga terselit sebagai usaha ke arah tersebut. Oleh itu,kita kena pandai tackle perkara ini.Aku pun tak berapa faham dan pakar sebenarnya.

Lalu timbullah persoalan kasih sayang di sini. Sebenarnya apa yang aku fikirkan adalah berdakwah dengan kasih sayang,dan bukan sekadar rasa tanggungjawab. Oleh itu,kita tidak akan try menekan seseorang yang kita ingin bawa itu barangkali dengan sehabisnya tanpa memperdulikan perasaannya andai dilaksanakan dengan tanggungjawab sahaja. Memang kita digalakkan untuk menyemai kasih sayang antara kita semua. Barulah hidup ini harmoni. Namun,sejauh mana kita cuba praktikkan perkara ini. Kerana bagiku,bila kita buat kerana tanggungjawab kita hanya menjalankan peranan kita sekadar keperluan ataupun kerana untuk lepas daripada tanggungjawab tersebut. Namun,sejauh mana keberkesanan hal tersebut? Apa yang akan dipengaruhi daripada benda ini. Ini kerana mungkin kita akan teringin satu hasil yang cepat,bukannya beransur-ansur tapi mantop. Kita mahukan dia betul-betul kena terima dan ianya seperti satu kemestian dan paksaan.Namun,kurasakan ianya tidaklah salah mungkin perlu bincang lagi kot perkara ini.

Lalu kenapa kita kena semaikan kasih sayang? Dan lagi satu kenapa kasih sayang ini begitu penting dalam dakwah ini. Kenapa perlu lakukan kerja ini dengan satu unsur ini? Analoginya seperti seorang bapa yang menjaga anak dan mendidikatau membela anaknya dengan kasih sayang dan seorang lagi dengan kasih sayang.Kita tengoklah hasilnya macam mana?Si bapa yang lakukannya kerana tanggungjawab hanya beri makan kepada anak,beri pendidikan,dan sekadar lepas tanggungjawabnya sahajalah.Namun bagi si bapa yang sayang anak-anaknya,dia akan buat betul-betul,bersabar,walaupun ianya proses yang panjang,kerana apa? Kerana dia sangat sayangkan anaknya itu.Dia mahu anaknya dapat yang terbaik.

Allah taala berfirman: Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. (3:159)

Oleh itu janganlah berkasar dan menegur mereka dengan cara yang keraskerana kadang-kadang ianya menjarakkan diri kita dengan mereka. Buatlah dengan berhikmah dan sopan.Mungkin dalam sesuatu perkara kita kena berkeras,namun cubalah kita try sesuaikan dengan keadaan.

Pengalaman hidupku sendiri dapat memberi sedikit gambaran akan hal ini. Tak semua daie faham akan situasi diri. Kekadang diriku berasa ada gap antara aku dengan golongan ini dahulu. Tak boleh masuk ah senang cerita. Sebab kadang-kadang diaorang tak ngam,tak selami kita. Oleh itu,apa yang kucuba fikirkan adalah untuk kurangkan gap ini.Bina hubungan dengan diaorang. Jangan terlalu mengharap mereka untuk sangat berubah cepat-cepat kerana kadan-kadang ianya sesuatu yang agak mustahil.

Sebaliknya kita kenalah bersabar dan memainkan peranan penting selain bekerja keras. Sampaikan lah dengan penuh kasih sayang bukan sekadar tanggungjawab. Seperti ku jua,aku tak mahu orang-orang ini buat macam aku buat dahulu,sebab memang aku rasa benda tu memang sia-sia. Sebab sayang akan kenkawan nih. Selain itu,nak menunjukkan yang aku ini izzah,bangga,ataupun apa yang aku dapat sekarang ini perlu kawan-kawan rasa kerana ianya adalah nikmat yang terbesar. Tetapi pelaksanaannya agak sukar. So,kenalah bekerja keras.InsyaAllah,dipermudahkanNya.

Suka untuk aku kongsi pandangan ini. Mula-mula segan jua untuk bina hubungan,berkawan kerana kasih sayang dan ukhwah yang berteraskan kerana Allah.Namun,setelah senior-seniorku telah praktikkan di sini,inilah yang ingin dikongsi.Indah. Sebab sesungguhnya Islam itu sangat indah. Namun,kekadang kehendak nafsu yang diikut dalam mencari makna indah dalam kehidupan.

Oleh itu dalam menyemai kasih sayang sesama kita ,apa yang kita kena lakukan adalah berbuat kebaikan dengan mereka.Dan dalammembina hubungan jua begitu. Kena berbuat kebaikan terhadap mereka supaya kasih sayang ini dapat diterap dalam diri kawan-kawan kita. Semaikannya hingga ia bercambah dalam hati kawan kita agar ia tersentuh. So,dalam menyentuh atau berdakwah dengan kawan-kawan kita terutama golongan yang agak jauh dengan agama,janganlah terlampau push,dan inginkan hasil yang cepat,semaikan kasih sayang,ukhwah dan berbuat kebaikan. InsyaAllah,Allah akan permudahkan.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda "Kata-kata yang baik itu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Dzar r.a. berkata: "Rasulullah saw bersabda kepada saya: "Janganlah sekali-kali kamu meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya dengan menyambut saudaramu dengan muka yang manis".

Dari 2 hadis tersebut, ternyata kita perlulah merendahkan hati kita dalam kita bergaul dengan manusia/masyarakat, kerana sunnatullahnya manusia ini adalah begitu, sukakan kebaikan, sukakan kasih sayang, maka, marilah kita menjadi contoh kepada kawan-kawan kita, biarlah kita yang jadi orang yang paling baik, paling ramah, paling mudah diminta tolong, paling bersabar dan lain-lain. Untuk ini amat penting untuk sebarkan kasih sayang.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
[رواه البخاري ومسلم

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)
1 Response
  1. Anonymous Says:

    stuju sgt..=)