Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Tanpa merujuk kamus dewan pun kita dah dapat mentafsirkan maknanya tersendiri.Ikatan antara ibu,anak,bapa merupakan ukhwah kekeluargaan.Antara kawan2,ukhwan persahabatan.Dan ianya memerlukan kasih sayang,kecintaan,dan pengorbanan. Ianya bukan berlangsung di bibir semata2. Ianya perlu dilaksanakan dgn perbuatan.Kerna itu ukhwah boleh diertikan semanis ucapan dan sepahit perlaksaan.

Macam mana ukhwah fillah ini kita mahu laksanakan?Bagaimana ingin kita bentukkan?wu3..Amatlah payah.Kerana ianya hanya perlu didasarkan kerana Allah semata2.Bukan kerana mempunyai minat yang sama semata2,kerana tujuan yg sama semata2. Ianya perlulah bertunjangkan Allah. Dulu aku sendiri kurang mengerti,apakah itu ukhwah fillah.Ape tu???Namun setelah berada di sini,Alhamdulillah aku berasa aku seakan2 mengerti.Insya Allah…

Betul,sangat indah dan bahagia berukhwah keranaNya.Kita asyik terfikir nak bahagiakan je saudara2 kita smbil menfire2 sdikit utk menggamit suasana,utk mncpta kemesraan.Supaya apa?Supaya nanti kita dan dia ada tali perpautan antara dua hati yang dihubungkan kepada Allah dan barulah dihubungkan di antara dua orang ini. Mesejnya jelas,kerana ingin mendapat keredhaan Allah.Dan kerana itulah tujuan kita. Supaya kerja2 Islam dapat kita buat bersama2,bersatu padu tanpa ada pertelingkahan. Ukhwah yang dibina juga seakan2 seperti menguatkan diri kerana kita tidak mampu berdiri sendiri. Kekuatan itu datang secara berkumpulan.

Pengalaman diri ini sendiri banyak membantu mengenal erti hidup.Dikaitkan dengan ukhwah sendiri ,cuba mengaplikasi dlm hdup ini. Contohnya berpesan2 antara satu sama lain,berhibur,bantu membantu dan mesej yang pling jelas adalah membina kesefahaman agar tugas dakwah dapat dilaksanakan dengan lebih toleransi dan berkesan. Dan melahirkan kasih sayang adlah salah satu perkara yang amat indah.So,nak try curahkan dgn kwn2 la kalau di sini. Pengalaman berusrah sndiri banyak membantu diri dalam membina tujuan hidup yang lebih selari dengan garisan Addin yang Allah gariskan.Seperti di dalam hadith Arbain ,kumpulan imam nawawi

Baginda Rasulullah S A W bersabda:
Tidak beriman seseorang diantaramu hingga ia mencintai
Saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
( H R. Bukhari )

Alhamdulillah inilah hadith pertama yang diri ini hafal termasuk sanad dan dalam bahasa arab.Bersyukur juga kepada Allah kerana dengan rahmatnya jua ukhwah ini bertautan seperti dalam ayatnya

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)
Sebab keranaNyalah ukhwah antara diri ini dgn sahabat2 perjuangan dihadirkan. Ukhwah yang membawa seribu kebahagian,pengertian dan kesetiaan. Terima kasih sahabatku.Sesungguhnya aku mencintai antum semua kerana Allah.
Jazzakullah khair….
2 Responses
  1. kenapa tajuk ada tanda soal??teruskan menulis sbg satu medan dakwah..IA