Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Assalamualaikum wbt…..ukhwah fillah
Sebut saje pasal exam mesti semua orang duduk cuak..Wah exam(gaya adam tam/n)..Tapi itulah manusia,bila benda itu berlaku di hadapan mata kita,barulah kita nak berusaha giler2.Siang dan malam.Di kelas kita betul2 fokus bab kata afif.Kelas tak mahu tinggal.Malam pulak kita simpankan untuk berjaga malam.Untuk apa?? Untuk exam inilah.Nak2 dah nak masuk bulan 5.Pertengahan Mei ini exam dah mula.Maka bermulalah kita ni diari sebagai seorang pelajar. Berushaha sungguh2.Demi apa? Nak dapat 1st class. Wah tensionnya..belajar dan belajar. Pukul 1 belum tidur lagi,pukul 2 masih terjaga,aik pukul 3 pulak dah..Tunggu subuh katanya.

Tetapi kita sebenarnay lupa,bhawa tiap2 hari sebenarnya exam.Betul..Kita tengah exam ni.Kita sedang diuji,so dalam perkataan lain,kita tengah menduduki exam lah ni skrg. Kerana ape? Sebab Allah sedang menguji kita.Kita ni sebagai manusia selalu je lupa.Apa bezanya exam kita yang kita tulis atas kertas dengan exam yang kita tengah buat sekarang ni?apa ya???Aku pun tengah fikir sebenarnya. Mungkin exam kita jwb tu,kita boleh resit .Tapi exam yang kita tengah buat skrg? Sesungguhnya Allah telah banyak bersumpah dengan masa.Contohnya banyak yang terdapat dalam surah2 last juzuk 30.Demi matahari,demi bulan,demi waktu duha,dan lain2 lagi. Salah satu yg cukup femes.

Surah al Asr.
• Demi masa. (QS. 103:1)
• Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, (QS. 103:2)
• kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

So,sebab itu kita hanyalah mementingkan exam yg kita nak jawab nanti,Supaya tak payah resit.Jangan gagal.Nanti sponsor marah.Tapi exam yang kita jawab sekarang ni?Exam nanti kita tahu berapa jam,bila harus berhenti namun exam ini?
“sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)". (QS. 38:81),di mana hari itu kita tak tahu bila.Apatah lagi kita tak tahu lamakah lagi hayat kita ini. Kerana apa?kerana semua dari kita akan mati.

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS. 62:8).
Maka pada tika itu exam kita dah habis.Dah tamat. Kita dah tak dapat resit.tak payah repeat dah. Kita dah tak boleh menyesal.Kalau menyesal pun,tak dapat den nak menolong.

•dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. (QS. 89:23)
• Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini". (QS. 89:24)
• Maka pada hari itu tiada seorangpun menyiksa seperti siksa-Nya 1578, (QS. 89:25)
• dan tiada seorangpun yang mengikat seperti ikatan-Nya. (QS. 89:26)

Hasilnya macam mana lah pulak? Markahnya mungkin tak ada 1st class,2nd or 3rd ke? Tapi dalam quran Allah sebut. Kita mungkin boleh bergelak ketawa hepi sangat2 kalau dapat 1st class.Tetapi exam kita ni nanti,Allah yang nilai.Bukan tutor kita,bukan prof madya. Allah akan hitung sekecil2 amalan kita.

• Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. (QS. 99:7)
• Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (QS. 99:8)

Bagaimana akhirnya? Andai exam nanti,kalau kita fail kita resit balik,tak pun kalau result tak elop susahlah nak dapat kerja,tapi? Kalau di sana nanti macam mana?
• Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, (QS. 101:6)
• maka dia berada dala kehidupan yang memuaskan. (QS. 101:7)
• dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, (QS. 101:8)
• maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. (QS. 101:9)

Sesungguhnya kita tengah diuji. Kita hendaklah menjadi kaum yang beruntung,yang beriman. Bukan manusia yang rugi. Saya rasa semua orang faham tujuan hidup kita.Kita adalah sebagai hamba dan khalifah. Kita hidup keranaNya.Mati juga keranaNya. Dalam doa iftitah selalu kita sebut. Dan kita mahukan syurgaNya.itulah kemenangan yang hakiki. Namun layakkah kita ini??wu3…sedih nak berbicara bila dengar ayat Allah.

Dalam surat Ali-Imran : 142 "Apakah kamu mengira akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"

dalam surat Al-Ankabut : 2-3 : "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan begitu saja mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".

Mengingat ayat-ayat ini sungguh jadi malu dan bertanya-tanya, apakah saat Allah menguji diri yang lemah ini akan bisa menjalaninya? ataukah malah akan menjadi lari dan meninggalkanNya? lantas kalau lari, kemanakah doa-doa yang selama ini dipanjatkan...?

Padahal dengan cintaNya lah alam ini ada, dengan cintaNyalah seluruh kehidupan dialam ini menjadi harmonis, padahal dengan cintaNyalah seluruh ibu rela mengorbankan nyawanya demi melihat si buah hati lahir ke dunia. Mahalnya harga hidayah Allah ini yang perlu kita bayar. Dengan seluruh jiwa kita,harta kita. Kita dipilih olehNya…

Saya nak tulis banyak2 tak layak.Tapi andai kata kita mampu berjaga malam untuk study,bila lagi kita nak berjaga malam keranaNYa. Marilah kita sama2 muhasabah diri,dan bertaubat kepada Allah.Dan laksanakan tugas dan tanggungjawab.

• Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar 217; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS. 3:104)
• Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, (QS. 3:105)

Tapi jangan tak study pulak..He3..doakan kejayaan ana.apa yang salah mohon diperbetulkan..Good Luck semua exam.Exam sekarang dan exam sem ni…
0 Responses