Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Alahamdulillah,segala puji bagi Allah dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

Terima kasih Allah kerana menciptakan perasaan indah dan gembira untuk hati ini.Sungguh dan benar,ianya tak dapat digambarkan walaupun dengan sebait kalam ini.Apakah yang membuatkan diriku happy nih? Sebenarnya,tadi lebih kurang pukul 8.00 am lebih waktu Malaysia,tanggal 16 Mei 2009,aku telah menelefon cikgu-cikgu Sesma.Gembiranya sangat-sangat.Alhamdulillah,rinduku terubat dek rindukan orang Malaysia.

Mula-mula,selesai saja kerjaku tadi,aku terus capai handphone lamaku,dan memicit buttonnya.Mencari nombor-nombor handphone cikgu Sesma. Mula-mula aku try lah call cikgu kesayangan aku,Cikgu Paezah. Tapi cubaan tak Berjaya.Kedengaran seorang mamat telah menjawab panggilan dan berkata salah nombor.Apakah?Baru saja nak wish “Selamat Hari Guru”.

Tak apalah kucapai semula handphone lamaku,dan memilih cikgu lain pula.Yes,Teacher Norziah menjadi mangsa. Teacher,happy teacher’s day.He3…Tergelak saja aku. Rupa-rupanya beliau sedang memandu dan menuju ke kedai. Tiada hadiah buat teacher.Teacher hanya ketawa dan berkata,”cukuplah dengan ucapan ini.Alhamdulillah,teacher masih sihat seperti dulu.Walaupun tidak dapat bersembang lama,namun ianya sudah memadai.Terima kasih teacher.Berkat ilmu teacher dapat juga saya dapat A1 dalam SPM walaupun englishku memang tak berapa ok sebenarnya.

Kemudian,kuteringin lah pula menelefon cikgu menengah rendah.Mangsaku kali ini adalah ibu Aslam,Cikgu Rosany@Niky. Cikgu Niky ini merupakan guru kelasku tika aku form 3.Juga mengajar Math time form 3.Merupakan seorang cikgu yang tegas.Pernah beliau tak bagi aku amsuk kelas tambahan untuk pelajar PMR sebab aku datang lewat. Kenangan dahulu.Tersengih pula bila dikenang kembali. Terima kasih cikgu.

Seterusnya aku try lagi call Cikgu Pae.Yes…Alhamdulillah.Dapat juga.Lamanya kami berbual.Macam mak dengan anak la pula.Cikgu banyak berkongsi cerita.Menarik semuanya.Membandingkan batch-batch yang diajarnya. Sungguh pilu bila terkenang batch aku yang kurang cemerlang. Tak apalah,iktibar buat diri ini. Hampir satu jam atau lebih kami berbual.Cikgu Pae ni garang orangnya.Pantang orang lebih kurang dengannya.Silaplah student kalau buat macam tu.Nak kena sembelih lah Nampak gayanya.Gayanya seperti Cikgu Norshidah yang garang.Hehehehe.Maafkan saya cikgu tercerita perihal cikgu pula. Tapi,aku memang sangat sayang sama Cikgu Pae nih. Hehehehe.Tak apa lah,garang-garang pun.Paling kurang beliau buat macam itu sebab sayangkan aku.


Antara yang dinasihatnya agar belajar elop-elop.Jangan kahwin lagi.Hehehe.Memang tak nak kahwin pun lagi. Nanti bila balik Malaysia,jangan lupa lapor di Sesma.Sharing dengan junior pengalaman hidup.Supaya menjadi iktibar buat mereka.InsyaAllah cikgu.Saya dah prepare sikit-sikit.Moga Allah beri kekuatan pada saya. Dan insyaAllah bermanfaat apa yang akan saya kongsi dengan adik-adik junior Sesma.Perbualan terhenti kerana menunaikan subuh berjemaah di masjid.

Setibanya di rumah selepas subuh,saya terasa rindu la pula pada Mr Mahadzir,guru math and further math di KYUEM.Lalu terus nombornya didail dan berbual lah kami kira-kira 15minit.Alhamdulillah,beliau juga sihat.Gembiranya…..

Terima kasih para cikgu semua. Budi baik cikgu semua takkan saya lupakan.Moga segala yang baik cikgu curahkan akan dibalas berlipat kali ganda oleh Allah di akhirat nanti. Benar,manusia mati meninggalkan belang,guru mati meninggalkan nama.Tanpa guru,tiadalah doctor,tiadalah engineer.Kerana dari guru tadikalah doctor itu dididik,diajar.Akhir kata saya sayang cikgu semua sangat-sangat kerana Allah. Muahhhhhhhhh.

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

Nah,inilah kredit buat guruku yang mengajar bukan sahaja dengan penuh tanggungjawab malah dengan santapan kasih sayang mereka..

seperti kata Umar al-Khattab:

Aku akan menjadi hamba bagi sesiapa pun yang mengajarku walau satu huruf

Ali Karamallahu wajhah juga pernah berkata:

"Aku ini hamba kepada sesiapa yg mengajarku walaupun satu huruf"

Dan juga kisah seorg sahabat(x ingat sape) yg menghormati seorg yahudi, lantas tindakannya dipersoalkan oleh sahabat yg lain...lalu dia menjawab dengan tenang, bahawa yahudi itu telah mengajarnya satu perkara, lantas dia bersyukur dan menghormati yahudi tersebut.... insyaAllah, semoga kite menjadi seorg hamba yg sentiasa bersyukur mahupun manusia dan juga pencipta kita..Allah azzawajalla~

seperti dalam hadis nabi:

"man la yashkurinnas, la yashkurillah"
maksud: "siapa yg tidak bersyukur kepada manusia, tidak akan bersyukur kepada Allah"

Terima kasih cikgu
kerana sudi ajar saya
hingga kenal merah biru
jadi pula manusia


0 Responses