Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Aku adalah seorang pelajar.Kehidupanku jua adalah berkisar tentang belajar.Perjalananku juga untuk ajar dan belajar. Namun,pernahkah aku melihat di mana nilai ilmu itu? Pernahkah aku mengungkaikan makna ilmu dalam hidupku? Benarkah aku hanya berilmu tetapi tak beradap sebenarnya? Aku cuba menyingkap persoalan ini dengan catatan sejarah yang kubaca buat panduan dan pedoman bagiku agar aku tidak menjadi orang yang sombong kerna ilmu tapi kerna ilmu aku tunduk. Setujukah kita jika aku katakan bahawa tempat yang paling bawah atau rendahlah yang baling banyak air bertakung daripada tempat yang lebih atas daripadanya? Begitulah,air mengalir dari tempat tinggi ke tempat rendah. Itulah ilmu,makin rendah diri kita mahukannya,makin melimpahlah ilmu yang berkah yang akan kita perolehi.Ingin kukisahkan dalam penceritaan dahulu akan tempatnya ilmu tika itu.

Pada zaman pemerintahan islam tika masa dulu,tika islam berjaya menguasai dunia,tika ilmuan islam ramai yang mendalami ilmu. Tika Khalifah Harun ar-Rasyid mendengar ketinggian ilmu Imam Malik dipanggilnya utusannya untuk memanggil ulama ini.Dari orang bawahannya ,dia sering mendengar tentang kitab karangan Imam Malik iaitu kitab al-Muatta’.Ianya dibahas di dalam masjid. Lau pegilah utusan ini,namun Imam Malik tidak mahu datang ke istana.

Khalifah Daulah Abbasiyah ini memberitahu tujuannya supaya mengajarkan dua puteranya kajian kitab tersebut melalui utusannya.Namun, saat hal itu sampai pada Imam Malik,dengan tegas dan lembut beliau menjawab “Semoga Allah memberikan kejayaan kepada Amirul Mukminin.Ilmu ini datang dari baitun nubuwwah.Jika kamu memuliakannya ,ia akan mulia,atau sebaliknya. Ilmu harus didatangi,bukan mendatangi”. Lalu hendak dihantar anaknya ke masjid itu,tetapi berkata lagi Imam Malik,”Boleh tetapi dengan syarat tidak melangkahi jemaah yang datang terlebih awal,anakmu harus rela duduk di mana saja yang tersedia buat mereka”.

Sikap penghulu bagi mazhab Maliki ini menunjukkan betapa tingginya nilai penghargaannya terhadap ilmu ini.Dia tak mahu ilmu dilecehkan walaupun oleh seorang khalifah sekalipun. Kalimatnya masih terngiang di telinga para pencinta ilmu hingga sekarang.(Ilmu harus didatangi ,bukan mendatangi).

Kenapa ya sampai tingginya ilmu ini dipandang olehnya? Ini kerana menuntut ilmu adalah tradisi para ulama.Mereka mengembara berbulan-bulan demi mendapatkan sepotong hadith sekalipun.Mereka rela tak tidur semalaman untuk menghafal,mengkaji ilmu ini. Antara tradisi ulama dulu,mereka biasanya tidur awal,dan bangun di sepertiga malam bukan sahaja untuk beribadat malam,malah untuk menelaah ilmu tersebut.Inilah pengorbanan ulama demi ilmu sehingga berjaya mengumpulkan berjilid-jilid tebalnya untuk kita sekarang.Dan betapa tinggilah nilai penghargaan terhadap ilmu tersebut.

“Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Al-Mujadalah:11)

Marilah kita lihat kedudukan seorang alim( berilmu) berbanding dengan seorang abid(yang beribadat).

Rasulullah bersabda:

Maksudnya:”Ketahuilah seorang alim daripada seorang ahli ibadah,ianya seperti kelebihanku terhadap orang yang terendah di kalangan kamu”.

Muadz bin Jabal pernah berkata,”Carilah ilmu pengetahuan .Sebab mempelajarinya kerana takutkan Allah adalah ibadah,mempelajarinya beerti tasbih,membahasnya jihad,mengajarkannya sedekah dan mencurahkan kepada ahlinya merupakan pengorbanan. Ilmu ibarat teman ketika bersendirian,dalil agama dan pembantu saat suka dan duka. Ianya sahabat karib tika kita sepi dan teman yang paling baik dan dekat serta merupakan cahaya jalan menuju ke syurga. Dengannya Allah mengangkat martabat umat,lalu dijadikanNya mereka pemimpin dakam perkara kebaikan."Andai kita tak percaya akan kata-kata ini,lihatlah sejarah dulu.Kerajaan Abbasiyah suatu tika dulu pernah menaungi dunia dan amat terkenal dengan tokoh-tokoh ilmuannya.

Pada suatu kesempatan dulu jua,Umar Al-Khatab pernah berkata,”Wahai manusia,kamu wajib menuntut ilmu.Sesungguhnya Allah memiliki selendang kemuliaan.Barang sesiapa mencari satu bab ilmu sahaja,nescaya Allah akan membalutinya dengan selendang kebesaranNya”.

Imam Ahmad jua pernah mengungkapkan,”Manusia amat memerlukan ilmu daripada keperluan mereka pada makanan dan minuman.Kerana makanan dan minuman hanya diperlukan dalam sehari dua atau dua kali,sedang ilmu diperlukan pada setiap masa”.

Pastinya tradisi menuntut ilmu bukan sekadar just mengumpul sahaja tanpa kita komited mengamalkannya. Ianya amatlah jauh berbeza dengan external,hard disc,disket atau whatever. Pernahkan kita dengar ilmu tanpa amal ibarat pohon yang rending tetapi tak berbuah. Ilmu tanpa amal hanya akan menghasilkan perdebatan dan alat mengaut keuntungan dunia semata-mata.

Yang dimaksudkan dengan ilmu dan kemuliaan dalah adalah ilmu yang bermanfaat. Aspek seterusnya adalah pengamalan ilmu itu berunsurkan keikhlasan.Jika tidak,ianya sia-sia.Ianya kan membuahkan takbur,riak,bangga dan sombong.

Bersedialah kita dalam mengaut ilmu yang betul-betul berguna dan bermanfaat.Di dalam keadaan sekarang amatlah sukar bagi umat Islam mendahului kaum kafir walaupun jumlah kita ramai ibarat buih di lautan,tetapi digonggong anjing bertaburan. Ini kerana kita masih jauh ketinggalan dari sudut ilmu pengetahuan,penerokaan,penghayatan ilmu,teknologi serta inovasi dan ketamadunan(ada ke?). Jika tidak kita atasi,kita masih akan dipijak lagi. Ayuh bangkitlah kita,umat Muhammad,umat yang mengaku umat Muhammad,janganlah bermimpi lagi di siang hari,nanti kita teraba-raba mencari di mana perginya arah ini.

Ingatlah kita adalah yang terbaik.Betul 'Cream of the cream' katakan.Ilmu itu milik kita.Milik umat Islam.Kebanggan dan kemegahan itu milik Islam. Kenapa kita harus akur pada mereka yang tak bertuhankan Allah. Kenapa kita harus berdiri di situ lagi.Ayuhlah kita isi dada kita dengan ilmu supaya tamadun kita boleh dibina semula.Benar kita adalah yang terbaik dilahirkan.

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”(Ali-Imran:110)

Ikutilah prasyarat ini,dan bangkitlah kita.Kejarilah ilmu ini seakan kau mengejar keredhaanNya,kemuliaanNya. Hargailah ilmu dan tuntutlah sebanyaknya.Moga bermanfaat kerana kita sentiasa perlu bersedia dari segenap dan segala aspek termasuk ilmu pengetahuan bagi menggegarkan tentera musuh atau kaum kafir.

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (Al-Anfal:60)

Lalu tuntutan pertama setelah nabi saw menerima wahyu pertamabermula dengan iqra'.Bacalah..Menyambut seruan kepada tuntutan menuntut ilmu buat menerajui kejayaan kita bersama,kejayaan umat ini supaya sebagai panduan dan pedoman hidup di dunia ,moga agar selamat di dunia dan berbahagia di akhirat kelak.


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(Al-'Alaq:1-5)

Ya Allah berkatilah ilmu yang Kau berkan padaku. Perbanyakkanlah dan buahkanlah hasilnya melalui amalku.Sungguh aku amat hina tanpa petunjukMu itu. Jauhkanku dari takbur kerna ilmuMu yang sedikit yang kau berikan padaku itu.Hindarkanlah diriku dari musuhku,sifat malasku itu.Aku berlindung dariMu dari sifat malasku ini. Ameen.
1 Response
  1. wah, panjang entry mung, lain kali lepas exam aku baca...

    yang penting teruskan mentarbiyah diri, teruskan menulis dan teruskan menjalankan tugas sebagai da'ie...

    semoga terus tsabat dan maju.

    salam sayang dari ahl Zilal