Mohd Shahridwan bin Ramli
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.





Alkisah bermulalah kisah ini di Manchester, cerita ini berkisar suatu usrah yang hendak dimulakan. Syed Muslim selaku pengerusi majlis membuka majlis dengan bacaan al-fatihah,moga berkah majlis ini. Kelihatan Apip yang kurang fokus sedang bermain-main dengan Khalis.Manakala Anas pula sedang mengantuk hendak ketiduran. Ang pula tersengih-sengih melihatkan giginya.Naqibnya hanya tersenyum melihat gelagak anak buahnya.

Seorang naqib yang penuh sabar,tabah dan dedikasi yang bernama Pyan kelihatan sudah bersedia memulakan usrahnya. Suasana di Zilla sunyi sepi dan anak buahnya seakan sudah bersedia mendengar santapan daripada Pyan. Kelihatan dekat dengan Pyan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan Nescafe(maklumalah Pyan memang addict dengan Nescafe) yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa,Pyan dengan selumber meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.


Kemudian, Pyan bertanya, "Wahai anak buahku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". Apip dengan yakin tanpa tokmaninohnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh". Kemudian, Pyan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Pyan bertanya lagi,"eh Akh Khalis, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab Khalis dengan penuh yakinnya.

Kemudian, Pyan dengan ngelatnya mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Pyan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai Anas, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya,la Abang Pyan,ada ke Tanya lagi", jawab Anas yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan oleh Pyan yang nakal. Kemudian, dengan yakin lagi Pyan mengisi balang kaca tersebut dengan air nescafenya. Kedengaran suara Ang ketawa dan tergelak sehingga Muslim terpaksa menenangkannya.


Suasana di dalam rumah Zilla mula hingar-bingar seketika. Pyan sambil tersenyum sinis menampakkan giginya yang kekuningan bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Ketika ini Syed Muslim pun menjawab, "Ya, sudah penuh,kan kawan-kawan?". Terlihat kelibat Ang mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Pyan buat macam tu,tak ada kerja ke?Buang masa saja.Kami nak dengar usrah".

Shahridwan dengan penuh tawaduk dan rendah diri bangun.”Boleh saya jawab Pyan?”.Lalu Pyan balas,”Silakan ya Akh Shah."Baiklah saya akan terangkan sebabnya. Balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kita seperti agama kita, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kita tetap juga penuh,benarkan Pyan?”.Pyan mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Shah yang penuh bernas.

Khalis bangun lantas bertanya,”Manik-manik kecil itu maksudnya apa pula Pyan?”
“Ooooo,saya bajet kamu semua dah faham.Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kita seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Pyan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Pyan menyambung lagi walaupun tidak ditanya.

Tiba-tiba Apip yang tak faham-faham ini bertanya, "Habis, air nescafe tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Shahridwan mencelah, "Walau sesibuk mana pun kita semua, ketahuilah bahawa kita masih lagi punya waktu untuk minum secawan nescafe bersama ibubapa kita. Jika kita berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga kita merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup sebenarnya kita silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati dan tentukan yang mana satukah priority.

Watak dan perwatakan dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata.Tiada kaitan yang hidup ataupun yang mati atau seumpamanya.Minta maaaf andai ada yang tak puah hati ataupun terasa. Andai tak puah hati gak,belakang cerita.Gambar hanyalah sekadar hiasan.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad:7)

Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). (
At-Taghaabun:17)

16 Responses
  1. aku dah agak dah,mesti mu jadi hero dalam cerita nih.

    tapi apa2 pun betullah apa yang dikata;biar tenaga kita disalur pada perkara yang paling penting yang mampu mendatangkan impak terbesar,dari perkara remeh temeh!

    'banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan,tapi masa itu sungguh sedikit sekali'


  2. Hisham Mahir Says:

    hahahaha... terbayek~..


  3. ala dh agak rupenye..hehehe
    bese la
    hehehe..jgn mrh la ahli usrahku...
    terutamanya apip


  4. qamariyah Says:

    tahniah, berjaya menjadi hero kisah benar...
    nice blog...keep in updating your blog in your own way...


  5. fityan manchester Says:

    Salam,
    Tanggungjawab melebihi masa yang ada..tapi manusia sentiasa berada dalam kerugian selagi tidak berpesan kepada kesabaran dan kebenaran..hatta mari memantapakan iman dan amal soleh!

    p/s : Kalau bab nak jadi hero ja mesti nama dia gak nek...waduh2..


  6. abang P Says:

    mana datang ntah manik kat zilal nih?


  7. godzilla Says:

    mende aa ngarut gila zilla. ko igt godzilla ke?


  8. power giler shah, memang buleh jadi p ramlee, dia tulis skrip, dia pengarah, dia producer, dia pelakon, dia jugak hero...

    ape2 pon, satu analogi yang bagus...perlu diingatkan, kadang2 dalam hidup kita, tak ramai yang tau awlawiyat kita...dan tak ramai yang sedar bahawa al wajibat aktsaru minal awqat...

    salam sayang dari ahl Zilal

    jap, Zilla tu mende? Godzilla ke? wuwuwu....



  9. Anonymous Says:

    hahaha..sronok aku bace blog ko nih shahridwan!!!

    gaya penyampaian selumber..

    tp betulke cerite nih rekaan jer? ke mmg betul?

    mung mmg hero!!

    dari zero ke hero.
    Hero Soton.


  10. aku memang lah hero
    hahahah
    xde la
    tu citer rekaan
    ak edit
    hehehehe
    pekenakan apip skit
    kesian die
    maapkn ak apip yg kusyg


  11. giler ah peng..ganah mu le ning..
    bile balik msia?..mandi sekayu jom..ajak aslam..


  12. Anonymous Says:

    wah hebat citer 'rekaan' ni..
    apapun.marilah kita mengambil pengajaran dr entry ni..
    keep it up bro..

    ukhuwah fillah
    orang guar lobak(^^)


  13. x-sesma, x-notts Says:

    salam dik.. x-sesma ke? nnt blk blh buat program kt sesma yer? nice blog..


  14. em..ex sesma,ha?em..sape ni er?hehehe
    senior sesma ke?


  15. Unknown Says:

    very nice..
    thnks again n again,,,
    n congrate mghasilkn krya terbaek...
    n setuju dgn NHS Manchester
    (n_n)..